PETIKAN : http://laman-seri.blogspot.com/
Kaedah umum didik anak - lelaki &
perempuan<http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/kaedah-umum-didik-anak-lelaki-perempuan.html>

<http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/kaedah-umum-didik-anak-lelaki-perempuan.html>
 
<http://1.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S6G5h5bWdlI/AAAAAAAADsk/w0GPzBBmKL0/s1600-h/innocent.jpg>
Assalamualaikum warahmatullah,

Akhir-akhir ini kita disajikan dengan kisah anak-anak yang derhaka kepada
ibu bapa sendiri. Si Tanggang versi moden ini tegar menginggalkan ibu/ayah
tua di pusat dialysis, perhentian bas, rumah orang tua dan sebagainya.
Mengapa anak-anak zaman sekarang tidak tahu dan tidak mahu mengenang budi
ibu dan ayah yang telah banyak menabur jasa dan bersusah-payah membesarkan
anak-anak sehingga anak-anak ini dapat hidup dengan selesa dan sempurna?

Tidak dapat kita nafikan, ada kalanya kita fikir ibu dan ayah tadi telah
menjalankan tanggungjawab dengan sempurna, mungkin ini sudah takdirnya diuji
begitu. Tetapi benarkah ibu bapa sudah memberikan didikan yang sempurna
didikan kepada anak-anak? Saya percaya, jika anak-anak diberi didikan yang
cukup mantap dalam agama, insya Allah, kisah si Tanggang moden ini dapat
kita minimumkan. Mari kita refresh didikan asas untuk anak-anak dan
kenal-pasti kelemahan yang masih kita perbaiki.

Dari segi prinsip dan perkara pokok dalam didikan, mendidik anak lelaki dan
anak perempuan sama saja. Tanggungjawab ibu bapa Mukmin dalam soal ini ialah
memberi sebaik-baik didikan sebagaimana yang Allah dan Rasul
kehendaki.Kemudian menyerahkan hasilnya kepada Allah – sama ada anak
itu ‘menjadi’
atau tidak. Kerana setiap kita akan ditanya oleh Allah SWT di hari akhirat
nanti berkenaan amanah dan tanggungjawab yang dipikulkan di pundak kita.
Memberi didikan yang baik dan sempurna ini adalah hak paling utama bagi
anak-anak yang wajib ditunaikan oleh ibu bapa.

Kesedaran ibu bapa secara mendalam terhadap hak pendidikan anak-anak ini
sangat perlu dan penting bagi memelihara zuriat dan keturunan mereka
daripada kehinaan, kerendahan dan kejahilan. Untuk itu, ibu bapa perlu
memahami paling tidak perkara yang dikira asas ilmu pendidikan itu sendiri.
Dengan itu, tidaklah kita hanya menyerahkan bulat-bulat anak kita kepada
sekolah dan guru-guru. [NB: Saya masih ingat lagi pada hari pertama saya
menghadirkan diri ke sekolah anak pada awal tahun ini (anak sulong masuk
Pra-sekolah) guru besar sekolah anak berulang-ulang kali berpesan dalam
ucapan alu-aluannya, “Ibu bapa adalah guru pertama dan utama dalam setiap
anak. Kami sebagai guru cuma pemegang amanah kedua selepas ibu bapa dan
bertanggungjawab terhadap anak-anak dalam masa yang ditetapkan sahaja.”
Maksudnya, guru cuma memegang amanah dalam lingkungan masa anak berada di
sekolah sahaja, sepanjang waktu selain dari waktu sekolah adalah
tanggungjawab mutlak ibu bapa anak-anak itu sendiri.]

Dalam soal mendidik anak lelaki dan anak perempuan, kaedah yang digunakan
ada yang berbentuk umum dan ada yang berbentuk khusus. Bila dikatakan kaedah
umum, maksudnya ada kaedah pendidikan yang sama dikongsi anak lelaki dan
anak perempuan. Kaedah khusus pula adalah kaedah yang hanya tertentu kepada
anak lelaki atau anak perempuan sahaja – sesuai dengan fitrah, tanggungjawab
dan peranan mereka yang berbeza.

