Ini semua adalah akibat dari ketaksuban kepada ketua, salah benar dah
tak tau nak membezakan .
Pandangan dah dikaburi oleh imej alim atau percakapan yang mempengaruhi
akal fikiran……akibatnya
dah tak dapat membezakan mana satu dosa atau pahala……

Pernah sorang hamba Allah ( arwah ) di sini terpengaruh, sehingga
bendera UMNO tak bole di pegang.
Jika dipegang kena samak katanya……Masyallah……
Siapa yang nak disalahkan dalam hal niii……beliau mungkin……tapi siapa
yang mempengaruhinya ?????.

Jadi jgnlah terlalu taksub, yang kononnya perjuangan utk ugama tapi
tersembunyi nafsu serakah yang
tak kunjung padam…..

Wassallam


-----Original Message-----
From: [email protected] [mailto:[email protected]] On
Behalf Of BawangGoreng(r)
Sent: Saturday, March 20, 2010 1:02 AM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Spam Help Palestine [hidayahnet] KOMEN : JANGAN rampas zaman
kanak-kanak!




<http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/jangan-rampas-zaman-kanak-kanak.
html> JANGAN rampas zaman kanak-kanak!




<http://4.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S6Mfgid8ddI/AAAAAAAADtc/awNlwGtx6
o8/s1600-h/sitinurzubaidah.jpg> Tragedi Siti Nur Zubaidah

Assalamualaikum warahmatullah,

Saya sedikit ketinggalan untuk memberi komen tentang hal ini kerana
kesuntukan masa dan sibuk pula membaca artikel tentang ini dari pelbagai
sumber untuk mendapatkan info yang tepat tentang ‘tragedi’ ini.
Mengapa saya sebut ‘tragedi’, ya? Masakan tidak, saya sebut tragedi
kerana kanak-kanak berusia 11 tahun ini diculik dan dilarikan oleh
‘suami’ selama 20 hari dan ditinggalkan pula seorang diri di sebuah
surau yang jauh beratus kilometer dari kampung halamannya, dalam keadaan
lapar dan ketakutan. Bagaimanakah perasaan anda sebagai seorang ibu...
CORRECTION : Bagaimanakah perasaan anda sebagai seorang ayah tegar
‘melepaskan’ anak gadis suntinya mengikut ‘suami’ yang 30 tahun
lebih tua [sebaya anda, lah!] dan sudah beristeri pula?

Sehingga entry ini dimasukkan, saya terbaca di Hmetro 19/03/2010, Siti
Nur Zubaidah masih trauma, kelihatan sugul dan enggan bercakap dengan
ahli keluarganya, terutama ayahnya. Saya dapat bayangkan, kepercayaan
dan perasaan bergantung harap anak ini terhadap ibu dan ayahnya telah
HILANG sama sekali! Sanggupkah kita menenggut kepercayaan anak-anak
terhadap diri kita sendiri? Bagaimanakah masa depan kanak-kanak ini jika
dia tidak lagi mempercayai ibu dan ayahnya sendiri?

Saya masih ingat ketika berusia 10~11 tahun, saya masih tidak tahu
memasak, segala keperluan saya seperti pakaian, makanan dan minuman
semuanya disediakan mak. [NB: Saya start belajar memasak ketika usia 19
tahun... hik.. hik... Itupun sebab merantau ke negara orang dan terpaksa
berdikari]. Apa yang saya buat cuma belajar, bermain teng-teng,
zero-point, konda-konde, batu seremban, menonggang basikal dan belajar,
serta sekali sekala menonton TV cerita kegemaran saya. Pada usia itu
juga, saya sibuk berlatih meniup ‘recorder’ kerana berjaya menempatkan
diri dalam pasukan pancaragam sekolah. Leka bermain hingga ke lewat
petang, kadang-kadang mak yang jerit, “Pergi mandi, dah nak maghrib
ni!” Itulah saya, pada usia 10~11 tahun. Saya percaya, kanak-kanak
zaman sekarang juga masih berperangai seperti saya, cuma corak permainan
sahaja yang berbeza.

Beberapa kes perkahwinan baru-baru ini seolah-olah mengeksploitasi dunia
seorang kanak-kanak. Kita seperti kembali ke zaman 60-an dan 70-an dulu
apabila isu kahwin budak timbul kembali. Mungkin benar, dulu budak
seusia 10 tahun sudah pandai membasuh, mengemas, menjaga adik dan juga
memasak. Ini adalah prasyarat utama bagaimana dulu rata-rata pada usia
ini mereka sudah dikahwinkan. Perlu berbalik pada realiti zaman ini,
pada usia 10 tahun, kanak-kanak ini masih aktif bermain, belajar dan
kurang arif menguruskan diri masing-masing apatah lagi diminta untuk
mengemudi sebuah perkahwinan.

SADiS sungguh rasanya melihat dua kes perkahwinan yang berlaku di
Kelantan membabitkan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan
lelaki berusia 41 tahun di Jelawang, dan satu lagi kanak-kanak perempuan
berusia 10 tahun yang berkahwin lelaki berusia 40 tahun di Pasir Mas.
Tidak dapat saya bayangkan, bagaimana perasaannya jika anak saya sendiri
dan mungkin ahli keluarga terdekat kita mengalaminya. Perit dirasai
apabila zaman remaja kanak-kanak itu dirampas dan tidak akan merasai
alam remaja dan terus masuk ke alam dewasa disebabkan tanggungjawab
sebagai isteri.

