PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN
Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki

Tarikh : 10 April 2010 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi – Asar
Lokasi : Surau ash-Shobirin, Taman Tuanku Jaafar, Senawang
Kitab : Minhaj ath-Tholibin

Tarikh : 10 April 2010 (Sabtu)
Masa : Maghrib
Lokasi : Surau al-Amin, Taman Cempaka, Senawang

Tarikh : 11 April 2010 (Ahad)
Masa : Maghrib
Lokasi : Masjid Jamek Ampangan , Seremban

Semua Dijemput Hadir
Datang ,  Jangan Tak Datang. Rugi Besar Kalau Tak Datang

Masuk Percuma , Keluar Percuma

Maklumat lanjut di 
http://pondokhabib.wordpress.com/2010/03/30/jadual-penuh-tafaqquh-fiddin-bersama-syeikh-muhammad-nuruddin-marbu-al-banjari-al-makki/


BIOGRAFI RINGKAS AL-FADHIL AL-WALID SYAIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU ABDULLAH 
AL-BANJARI AL-MAKKI.

Al-Fadhil Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin Bin Haji Marbu Bin Abdullah 
Thayyib Berasal Dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan Indonesia. Beliau 
Dilahirkan Di Sebuah Desa Bernama Harus, Amuntai, Pada hari Sabtu, Tanggal 1 
September 1960 M. Beliau Anak Yang Ketiga Dari Tujuh Bersaudara, Dari Sebuah 
Keluarga Yang Taat Beragama. Bunda Beliau Bernama Hajjah Rahmah Binti Haji 
Muhammad Shabri, Adalah Puteri Dari Seorang Tokoh Ulama Besar Di Kalimantan 
Selatan.


BERHIJRAH KE TANAH SUCI MAKKAH

Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di kampung Harus. Kemudian 
pada tahun 1974 beliau belajar di pondok pesantren Normal Islam. Belum pun 
sempat menamatkan pengajiannya di pondok tersebut seluruh keluarga beliau telah 
berhijrah ke tanah suci Makkah. Pada tahun itu juga (1974) beliau meneruskan 
pengajiannya di madrasah Shaulathiah sehingga tahun 1982. Selain itu beliau 
juga mengikuti pengajian yang diadakan umum di Masjidilharam dan juga dirumah 
para masyaikh.


Pada tahun 1982 beliau telah menamatkan pengajiannya dengan kepujian mumtaz 
(cemerlang) di madrasah Shaulathiah. Di samping itu juga beliau turut 
mencurahkan ilmunya kepada para pelajar dari Indonesia. Beliau telah 
mengajarkan kitab Qatrunnada, Fathul Mu’in, ‘Umdatussalik, Bidayatul Hidayah 
dan lain-lain sebelum naik ke kelas ‘Aliyah.

Beliau merupakan murid kesayangan gurunya asy-Syaikh al-’Allamah Ismail Utsman 
Zain al-Yamani Rahimahullah. Dan guru inilah yang banyak mewarnai dalam 
kehidupan beliau. Tuan guru beliau ini banyak meluangkan waktunya yang berharga 
untuk beliau dan sering mengajaknya untuk menemani Tuan guru beliau ke Madinah 
menghadiri program agama dan juga menziarahi maqam baginda Rasulullah 
Shallallahu’Alaihiwasallam.

