Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE
(Pusat Kecemerlangan Palestin)

Saya minta Prof Madya menceritakan kepada semua rakyat Malaysia sejarah 
Coca-Cola dan perkembangannya sejak mula diperkenalkan. Dengan berbuat demikian 
maka tahulah kita asal usul CC - Siapa pemegang rahsia ramuannya. Siapa yang 
menerima manfaatnya. Saya tidak pasti kerana apa yang saya kaji mengenai CC tak 
sedemikian - Orang yang memulakan dua orang dan tak lebih daripada dua orang 
yang mengetahui resipinya. Resipi itu pula tersimpan dalam peti besi yang hanya 
dapat dibuka oleh kedua-dua orang itu. Tak tahulah apa dah jadi kini. Pada 
fikiran saya CC akan melabur di mna saja di dunia kerana mereka pengusaha yang 
mencari untung -  di Israel pun mereka buka, di Rusia pun mereka buka - mereka 
tak ada sempadan. Dan negeri tempat mereka beropersi sudah tentu akan mendapat 
manfaat juga - bukan sedikit. Jadi saya tak jelas mengapa kita mesti menentang 
bermati-matian - sebagai seorang businesmen saya fikir kita mencari tempat yang 
menguntungkan untuk melabur
 -  ada stabiliti. Jadi tolonglah jelaskan sejelas-jelasnya supaya pembaca 
tidak terkeliru. Perusahaan dan perdagangan dunia sedemikian rupa. Kalau tutup 
CC diseluruh dunia sekali pun tidak akan menjejaskan Isael - Yang boleh 
menjejaskan Israel ialah apabila SEMUA negara Islam bertindak serentak senada - 
kalau ini tidak dapat dicapai biarkan sajalah Allah menentukan - Kini CC 
memulakan industri pengilangannya di Malaysia - sebelum ini CC dikeluarkan oleh 
syarikat lain - tgapi masih dikeluarkan di Malaysia - bukan diimpot. Tolonglah 
buat penjelasan Profesor yang budiman lagi bijaksana. Wassallam. 

--- On Thu, 3/18/10, [email protected] <[email protected]> wrote:


From: [email protected] <[email protected]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] PACE dukacita Coca Cola melabur di Malaysia
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Thursday, March 18, 2010, 6:53 AM


 



Dari Blog PACE (Pusat Kecemerlangan Palestin) http://lambaian- islah.blogspot. 
com

PACE merakamkan rasa dukacita terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh 
Syarikat Coca-Cola di Malaysia.

Syarikat Coca-cola akan mendirikan kilangnya di atas tanah yang dibeli daripada 
TH (TABUNG HAJI) Properties di Nilai, Negeri Sembilan.

Lebih meresahkan lagi perkembangan ini berlaku di saat-saat Masjid al-Aqsa 
dikepung dan pihak Zionis Israel terus mengancam keselamatan Masjid al-Aqsa 
dengan mengumumkan perasmian kuil Hover di persekitaran kejiranan Masjid.

Tindakan regim Zionis ini jelas merupakan provokasi terancang sedang di masa 
yang sama rakyat Palestin di bawah umur 50 tahun dihalang dari memasuki masjid 
al-Aqsa yang berada beberapa ratus meter sahaja dari kuil tersebut.

Syarikat Coca-cola melabur dan membina kilang pembotolan produk minumannya di 
sini adalah sesuatu yang bercanggah dengan prinsip yang dipertahankan sekian 
lama. Oleh kerana Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka 
maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan 
Malaysia.

Membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi 
implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang 
tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi 
rakyat Palestin.

************ ********* ********* ********* **
Siaran Akhbar PACE: Pelaburan Syarikat Coca-cola di Malaysia

Assalamualaikum wrt bth

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Kenyataan dan Pendirian Rasmi PACE: Pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh 
Syarikat Coca Cola di Malaysia.

PACE merakamkan rasa dukacita terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh 
Syarikat Coca-Cola di Malaysia. Syarikat Coca-cola akan mendirikan kilangnya di 
atas tanah yang dibeli daripada TH (Tabung Haji) Properties di Nilai, Negeri 
Sembilan dan upacara pecahtanahnya telah disempurnakan oleh YAB Perdana 
Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak pada 15 Mac 2010.

Lebih meresahkan lagi perkembangan ini berlaku di saat-saat Masjid al-Aqsa 
dikepung dan pihak Zionis Israel terus mengancam keselamatan Masjid al-Aqsa 
dengan mengumumkan perasmian kuil Hover di persekitaran kejiranan Masjid. 
Tindakan regim Zionis ini jelas merupakan provokasi terancang sedang di masa 
yang sama rakyat Palestin di bawah umur 50 tahun dihalang dari memasuki masjid 
al-Aqsa yang berada beberapa ratus meter sahaja dari kuil tersebut.

