PETIKAN : BLOG i FOLLOW > http://soulpower-kuasajiwa.blogspot.com/
Bahasa 
Khutbah<http://soulpower-kuasajiwa.blogspot.com/2010/03/bahasa-khutbah.html>

<http://3.bp.blogspot.com/_8yD4FWiuJfM/S6bi0rXcGZI/AAAAAAAAAQ4/O60b4qfVrrg/s1600-h/1.gif>
"*Jika kamu berkata-kata kepada kawan kamu ketika imam berkhutbah pada hari
Jumaat walaupun dengan perkataan 'Diam', maka laghalah (sia-sia) dia.*"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Begitulah ingatan yang sering kedengaran sebelum khatib memulakan khutbah.
Malangnya biar berbuih ingatan diberikan tetap juga kita mendengar
suara-suara ‘khatib’ di belakang berbicara pelbagai perkara hingga
adakalanya mengganggu khutbah sebenar.

Saya terbaca di satu forum yang mana ada menyebutkan bahawa Nabi pernah
bersabda : Barang siapa yang bercakap-cakap ketika Imam sedang membaca
khutbah (Jumaat), maka dia bagaikan seekor keldai yang membawa kitab-kitab
dan sesiapa yang berkata diam (kepada rakannya yang bercakap) tiadalah
Jumaat baginya, Jumaatnya tidak sempurna. (Imam Ahmad).

Saya melihat dengan jelas akan duduk perkara khutbah di sini yang sebenarnya
perlu kita ikuti dan fahami untuk mengubah sikap kita seminggu mendatang.

Khutbah bagi saya adalah satu ceramah motivasi yang baik, juga merupakan
ruang untuk saling ingat mengingat hal-hal kebaikan serta waktu terbaik
untuk mendapatkan ilmu baru. Saya sendiri adakalanya akan membawa buku nota
ketika khutbah dan mencatat isi kandungan yang dapat saya amalkan dan
hayati. Kadangkala hal itu menjadi satu kepelikan teman-teman di sebelah
apabila melihat nota khutbah dicatat. Saya berpendapat bahawa di waktu
khutbah jumaat, banyak perkara yang sebenarnya dapat kita pelajari dan
kalaupun perkara tersebut sudah kita ketahui namun tidak menjadi kesalahan
jika catatan itu bakal memberi peringatan untuk kita seminggu mendatang.

Jika kita perhatikan suasana jemaah sewaktu khutbah, pelbagai ragam yang
dapat kita lihat. Tetapi lebih ramai yang kita lihat menundukkan kepala
mereka, mungkin mereka khusyuk mendengar atau khusyuk nak tidur. Saya sering
berkata yang waktu khutbah adalah waktu awal tidur kerana waktu itu kita
lihat ramai sekali yang menguap dan mengantuk bahkan ada yang tidak sedar
ketika khutbah dibacakan. Salah siapakah hingga berlakukan situasi
sedemikian, adakah salah jemaah yang datang berjumaat atau salah khatib yang
membaca tanpa minat.

Saya cuba membicarakan hal ini pada kali ini semoga kita beroleh satu
dimensi baru dalam khutbah jumaat baik untuk para jemaah mahupun untuk para
khatib yang saya hormati. Saya berpandangan waktu khutbah jumaat adalah
waktu yang paling sesuai untuk mengumpulkan para muslimin untuk mendengar
keilmuan baru, ingatan yang baru, serta motivasi diri yang baru yang
insyaAllah dapat diisikan dalam minda pendengar dan seterusnya mungkin dapat
pula disampaikan pada seisi rumah agar ilmu tersebut berpanjangan.

Dalam erti kata yang lebih mudah, saya berpandangan bahawa khutbah merupakan
majlis ilmu yang baik namun persoalannya mengapa ketika itu ramai yang
mengantuk bahkan tertidur. Jika soalan ini ditanya, maka jawapan yang saya
rasa hampir didengar adalah waktu itu syaitan datang mengganggu. Jika kita
tahu waktu itu syaitan mahu datang mengganggu mengapa tidak kita persiapkan
diri untuk menepis segala gangguan. Kita begitu mudah memberikan jawapan
tetapi begitu sukar merungkaikan persoalan.

Kita mudah diganggu kerana kita lemah, lemah dalaman hingga membawa kelesuan
fikiran serta keletihan badan. Jika saya ditanya akan soalan sedemikian,
maka saya menjawabnya dalam dua pandangan. Pertama, jemaah dan kedua ialah
khatib yang bertugas.

1) Jemaah
Pernahkah kita duduk di sebelah seorang yang menguap dan tidak lama kemudian
kita pun terikut menguap?.. dalam keadaan ini *anda dikatakan sedang
melakukan kalibrasi dengan jiran anda* itu. Walaupun pada keadaan tersebut
anda sebenarnya tidak mengatuk namun akibat kalibrasi yang terjadi tanpa
anda sedari telah membuatkan anda menjadi mengantuk sama. Jika anda berada
dalam keadaan bosan, tidak keterlaluan jika saya katakan yang jiran anda
juga akan turut merasa tempiasnya. Hal ini saya gelarkan kalibrasi gelombang
otak.

