Jais arah enam syarikat henti keluar
sijil<http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/jais-arah-enam-syarikat-henti-keluar.html>

<http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/jais-arah-enam-syarikat-henti-keluar.html>

<http://2.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S5SubWdOVDI/AAAAAAAADnM/DdJnonxjmlc/s1600-h/halal+jakim.gif>
SHAH ALAM March 6, 2010 ~ Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengarahkan
enam syarikat yang mengeluarkan sijil dan logo halal supaya menghentikan
pengeluaran sijil berkenaan kepada peniaga dan pemilik premis makanan di
Selangor.

Enam syarikat berkenaan ialah :

   1. Bahtera Lagenda Sdn Bhd,
   2. Islamic Food and Research Council,
   3. SAS-H Consultancy,
   4. Perak Religious Officer Association,
   5. Halal Food Council S E A dan
   6. IFANCA International.


Pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata Jais sebelum ini tidak
pernah memberikan kebenaran dan mengiktiraf syarikat terbabit yang
mengeluarkan sijil logo halal kepada beberapa premis makanan di negeri itu
terutama di kedai kopi dan medan selera.

Katanya, syarikat terbabit juga didapati tidak melakukan pemantauan selepas
mengeluarkan sijil logo halal kepada pemohon seperti dilakukan Jais dan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sehubungan itu, beliau menegaskan hanya sijil logo halal yang dikeluarkan
Jais dan Jakim saja diiktiraf untuk diguna pakai di semua premis makanan di
Selangor, berkuat kuasa semalam (Jumaat 05/03/2010).

"Syarikat terbabit tidak lagi boleh menerima dan memproses sebarang
permohonan mendapatkan sijil logo halal berkuat kuasa serta-merta dan mereka
diberi tempoh selama tiga bulan untuk menyelesaikan semua permohonan yang
sedang dalam proses pengesahan. Bagi mereka yang belum memiliki sijil logo
halal atau mahu memperbaharuinya diingatkan hanya melakukannya melalui Jais
dan Jakim," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mereka yang masih ingkar dengan arahan Jais boleh dikenakan tindakan
mengikut Seksyen 12 (b) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.

Antara syarat bagi mendapatkan sijil dan logo halal daripada Jais dan Jakim
ialah memastikan bekalan bahan mentah kering atau basah menggunakan sijil
logo halal yang sah dan menggunakan khidmat sekurang-kurangnya dua tukang
masak Muslim.

Mohammed Khusrin berkata, gesaan itu dibuat berikutan ramai pengusaha
barangan halal lebih berminat mendapatkan logo halal daripada pengeluar
sijil halal swasta.

Sumber : BHarian
2010/03/06<http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20100306000927/Article/>

--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
*A man who carries a cat by the tail learns something he can learn in no
other way. - Mark Twain*

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Kirim email ke