SEKIRANYA seorang bapa pernah menodai anak perempuannya kemudian dia menjadi
wali pernikahannya, adakah sah perkahwinan itu? Ini kerana antara syarat
menjadi wali ialah seseorang itu mesti adil.
ANA, Johor
JAWAPAN ANTARA syarat wali ialah ia tidak fasik. Perbuatan menodai anak sendiri
adalah perbuatan fasik (derhaka kepada Allah). Dengan sebab itu dia perlu
bertaubat. Apabila dia sudah bertaubat, sah perkahwinan itu kerana wali telah
memenuhi syarat.
Sebaliknya, apabila wali didapati fasik, gila atau mati, perwalian nikah
berpindah kepada wali ab'aad. Contohnya daripada bapa kandung kepada datuk
lelaki sebelah bapa ke atas, saudara lelaki seibu sebapa dan seterusnya.
Sekiranya tiada lagi perwalian khassah, perwalian berpindah kepada perwalian
'ammah (wali raja).
heading: Hukum pamer gambar manusia di rumah SAYA kurang jelas hukum meletak
atau menggantung gambar atau patung manusia, binatang atau objek lain di dalam
rumah.
Apakah jenis gambar, patung atau objek yang dibenarkan Islam untuk diletakkan
di dalam rumah? Adakah gambar keluarga dan sahabat juga tidak dibenarkan? WAN,
Kuala Lumpur JAWAPAN ISLAM melarang meletakkan patung manusia, binatang atau
objek lain di rumah. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya
tuan punya gambar ini akan disiksa pada hari kiamat lalu akan dikatakan
kepadanya: "Hidupkan barang yang dijadikan dan sesungguhnya malaikat tidak akan
masuk rumah seseorang selagi di dalamnya ada gambar (patung)." (Hadis riwayat
Bukhari).
Hanya dalam keadaan tertentu patung dibenarkan seperti yang diriwayatkan dalam
hadis bahawa Jibril a.s. pernah meminta izin daripada Nabi s.a.w untuk masuk
rumahnya, kemudian kata Nabi kepada Jibril: "Masuklah! Tetapi Jibril menjawab:
Bagaimana saya hendak masuk sedang di dalam rumahmu ada cadar dinding yang
penuh gambar! Tetapi kalau kamu mahu terus menggunakannya, maka putuskanlah
kepalanya atau potonglah untuk dibuat bantal atau buatlah tikar (tikar
lantai)." (Hadis riwayat Nasa'i dan Ibnu Hibban) Ia hendaklah tidak sempurna
sehingga tidak nampak dibesarkan dan dimuliakan. Begitu juga dengan patung
mainan bagi kanak-kanak, ia dibenarkan kerana bukan dibesar-besarkan.
Manakala lukisan benda hidup seperti manusia dan binatang tidak dibenarkan
menurut hadis di atas. Bagaimanapun, lukisan pemandangan alam masih dibenarkan.
Fotografi menerusi kamera dan sebagainya, ia diharuskan apabila mematuhi ajaran
agama dalam berpakaian dan menutup aurat. Ia juga dilihat berlainan dengan
lukisan yang melakar ciptaan sendiri. Mufti Mesir, Sheikh Muhammad Bakhit
menyatakan fotografi adalah tangkapan imej kepada benda yang benar menerusi
kamera. Cara itu sedikitpun tidak ada larangannya (Qardawi, 1995: 117).
Menggantung gambar atau potret di dalam rumah diharuskan apabila memenuhi
beberapa syarat. Antaranya, pertama, ia tidak dibesar-besarkan; kedua, bukan
gambar orang yang zalim, ateis, berakhlak buruk dan sebagainya; ketiga, tidak
mengganggu tumpuan atau khusyuk beribadat; dan keempat, bukan gambar yang
bertentangan dengan ajaran agama dan tata susila. heading: Kaedah terbaik bayar
zakar APAKAH cara terbaik menunaikan zakat? Adakah kita wajib mengeluarkannya
di pusat pungutan zakat atau memberikan terus kepada orang yang layak atau cara
ini hanya dianggap sedekah? JOHAN, Pahang. Jawapan
ZAKAT boleh dibayar di pusat pungutan zakat atau melalui amilnya (pengutip)
atau memberi terus kepada golongan yang layak menerima zakat. Walau
bagaimanapun, wang yang dibayar melalui pusat pungutan zakat mempunyai banyak
kelebihan. Ini kerana wang yang terkumpul itu akan diagihkan secara sistematik
kepada pelbagai golongan yang layak. Berkenaan pemberian sendiri kepada asnaf
(golongan yang layak) ia dianggap sedekah adalah tidak tepat. Pengeluar zakat
tentu berniat zakat dan bukan sedekah pada awal-awal lagi, sesuai sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya amalan ditentukan dengan niat."
HEADING: Sedih tak tahu baca al-Quran SAYA tidak tahu membaca ayat suci
al-Quran tetapi saya tahu menunaikan solat fardu. Saya belajar solat sejak
kecil ketika di sekolah rendah malangnya sehingga kini saya masih tidak tahu
mengaji al-Quran. Saya malu dengan diri sendiri. Jauh di sudut hati saya memang
ingin membaca al-Quran seperti orang lain. Saya takut
menghadapi hari mendatang dan hampir setiap malam sebelum tidur saya menangis
mengenangkan kekurangan saya. WAWA, Johor JAWAPAN ANDA belum terlambat untuk
mempelajari al-Quran. Ini kerana banyak tempat seperti masjid dan surau yang
menyediakan kelas mempelajari al-Quran. Anda boleh mendapatkan guru al-Quran
secara persendirian jika mampu. Kaedah baru membaca al-Quran seperti kaedah
iqra' atau qiraati dapat mempercepatkan penguasaan al-Quran. Apa yang penting
semangat terus belajar. Di samping itu buanglah rasa malu dan rendah diri dalam
mempelajari ilmu terutamanya al-Quran.
__________________________________________________________________________________________
Surf faster. Internet Explorer 8 optmized for Yahoo! auto launches 2 of your
favorite pages everytime you open your browser. Get IE8 here!
http://downloads.yahoo.com/my/internetexplorer/