Tu la nasib pendidikan anak bangsa kita...

kedudukan pendidikan dalam senarai keutamaan oleh pemimpin kita nampak
dah depa letak kat mana...

mudah cerita, antara pembangunan industri golf berbanding dgn
pendidikan,

industri golf lebih dapat keutamaan kot??

>>>>>

07 Mac, 2010 17:26 PM

Cukai Import Ke Atas Bugi Golf Dihapuskan - Najib

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Cukai import ke atas bugi golf
dihapuskan berkuat kuasa serta merta untuk memacu kualiti pembangunan
kursus golf di Malaysia, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak di Kuala Lumpur pada Ahad.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=480420


________________________________

From: [email protected] [mailto:[email protected]] On
Behalf Of Megat Shaharuddin Merican
Sent: Tuesday, March 09, 2010 7:00 AM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Lagi kisah Guru derita dan
orang politik


  


Sdr Rozmal,

Itu jugalah pandangan saya.


Salam

Megat Shaharuddin Merican

===========================


On 05/03/2010, at 9:39 PM, [email protected]
<mailto:[email protected]>  wrote:


          

        Orang politik dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat tak ada
masa agaknya nak membela nasib para guru yang menderita akibat
berbillion ringgit bajet Kementerian Pelajaran dipotong tahun 2010. 
        
        Orang politik sibuk , sibuk merancang esok siapa nak lompat
parti. Esok nak jatuhkan siapa. Esok siapa nak jadi ketua. Esok siapa
nak jadi juara perjuang nasib rakyat.
        
        Itulah politk. Parti didahulukan, rakyat dikemudiankan.
        
        Kisah guru baiki kelas guna duit sendiri di
http://waghih.blogspot.com/2010/02/guru-baiki-kelas-duit-sendiri-kerajaa
n.html
<http://waghih.blogspot.com/2010/02/guru-baiki-kelas-duit-sendiri-keraja
an.html>  
        
        Kisah guru makan biskut kering semasa kursus di
http://waghih.blogspot.com/2010/02/guru-makan-biskut-kering-kerajaan-tak
.html
<http://waghih.blogspot.com/2010/02/guru-makan-biskut-kering-kerajaan-ta
k.html>  
        
        ******************** 
        Berita Harian 5 Mac 2010 
        Penarikan tajaan jejas peluang guru 
        
        BERDASARKAN surat bertarikh 10 Disember 2009 nombor rujukan KP
(BB) 700-1/9 Jilid A (16) jelas menyatakan Bahagian Tajaan Pendidikan,
Kementerian Pelajaran menangguhkan semua program latihan guru dalam
bentuk Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Sarjana Kepengetuaan, Sarjana
Muda Pendidikan Khas dan Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah
(Spada) pada 2010. 
        
        Ini bermakna guru yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang
sarjana dan kedoktoran mulai 2010 tidak akan diberi bantuan kewangan
seperti sebelumnya. Jelas ini langkah ke belakang yang diambil bahagian
tajaan. Dalam pada Perdana Menteri mahu sistem pendidikan bertaraf dunia
dan guru dilatih dengan aspek pendidikan terkini, keputusan ini jelas
dibuat secara terburu-buru. 
        
        Apa yang dibimbangkan keputusan bahagian tajaan itu tidak
dimaklumkan kepada Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri
Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran. Bukti yang menunjukkan
Menteri Pelajaran begitu prihatin ialah beliau dengan serta-merta
meluluskan peruntukan RM89 juta selepas mengetahui Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) memansuhkan 11 jenis sukan. 
        
        Saya amat yakin jika Perdana Menteri tahu hal ini, beliau tidak
akan membenarkan bahagian tajaan KPM melakukan sesuka hati bertentangan
prinsip kerajaan iaitu 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.
Perdana Menteri dan timbalannya bukan seperti pemimpin pembangkang yang
hanya tahu bercakap konon mereka pembela rakyat, tetapi tidak melakukan
apa-apa untuk rakyat. 
        
        Saya yang ingin melanjutkan pengajian sarjana menerusi HLP
begitu kecewa dengan sikap Bahagian Tajaan kementerian. Saya hampir
mencapai usia 40 dan bimbang jika tiada biasiswa untuk HLP. Guru tidak
berpeluang untuk memperbaiki ilmu mereka. Saya juga mendapat tahu rakan
saya yang sedang melanjutkan pengajian di Institut Aminuddin Baki (IAB),
Genting Highlands juga dinafikan hak mereka. Mereka yang sedang belajar
1 Julai 2009 sepatutnya diberi biasiswa untuk ke Institut Pengajian
Kepengetahuaan Universiti Malaya (IPKUM) dalam bidang Sarjana
Kepengetahuaan pada Julai 2010, tetapi malangnya turut dinafikan
bahagian tajaan. Begitu juga dengan program Spada turut dibatalkan 
        
        Apakah bahagian tajaan lupa mereka yang terbabit dengan dadah
biasanya dalam usia yang muda atau ketika zaman persekolahan. Bagaimana
guru ingin mencegah perkara ini jika kursus seperti ini juga ingin
ditiadakan? Apa pula halnya dengan guru yang ingin menyambung pelajaran
dalam bidang pendidikan khas? Kita kekurangan guru dalam bidang itu,
tetapi hal ini dipandang sepi bahagian tajaan. Adakah Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil tahu mengenai tindakan bahagian tajaan ini? 
        
        GURU KECEWA, 
        Kedah. 
        
        
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Surat/20100304231200/Ar
ticle/index_html
<http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Surat/20100304231200/A
rticle/index_html>  
        
        




_____________________________________________________________________
This message has been checked for all known viruses by the MessageLabs
Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp


CONFIDENTIALITY NOTICE: This communication (which term shall include any 
attachments) contains information which is confidential and proprietary in 
nature and the copyright in which belongs to Zuellig Pharma Asia Pacific or a 
subsidiary of Zuellig Pharma Asia Pacific (hereafter referred to jointly and 
singularly as Zuellig Pharma) or a third party.
 
This communication is intended solely for the individual to whom it is 
addressed. If you are not the intended recipient of this communication, you may 
not disseminate, distribute, copy or otherwise disclose or use the contents of 
this communication without the written authority of Zuellig Pharma. If you have 
received this communication in error, please delete and destroy all copies and 
kindly notify the sender by return email or telephone immediately. Thank you.
 
Zuellig Pharma makes no representations or warranties in respect of the 
integrity of this communication, including but not limited to any warranty that 
this communication is free of errors, viruses or other malicious code, 
interception or interference.
_______________________________________________________________________
This message has been checked for all known viruses by the MessageLabs Virus 
Scanning Service.  For further information, visit 
http:\\www.messagelabs.com\stats.asp

Kirim email ke