Seorang lelaki fitrahnya, mesti menginginkan si isteri berfungsi dengan
baik untuk menguruskan rumah tangga. Saya cuba menggambarkan apakah
kesudahannya jika si isteri yang masih lagi kecil ingin terus
bermain-main, tidak menguruskan rumahtangga dan gagal untuk mendidik
zuriat yang dilahirkan. Suami mungkin boleh bersabar lagi dalam tempoh
dua atau tiga tahun pertama tetapi bagaimana tahun berikutnya?

Kanak-kanak berusia 10 tahun secara LOGiKnya, masih belum matang untuk
mengetahui hakikat sebuah perkahwinan. Mereka masih perlu didikan dan
perhatian ibu bapa. Mereka masih belum punya perasaan tertarik untuk
berkasih-sayang dengan kaum berlainan jantina... oh... sudah adakah
perasaan sebegitu? Apa yang pasti, MUSTAHiL mereka meminta untuk
dikahwinkan.

Seperti di dalam artikel-artikel yang saya titipkan di laman ini (boleh
rujuk entry berkaitan seperti yang dinyatakan di bawah), JELAS,
perkahwinan yang dilakukan tanpa persetujuan kanak-kanak sememangnya
menggugat emosi, sosial, dan perkembangan fizikal kanak-kanak dan
ternyata membebankan diri mereka sendiri sedangkan fizikal dan mental
mereka masih tidak dapat menerima situasi seperti ini.

Perkahwinan bawah umur tentunya memberi kesan mendalam kepada
kanak-kanak jika keadaan itu berleluasa tanpa ada sebarang sekatan.
Kesan yang dapat kita lihat adalah dari segi mental dan fizikal. Kesan
mental merujuk kepada tekanan perasaan yang ditanggung kanak-kanak itu
apabila dibebani tanggungjawab seorang isteri yang tidak dapat difahami
oleh mereka yang masih keanak-anakan. Manakala kesan pada fizikal pula
merujuk keadaan tubuh kanak-kanak itu yang tidak mampu memenuhi tuntutan
batin suami seperti isteri yang sudah dewasa. Selain itu, apa yang
paling penting adalah pendidikan kanak-kanak itu akan terabai kerana
dari kecil dibebankan tanggungjawab seorang isteri.

Perkahwinan paksa bagi remaja bawah umur dikenal pasti penyebab utama
keciciran golongan ini daripada peluang pendidikan, di samping terdedah
kepada komplikasi kesihatan jika mereka hamil dan melahirkan anak pada
waktu usia muda.

Bukankah Islam menuntut mereka yang berkahwin agar mencari pasangan yang
sekufu? Sekufu bukan sahaja dari segi tahap pemikiran, pendidikan,
kualiti hidup (kaya atau miskin) dan juga usia, bak kata pepatah, 'pipit
sama pipit, enggang sama enggang'. Jika perbezaan usia sangat ketara
seperti anak dengan ayah dan bukan seperti suami isteri selayaknya,
adakah mereka sekufu? Ada jaminankah mereka hidup bahagia? Ada
jaminankah si isteri tidak dianiaya? TOLAK ke tepi jika mahu memberi
contoh perbezaan Rasulullah SAW dengan Aisyah r.a. kerana personaliti,
perwatakan, ilmu dan ketaqwaan Rasulullah SAW (dan para sahabat
sezamannya) tiada tara tandingan dengan kaum lelaki pada zaman sekarang,
perbezaannya seperti LANGiT dengan kerak BUMi rasanya!

Dengan setiap perkara yang berlaku di dunia pada hari ini, kadang-kadang
kita sendiri berasa pelik dan hairan dengan tindakan yang dilakukan oleh
si ‘pelik punya species’ yang bertunjangkan nafsu. Saban hari kita
disogokkan dengan kes perceraian di sana sini, kini ditambah pula yang
perkahwinan dengan kanak-kanak? Apa nak jadi dengan masyarakat hari ini?
Jangan hanya kata ingin mengikut sesuatu yang dikatakan sunnah
semata-mata sedangkan hanya mengikut tuntutan nafsu!

[NB: Kahwin dengan kanak-kanak sunnah NABI? Rujuk -->
<http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/ulul-albab-hukum-khusus-bagi-nab
i-tak.html> Ulul Albab: Hukum khusus bagi Nabi tak boleh dikongsi]

Capaian entry berkaitan :
1.
<http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/isteri-sudin-ajaib-masih-trauma.
html> 'Isteri' Sudin Ajaib masih trauma
2.
<http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/ulul-albab-hukum-khusus-bagi-nab
i-tak.html> Ulul Albab: Hukum khusus bagi Nabi tak boleh dikongsi
3.
<http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/peguam-syarie-menulis-kahwin-baw
ah-umur.html> Peguam Syarie Menulis: Kahwin bawah umur dikira penderaan
4.
<http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/nikah-bawah-umur-cabul-hak-anak-
majukan.html> Nikah bawah umur cabul hak anak majukan diri
5.
<http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/elak-kahwin-kanak-kanak.html>
Elak kahwin kanak-kanak
6.
<http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/perkahwinan-budak-11-tahun-perlu
.html> Perkahwinan budak 11 tahun perlu kelulusan
<http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/jangan-terpedaya-dengan-individu
.html>
7.
<http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/jangan-terpedaya-dengan-individu
.html> Jangan terpedaya dengan individu berimej warak
--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman- <http://laman-seri.blogspot.com> seri.blogspot.com
http://little- <http://little-kiosk.blogspot.com> kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing
himself. �C Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam
kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak
dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai
mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan
Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya
untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak,
bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang
tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga
puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian
dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la
syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir.
Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di
lautan." (Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
¤¤¤¤¤¤¤¤

Kirim email ke