Biar apapun yang anda panggil tetapi yang jelasnya keadaan anda serta
gelombang otak anda ternyata dapat mempengaruhi jiran anda. Jika seorang
dari ahli jemaah masuk ke lapangan solat dalam keadaan malas, bosan dan
mengantuk, maka secara hukum alamnya mereka yang berada di sekelilingnya
akan turut merasa begitu jika kita tidak dapat mempertahankan kedudukan
gelombang otak yang betul. Apa yang pasti tidak ramai dari masyarakat kita
memahami keadaan ini lantas mereka tanpa sedar menyumbang kepada keadaan
jemaah sekeliling dalam lapangan solat terutamanya ketika khutbah mula
dibacakan.

Saya mempunyai pendapat yang agak berlainan dan jika ada yang ingin
membetulkan pandangan saya, saya begitu berbesar hati demi kebaikan ummah,
saya berpendapat bahawa jika kita memasuki ruangan solat dalam keadaan
terpaksa, mengatuk, malas atau dengan membawa sekali tekanan duniawi maka
kita turut merosakkan keheningan yang ada dan secara tidak langsung
menyumbang kepada kelalaian orang lain. Buruk benar jika kita terlibat dalam
melalaikan mereka ketika khutbah dibaca dan lebih ngeri ketika solat
dilaksanakan.

Bagi kami yang memahami akan hal kaitan gelombang otak dengan ibadah serta
peradaban manusia, hal-hal menyumbang kepada kerosakan insan perlu kami
jauhi walaupun ianya kelihatan remeh bagi sesetengah pihak. Maka dengan itu,
kami akan berusaha untuk masuk ke ruangan solat dalam keadaan yang dapat
menyumbang kekhusyukan para jemaah yang ada dalam ibadah yang bakal
dilaksanakan. Justeru, marilah kita mengubah sikap kita ketika masuk ke
masjid terutamanya ketika khutbah sedang dibaca kerana tanpa sedar keadaan
kita akan membuat jiran kita juga merasa apa yang kita rasa.

Jika kita menghayati khutbah serta mengingati Allah swt dengan cintaNya maka
kita akan membuat satu jariah yang tak pernah kita sangka kerana kita turut
membawa jemaah sekeliling untuk merasa khusyuk. Mungkin tak ramai yang
mengetahui bahawa gelombang otak kita yang rendah ketika solat begitu kuat
dan boleh disebarkan hingga 27 lapis dan dek kerana itu solat jemaah itu 27
kali ganda pahalanya kerana kita membawa 27 orang untuk merasa kelazatan
solat.

2) khatib
Sudut yang kedua yang perlu kita lihat adalah penyampaian khatib dalam
menyempurnakan khutbah. Mungkin ada diantara kita pernah mengalami kebosanan
ketika mendengar khutbah kerana *khatib tidak menyampaikannya dengan ruh
tetapi membacanya dengan akal*. Lebih buruk jika bacaannya merangkak-rangkak
hingga ada yang berdoa di dalam hati agar khutbah cepat sampai ke
penghujungnya. Bagi saya khatib perlu terlebih dahulu menghayati setiap apa
yang ingin disampaikan lalu sampaikanlah dengan ruh bukan dengan minda.
Kata-kata yang dilontar dengan akal hanya akan sampai ke cuping telinga
tetapi kata-kata yang disampaikan dengan jiwa akan terus menusuk jiwa.

Apabila jiwa dapat disentuh berubahlah si pendengar dan sayulah tubuh akibat
getaran kata-kata ingatan. Khatib pada pandangan saya harus tahu bagaimana
melontarkan kata-kata untuk terus menusuk sukma jemaah dan bukan hanya
sekadar menghabiskan tugas. Terlebih dahulu saya memohon maaf andai setiap
tutur kata saya menyinggung namun demi kebaikan ummah saya beranikan diri
untuk memberi pandangan supaya ianya dapat diperbaiki dan khutbah dapat
dijadikan medan mengubah orang kepada manusia. Teks khutbah juga amat
penting kerana ianya perlu diwacanakan mengikut sains minda dan bukan
karangan biasa.

Jika ada kefahaman bagaimana untuk menafsir minda jemaah dan bagaimana untuk
menerapkan terus ke dalam memori minda bawah sedar jemaah, saya yakin insya
Allah lebih ramai akan terpengaruh dengan khutbah yang disampaikan bahkan
ianya menjadi senjata yang ampuh dalam membentuk satu generasi Islam yang
cemerlang, yang mampu menakluk dunia dengan kebijaksanaan dan bukan dengan
demonstrasi jalanan. InsyaAllah saya akan mengadakan bengkel sehari khusus
untuk mereka yang terlibat secara langsung dalam khutbah untuk mengupas
bahasa khutbah yang difahami minda untuk penyampaian lebih efektif.

 Posted by k.a.s.s  at 11:23
AM<http://soulpower-kuasajiwa.blogspot.com/2010/03/bahasa-khutbah.html>

Kirim email ke