Kaedah umum dalam mendidik anak-anak, baik yang lelaki atau perempuan,
meliputi perkara-perkara berikut:

1. Mendidik iman dan akidah yang hak

a. Mengenalkan Allah – Lahir sahaja anak ke dunia, biarlah perkataan pertama
yang didengarinya adalah sebutan nama Allah. Sebab itu disunatkan azan di
telinga kanan, iqamah di telinga kiri bayi sama ada bayi lelaki atau
perempuan. Sabda Rasulullah SAW, “Bukakanlah (baca dan ucapkanlah) kepada
anak-anak kamu kalimat pertama dengan La ilaha illallah.” (Hadis riwayat
al-Hakim daripada Ibnu Abbas r.a.)

b. Mentaati Allah – Ini merupakan didikan iman paling asas selepas
mengenalkan anak-anak kepada Allah. Sabda Rasulullah SAW : “Perintahkanlah
anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi
larangan-larangan. Sebab hal itu akan melepaskan mereka dari seksa
neraka.”(Hadis riwayat Ibnu Jarir)

c. Tidak mensyirikkan Allah – Ini penting untuk membersihkan akidah anak,
sebagaimana nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya: “Wahai anak kesayanganku,
janganlah kamu menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, sesungguhnya
perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”

Sehubungan itu, ibu bapa harus menanamkan pada jiwa anak-anak hakikat
seluruh Rukun Iman yang enam dengan sebaik-baiknya.

2. Memberi nama yang elok dan melakukan akikah

Nama yang elok berperanan membentuk peribadi anak. Mengenai akikah, sabda
Rasulullah SAW : “Setiap anak tergadai akikahnya dengan disembelihkan
akikahnya pada hari ketujuh kelahirannya. Pada hari itu ia dicukur dan
diberi nama.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Imam yang empat)

3. Mendidik asas hukum syarak yang berkaitan dengan kehidupan
sehariannya.Antaranya:

a. Hukum-hukum Islam yang lima (wajib, sunat, harus, haram dan makruh).

b. Mendidik batasan pergaulan dan aurat – Ini termasuk memisah dan
mengasingkan tempat tidur ibu bapa dan mengasingkan tempat tidur anak lelaki
dan anak perempuan. Sabda Rasulullah SAW : “….dan pisahkanlah tempat tidur
mereka (setelah berusia 10 tahun).” (Hadis riwayat al-Hakim dan Abu Daud
dari Ibnu Amr Ibnil ‘As r.a.)

Rasulullah SAW menekankan soal pergaulan dengan sabdanya : “Hindarilah kamu
dari bercampur (secara bebas) dengan kaum wanita.” Anak juga mesti dididik
dengan batas aurat terutama bila telah baligh.

Suatu ketika Asma binti Abu Bakar memasuki rumah Rasulullah SAW dengan
pakaian yang tipis, lalu Rasulullah SAW menegurnya: “Wahai Asma, apabila
perempuan telah mencapai (sampai) usia baligh, maka ia tidak boleh dipandang
kecuali ini dan ini (baginda SAW menunjukkan wajah dan kedua-dua telapak
tangannya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Mendidik akhlak, adab dan budi pekerti

Ilmu tinggi tidak berguna kalau tidak beradab dan tidak berakhlak dengan
Allah dan sesama manusia. Pastikan ilmu dan amalan anak-anak kita
menghasilkan ‘buah’ yang masak ranum (akhlak terpuji). Sabda Rasulullah SAW
: “Elokkanlah namanya (anak) dan elokkanlah adabnya.” (Hadis riwayat
al-Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda lagi: “Tiada seorang bapa yang memberikan sesuatu
kepada anaknya yang lebih bermakna daripada pemberian adab yang
baik.”(Hadis riwayat at-Tirmizi)

5. Mendidik anak tujuan dan matlamat hidup yang jelas

Anak-anak yang tidak ada tujuan dan matlamat hidup akan mudah terpesong dari
jalan kebenaran dan mudah juga hanyut dalam arus duniawi. Matlamat hidup tak
lain dan tak bukan ingin mendapat keredhaan Allah SWT berpedomankan al-Quran
dan sunnah Rasulullah SAW. Tujuan hidup atau tujuan kenapa Allah mencipta
manusia perlu ditanamkan dalam jiwa dan minda anak-anak iaitu untuk
berperanan sebagai hamba dan khalifah Allah di atas dunia.

6. Mewujudkan suasana yang soleh

Untuk melahirkan anak yang soleh, persekitaran tempat membesar dan tempat
beraktivitinya juga kena ‘soleh’ (baik). Kena ada gabungan suasana ibu bapa
yang soleh, rumah tangga yang soleh, guru-guru dan kawan-kawan yang soleh,
bahan bacaan yang soleh dan paling penting sistem pendidikan yang soleh.

Sabda Rasulullah SAW : “Ajarlah kebaikan kepada anak-anak kamu dan keluarga
kamu dan didiklah mereka.” (Hadis riwayat Abdur Razzaq dan Sa’id bin Mansur)

7. Memberi dorongan dan perangsang

Dalam al-Quran, Allah SWT memberi khabar gembira kepada orang-orang yang
beriman dan beramal soleh dengan balasan syurga seluas langit dan bumi.
Janji-janji Allah ini hendaklah disemai di dalam jiwa anak-anak sehingga
menjadi keyakinan dan pegangannya. Selain itu ibu bapa boleh memberi
ganjaran dan kata-kata pujian dan kata-kata semangat di atas kejayaan dan
kebaikan yang dicapai dan dilakukan oleh anak-anak.

