Oleh Siti Nor Hidayah Razali
[email protected]
2010/03/15

KOTA BHARU: “Lelaki itu (Sudin ‘Ajaib’) memaksa anak saya tidur sambil menarik 
seluarnya tapi Siti Zubaidah menendang,” kata Siti Sarnan Mat Ali, 42, 
menceritakan pengalaman pahit dilalui anaknya, Siti Nur Zubaidah Hussin, 11, 
selepas dilarikan lelaki terbabit yang dinikahkan bapa kandungnya dalam 
kejadian 19 Februari lalu. Menurut Siti Sarnan, dia bersyukur kerana kehormatan 
anaknya masih terpelihara walaupun dilarikan selama 23 hari sebelum ditemui 
semula kira-kira jam 6.30 petang di Madrasah Al-Ikhwan Taman Samudera Jaya, 
Batu Caves, Jumaat lalu.

Katanya, dia tidak menyangka lelaki 41 tahun itu tergamak melakukan perbuatan 
itu terhadap anaknya yang masih mentah atas ‘tiket perkahwinan’ kononnya 
mengikut sunnah Nabi.

“Bagaimanapun, saya lega kerana anak tidak diapa-apakan. Saya mahu dia bebas 
dan menjalani kehidupan normal dengan memperoleh pelajaran yang cukup demi masa 
depannya.

“Selepas kes ini selesai, saya akan mendaftarkan anak saya, Siti Nur Zubaidah 
ke sekolah menengah Arab di Tanah Merah dengan dijaga bapa saudaranya untuk 
mencapai cita-citanya menjadi pendidik,” katanya, semalam.

Sebelum ini, Siti Zubaidah dikahwinkan ayahnya dengan rakan jemaah tabligh 
sebelum dilarikan `suaminya” selepas mengambil kanak-kanak berkenaan di 
rumahnya di Kampung Jelawang, dekat Dabong 20 Februari lalu.
Sementara itu, Siti Sarnan hanya berharap tuntutan mufarakah dibuat terhadap 
anak perempuannya dengan lelaki terbabit dapat diselesaikan segera bagi 
membolehkan Siti Zubaidah menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain. 
Katanya, dia lega apabila Siti Zubaidah semakin pulih daripada trauma 
berbanding sebelum ini.

“Saya bersyukur Siti Zubaidah semakin pulih daripada trauma berbanding sebelum 
ini yang tidak bermaya dan separuh sedar.

“Sebelum ini, dia tak mahu menceritakan apa yang berlaku ke atasnya tapi kini 
dia sudah boleh menceritakan semuanya dan sudah lalu makan,” katanya. Katanya, 
dia difahamkan anaknya diletakkan di bawah jagaan isteri ketiga lelaki terbabit 
sebelum dibawa ke Kuala Lumpur.

“Mereka dikatakan sempat bersiar-siar di Kuala Terengganu sebelum bertolak ke 
Kuala Lumpur tanpa disedari Siti Zubaidah.

“Ketika berada di sana Siti Zubaidah dijaga oleh isteri lelaki berkenaan yang 
menjaganya dengan baik tapi ia tidak mampu memujuk hati anak perempuan saya 
untuk terus tinggal di sana,” katanya.
 
            
CINTA IBARATKAN KUPU2 YANG BERTERBANGAN, BUKAN MUDAH TUK MEMILIKI CINTA SEJATI, 
HANYA KETAQWAAN KEPADA_NYA, MAKA CINTA ITU ADALAH YANG TERINDAH
JOM SINGGAH DULU YE
PETUA KULIT CANTIK..
SMS MURAH2


      

Kirim email ke