Mungkin orang ramai akan bertanya apa hubungkait di antara pembukaan kilang 
Coca-cola di Malaysia dengan ketegangan yang berlaku di Baitul Maqdis timur dan 
di Masjid al-Aqsa. Dua perkembangan ini saling berkaitan kerana Syarikat 
Coca-cola telah dikenal pasti sebagai penyokong kuat kepada ekonomi Israel dan 
kewujudan entiti haram Yahudi Zionis yang merampas negara Palestin dan mengusir 
rakyatnya keluar. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia 
berhak untuk menentukan dasar dan pendiriannya tanpa di pengaruhi oleh 
mana-mana pihak yang berkepentingan. Namun Malaysia telah mempertahankan dasar 
luar yang konsisten terhadap penubuhan negara haram Israel sejak mencapai 
kemerdekaan iaitu tidak akan mengiktiraf entiti haram tersebut, meskipun Israel 
adalah negara anggota penuh PBB. Berdasarkan kepada hakikat ini, tindakan 
membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membina kilang pembotolan produk 
minumannya di sini adalah sesuatu yang bercanggah
dengan prinsip yang dipertahankan sekian lama. Oleh kerana Syarikat Coca-cola 
menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim 
Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Membenarkan kilang syarikat 
Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim 
Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada 
undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.

Sokongan Coca-cola kepada Israel bukanlah berdasarkan dakwaan semata-mata 
bahkan terdapat dokumentasi lengkap mengenai penglibatan Syarikat Coca-cola di 
dalam membangunkan ekonomi Israel sejak tahun 1966. Pada tahun 1997, misi 
ekonomi Kerajaan Israel telah memberi penghargaan kepada Syarikat Coca-cola 
dalam majlis Penganugerahan Perdagangan Israel atas sokongan berterusan 
syarikat itu terhadap Israel selama 30 tahun dengan mengabaikan seruan boikot 
Israel oleh Liga Arab. Pada tahun 2002 Syarikat Coca-cola membuka kilang di 
atas tanah rakyat Palestin yang dirampas di Kirvat (Qiryat) Gat dalam negara 
Palestin yang dijajah. Berita ini dilaporkan di dalam akhbar rasmi Israel 
Haaretz pada 19 Julai 2002. Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Ha'aretz pada 
18 Oktober 2005, Coca-cola meningkatkan pelaburannya di Israel dengan menguasai 
51% saham dalam Tavor Winery, sebuah syarikat pembuat arak di Israel. Ini 
hanyalah sebahagian dari rekod cemerlang Coca-cola di
dalam menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Zionis Israel.

Fakta-fakta ini adalah hakikat yang tidak mungkin disanggah tentang betapa 
eratnya hubungan yang terjalin di antara Syarikat Coca-cola dan entiti haram 
Israel.

PACE dengan ini mengambil pendirian berikut:

1. PACE memohon agar Kerajaan Malaysia mengkaji semula keputusan untuk 
membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membuka kilang operasinya di 
Malaysia.

2. PACE juga memohon agar TH (Tabung Haji) properties tidak melabur atau 
terbabit dengan transaksi perniagaan yang meragukan kerana Tabung Haji terlibat 
secara langsung di dalam menjana pendapatan untuk urusan pengendalian jemaah 
Haji rakyat Malaysia. PACE mengajak semua pihak supaya prihatin dengan perkara 
ini kerana secara simboliknya ziarah, umrah dan ibadah haji ke tanah suci 
Makkatul Mukarramah tidak sewajarnya membawa kepada keruntuhan satu lagi tanah 
suci, masjid al-Aqsa al-Haram as-Syarif di Baitul Maqdis.

3. PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, bangsa dan 
agama supaya menyahut seruan boikot barangan Israel yang kini sedang 
berkumandang di seantero dunia. PACE menyokong kempen BDS (Boikot, Divestment 
and Sanctions - Boikot, pengalihan pelaburan dan sekatan) ke atas Israel yang 
diterajui oleh VPM (Viva Palestina Malaysia - sebuah koalisi NGO yang 
menganjurkan kempen boikot ke atas empat produk utama yang menyokong Israel 
iaitu Coca-cola, McDonald, L'oreal dan Nestle). PACE menyeru seluruh rakyat 
Malaysia supaya mengutamakan produk tempatan dan hanya membeli produk luar 
khususnya produk Amerika Syarikat apabila perlu sahaja dan sebagai pilihan yang 
terakhir.

4. PACE akan terus menyokong Kerajaan Malaysia yang secara konsisten 
mempertahankan dasar tidak mengiktiraf Israel dan sentiasa peka dengan 
penderitaan rakyat Palestin dengan membangkitkan hak mereka di pelbagai forum 
antarabangsa terutama di Persidangan Agung PBB dan OIC.

5. PACE berdoa dan mengharapkan negara Malaysia akan terus dilimpahi dengan 
rezeki yang melimpah ruah dan penuh keberkatan dari Allah SWT.

Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE
(Pusat Kecemerlangan Palestin)
http://lambaian- islah.blogspot. com/2010/ 03/siaran- akhbar-pace- pelaburan- 
syarikat. html









      

Kirim email ke