Sudah ada restoran yang memberikan makanan percuma kepada golongan yang susah 
di Malaysia.

Semoga dapat dicontohi oleh Majlis Agama Islam Negeri, masjid-masjid dan 
NGO-NGO lain.

Dengan ini dapat merapatkan ukhuwwah sesama kita dan mengurangkan tekanan jiwa 
di kalangan golongan yang memerlukan di Malaysia yang makin ramai setiap hari 
dengan kos sara hidup makan tinggi saban hari.

****************************** 
Peluang makan percuma setiap hari

Kosmo 13 Mac 2010 

SELEPAS menjamu selera, pengunjung Pusat Makan Percuma di Seksyen 16, Shah Alam 
ini digalakkan membasuh pinggan sendiri. 

-------------------------------------------------

SHAH ALAM - Sebuah restoran di Jalan Sempadan 16/7, Seksyen 16, di sini semakin 
menjadi tarikan sejak dibuka pada 12 Februari lalu apabila ia menawarkan 
makanan percuma setiap hari kepada pengunjung tanpa mengira kaum dan status.

Restoran yang diberi nama Pusat Makan Percuma itu beroperasi setiap hari 
melainkan Ahad dan cuti umum dari 10.30 pagi hingga 6 petang.

Ia dikendalikan oleh Pertubuhan Kebajikan 1Malaysia, sebuah badan sukarela yang 
diasaskan oleh ahli perniagaan, Mohamad Sauffi Hamzah. 

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0313&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
 



      

Kirim email ke