Beliau mencurahkan segala usaha dan tenaganya serta dirinya mendekati para 
masyaikh untuk berkhidmat dan juga membekali diri dengan ilmu daripada 
guru-gurunya. Beliau amat gigih dalam belajar, maka tidak heranlah kalau beliau 
mendapat tempat di hati para gurunya. Sebut saja ulama yang ada di Mekah 
khususnya pasti beliau pernah berguru dengan mereka. Siapa yang tidak mengenali 
tokoh ulama’ yang harum nama mereka disebut orang semisal Syaikh al-Allamah 
Hasan al-Masyath yang digelar Syaikhul-Ulama, Syaikh al-Allamah Muhammad Yasin 
al-Fadani, yang mendapat julukan Syaikhul Hadits wa Musnidud-dunya, Syaikh 
Ismail Usman Zin al-Yamani yang digelar al-Faqih ad-Darrakah (guru beliau ini 
menghafal kitab Minhajut Thalibin), Syaikh Abdul Karim Banjar, Syaikh Suhaili 
al-Anfenani, as-Sayyid Muhammad bin Alwi al-Maliki, Syaikh Said al-Bakistani 
dan masih banyak lagi. Kata pepatah “bilang saja tanpa perlu khawatir”. 
Kitab-kitab yang dipelajari beliau bersambung
 sanad hingga kepada pengarang, masya Allah betapa hebat dan beruntungnya umur 
beliau dan segala-galanya yang diberikan oleh Allah, tidak salah kalau 
dikatakan ilmu beliau lebih tua dari umurnya.

Pada tahun 1983 beliau telah melanjutkan pengajiannya di Universiti al-Azhar 
asy-Syarif dalam bidang syariah hingga mendapat gelar sarjana muda. Kemudian 
beliau meneruskan lagi pengajiannya di Ma’had ‘Ali Liddirasat al Islamiah di 
Zamalik sehingga memperolehi diploma am “Dirasat ‘Ulya” pada tahun 1990.


MAJLIS PENGAJIAN Dl MALAYSIA

Pada tahun 1998 beliau telah dipercaya untuk mengajar di Maahad Tarbiah 
Islamiah (MTI), Derang Kedah, yang didirikan oleh almarhum Ustaz Niamat Bin 
Yusuf Rahimahullah pada tahun 1980. Beliau tidak ubah umpama hujan yang 
menyuburkan bumi yang lama kehausan siramannya. Beliau menetap di MTI Derang 
hinggalah tahun 2002. Beliau merupakan tenaga pengajar yang utama lagi disegani 
yang banyak memperuntukkan masa beliau untuk para pelajar di Maahad ‘Ali 
Littafaqquh Fiddin, Derang.

Di samping itu beliau juga dijemput mengadakan pengajian dan ceramah bulanan 
atau mingguan di masjid-masjid, sekolah-sekolah. majlis-majlis perayaan agama 
malah suara beliau telah lantang bergema menyampaikan syiar agama di 
hotel-hotel, di pejabat kerajaan sama ada di negeri Kedah Pulau Pinang, Perak, 
Kelantan dan Terangganu. Setiap kali pengajian yang diadakan pasti akan 
bertambah jumlah hadirin yang tidak mau ketinggalan menimba ilmu dan menerima 
siraman rohani daripada beliau. Setelah 4 tahun menabur bakti di bumi Kedah 
beliau telah pulang ke tempat asal kelahirannya untuk menumbuhkan pesantren 
beliau sendiri di Kalimantan dan seterusnya pada tahun 2004 beliau menubuhkan 
Maahad az-Zein al-Makki al-’Ali Litafaqquh Fiddin di Ciampiea, Bogor, Jawa 
Barat, Indonesia. Dan disinilah beliau menetap dan mencetak kader ulama.


KEISTIMEWAAN SYEIKH NURUDDIN

Antara keistimewaan Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin ialah beliau mewarisi 
metodologi pengajian berasaskan sanad ataupun silsilah. Sebagai contoh: 
Sekiranya kita mempelajari hadits, maka hadits itu sampai silsilah 
periwayatannya sehingga kepada Rasulullah s.a.w. Kalau kita mempelajari 
kitab-kitab ulama muktabar, maka kitab-kitab ini sampai silsilahnya kepada 
pengarang asal kitab ini seperti Imam As-Syafi’i, Imam As-Sayuti, Imam Nawawi 
dan lain-lain lagi. Di sinilah ketulenan dan keberkatan ilmu itu berpindah dari 
generasi ke generasi.

Sumber : 
http://dayahdarulkhairat.wordpress.com/2009/12/23/biografi-syeikh-nuruddin-al-marbu-al-banjari-al-makki/




Kirim email ke