Assalamu'alaikum w.w.
Bermasalahnya anak
anda, sebab REMAJAnya.
Setiap hari, masyarakat dan media membicarakan masalah remaja, realitinya dan
terkadang mencadangkan jalan penyelesaiannya. Ada yang menjadikan remaja
sebagai "costumer" mereka untuk mengaut keuntungan.
Bila istilah "zaman remaja" diguna pakai dalam masyrakat, masalah yang
berlaku akan bertambah dan semakin bertambah.
Cuba kita kembali melihat apa yang di gariskan oleh Islam kepada kita.
Zaman anak-anak- belum pandai menilai baik-buruk,
Zaman akil baligh - zaman memahami dan mempelajari nilai-nilai
Zaman baligh- - zaman melaksana kerja dan bertanggung jawab..
Bila menjejaki zaman baligh, Islam menjelaskan bahawa
setiap kita bertanggung jawab penuh, atas apa yang telah kita lakukan secara
sedar.
Tidak seperti apa yang kita guna pakai harini, masih ada lagi kelonggaran
dan tidak mengapa bagi mereka yang
melakukan jenayah sebelum 18 tahun atau 21 tahun..iaitu "zaman remajanya".
Sehingga
mahkamah khas direka untuk mengiyakan atau separuh terima kesalahan-kesalahan
itu. Hukuman juga di"adjust" untuk fitkan "zaman lalai ini"
Zaman remaja atau "zaman adjustment"nya
terlalu panjang !!,
sampai ada antara kita merasakan dirinya masih remaja walaupun dah menjejaki
umur
40 tahun, jadi ada yang masih "tolerate dengan kesalahan-kesalahan kecilnya"
sendiri
sampai kezaman umur 40'an.
Mari kita melihat panglima perang Islam , Usaamah yang disusun oleh Rasulullah
SAW,
dan Muhammad Al Faatih yang menakluk Istanbul dari kerajaan ROM . Mereka
ini, telah memimpin angkatan perang ummatnya dalam umur 17 dan 18 tahun sahaja
!
Ini bukan donggeng !!
Cuba kita tengok anak-anak kita yang berada pada lingkungan umur tersebut !!
Disebabkan tiadanya budaya bertanggung jawab ini, maka kita
sendiripun merasakan yang anak-anak kita tidak layak memimpin pasukan yang
sebegitu penting (..
jikapun ada pada waktu ini).
"Zaman remaja"
tidak pernah diperkenalkan oleh Islam.
Ia ialah istilah
dalam budaya barat yang membiarkan
kerehatan dan hedonism berlaku
dalam masyarakat mereka.
Ciri-ciri ini bila digunapakai dalam masyrakat kita, akan melemahkan seluruh
ummat Islam. Bila lemah golongan "remaja", bereti lemahlah masa depan
ummat tersebut. Ummat ini tak akan bangun jika generasi "remaja"nya terus
lalai dan
diracuni dengan berbagai jenis hiburan.
Ummat yang lemah ''remajanya" pasti tak akan bangun dalam 10 -15 tahun
lagi. Dalam 15-20 tahun seterusnya, generasi lemah inilah yang akan mula
mentadbir dan memimpin
negara . Dan mereka ini, akan terus "menguna dan meneruskan
kesalahan-kesalahan generasi remaja"
berikutnya.
Mukaddimah terbaik untuk membantu mereka ini, dan masyarakat seluruhnya,
adalah dengan membuang kalimah REMAJA yang telah banyak menipu kita
dengan "zaman toleransi" nya.
Allahu'alam.
SyHaleem
p/s
Semuga Akrab dan pihak lain yang berusaha membaiki masyrakat dan "golongan
remaja" dapat menghalusi perbincangan ini.