8. Hukuman dengan niat mendidik

Setiap kesalahan anak-anak itu perlu diperbetulkan. Baru ia dapat mengambil
pelajaran. Adakalanya dengan nasihat, teguran dan denda. Ada masanya dirotan
dengan rotan yang tidak mencederakan.

9. Pemberian (perbelanjaan, hadiah dan sebagainya)

Pemberian kepada anak-anak hendaklah disamaratakan. Sabda Rasulullah
SAW : “Sama-ratakan
anak-anak kamu dalam pemberian. Maka sekiranya saya suka melebihkan
seseorang, nescaya saya lebihkan perempuan.” (Hadis riwayat Imam at-Tabrani
dan Khatib)

Mungkin sesetengah kita kurang mampu memberi sepenuh didikan kepada
anak-anak kerana kurang ilmu dan sebagainya. Di sini pentingnya anak-anak
dihantar kepada guru yang lebih berkemampuan dan lebih berilmu. Itu pun,
didikan yang asas tetap perlu bermula dari ibu bapa di rumah.

Semoga bermanafaat dan semoga kita tetapi dilindungi dan dipelihara Allah
SWT daripada menghadapi dugaan menderhaka dan diderhakai. Amiin.

NB : Kaedah didikan dipetik dari
Surau.townplan.gov.my<http://surau.townplan.gov.my/surau/index.php?option=com_content&task=view&id=102&Itemid=10>


<http://www.mylivesignature.com/>

Capaian entry berkaitan :

   1. Mengelakkan anak dari menderhaka kepada
ibubapa<http://laman-seri.blogspot.com/2007/11/mengelakkan-anak-dari-menderhaka-kepada.html>
   2. Menangani disiplin
remaja<http://laman-seri.blogspot.com/2007/11/menangani-disiplin-remaja.html>
   3. Kewajipan Ibu Bapa Terhadap
Anaknya<http://laman-seri.blogspot.com/2007/11/kewajipan-ibu-bapa-terhadap-anaknya.html>
   4. Wasiat LUQMAN
AL-HAKIM<http://laman-seri.blogspot.com/2007/12/wasiat-luqman.html>
   5. Kreativiti, imaginasi anak terhad akibat
ditakutkan<http://laman-seri.blogspot.com/2008/01/my-dania-22-mths-memang-takut-sangat.html>
   6. Tazkirah: Didik remaja elak terjebak kancah
zina<http://laman-seri.blogspot.com/2008/12/tazkirah-didik-remaja-elak-terjebak.html>
   7. Tazkirah: Solat modul lengkap didik jiwa
manusia<http://laman-seri.blogspot.com/2008/11/tazkirah-solat-modul-lengkap-didik-jiwa.html>
   8. Mendidik Anak Tanggungjawap
Bersama<http://laman-seri.blogspot.com/2008/08/mendidik-anak-tanggunjawap-bersama.html>
   9. Masalah dan Cabaran Dalam Mendidik
Anak<http://laman-seri.blogspot.com/2008/07/masalah-dan-cabaran-dalam-mendidik-anak.html>
   10. Didik anak mengikut
usia<http://laman-seri.blogspot.com/2008/07/didik-anak-mengikut-usia.html>
   11. Bapa moden kurang
berinteraksi<http://laman-seri.blogspot.com/2008/06/bapa-moden-kurang-berinteraksi.html>
   12. Didik anak satu
cabaran<http://laman-seri.blogspot.com/2008/02/didik-anak-satu-cabaran.html>
   13. Jangan Perlekeh Peranan
Bapa<http://laman-seri.blogspot.com/2008/02/jangan-perlekeh-peranan-bapa-oleh.html>

  Anda mungkin juga meminati:
   Kain Putih Apa Coraknya?
 <http://laman-seri.blogspot.com/2010/01/kain-putih-apa-coraknya.html>
  Ajar dan didik - ajar atau didik?

<http://laman-seri.blogspot.com/2009/12/ajar-dan-didik-ajar-atau-didik.html>
  Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa

<http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/tanggungjawab-anak-terhadap-ibu-bapa.html>
  Azam mendidik anak
 <http://laman-seri.blogspot.com/2010/01/azam-mendidik-anak.html>
  Konflik rumah tangga jangan biar anak tersepit

<http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/konflik-rumah-tangga-jangan-biar-anak.html>
 *LinkWithin* <http://www.linkwithin.com/learn?ref=widget>
  KATEGORi: 
Keibu-bapaan<http://laman-seri.blogspot.com/search/label/Keibu-bapaan>


--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing
himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan
dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya
untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka
mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat
Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.
Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih
tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga
kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya
seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul
mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah
segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat
Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Kirim email ke