Tanggungjawab Pendidikan Seks Menurut ISLAM
http://karyahasan.blogspot.com/
http://karyahasan.blogspot.com/
http://karyahasan.blogspot.com/
 



Karya:
Syeikh Abdullah Naseh Ulwan

Terjemahan:
Ahmad Hasan bin Mohd Nazam
Mohd Nizam bin Mohd Ali

Skop perbahasan buku ini adalah mengenai:-

- Tanggungjawab Pendidikan Seks
- Menjauhi Pengaruh Seks
- Medium Pengislahan
- Mengajar Hukum-Hakam Tentang Usia Remaja Dan Aqil Baligh
- Perkahwinan Dan Hubungan Seksual
- Menjaga Kesucian Diri Apabila Tidak Mampu Berkahwin Adakah Harus 
Berterus-Terang Kepada Anak-Anak Tentang Seks?

Jumlah Halaman: 170 muka surat
Harga: RM20.00
 
 


--- On Tue, 3/23/10, [email protected] <BawangGoreng @yahoo.com> wrote:


From: [email protected] <BawangGoreng @yahoo.com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] ARTIKEL : Pendidikan seks ikut Islam 
tangani kemelut sosial
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Tuesday, March 23, 2010, 11:17 AM


 




Pendidikan seks ikut Islam tangani kemelut sosial



Ibu bapa perlu didik anak mengenai aurat, hubungan berlainan jantina elak 
terjebak maksiat

ISLAM agama yang indah, lengkap dan memenuhi aspek kehidupan sejagat. Tiada 
satu persoalan pun dalam kehidupan di dunia ini melainkan Islam menyediakan 
garis panduan, peraturan dan penyelesaiannya supaya manusia menjalani kehidupan 
dengan sejahtera.

Antaranya ialah persoalan seks. Apabila berbicara mengenai seks, Islam 
menganjurkan umatnya bertanya segala masalah itu kepada orang yang lebih alim. 
Saidatina Aisyah memuji sifat wanita Ansar yang berani bertanya Rasulullah 
dalam masalah agama yang mereka tidak ketahui. Tambahan pula persoalan seks 
amat berkait rapat dengan soal maruah yang menjadi satu daripada enam perkara 
asasi dan tonggak kesejahteraan serta keamanan sejagat selain agama, harta, 
nyawa, akal dan keturunan. Pengabaian persoalan seks dikatakan antara faktor 
menyumbang kepada kemelut sosial yang semakin meruncing di kalangan masyarakat 
kini. Justeru, pendidikan seks perlu diberi perhatian yang serius oleh ibu bapa 
secara khususnya ketika mendidik anak supaya mereka menjadi insan yang bertakwa 
kepada Allah.

Seks memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Menurut kamus, seks 
ialah keinginan nafsu syahwat yang disalurkan pada tempat sebenarnya. Dengan 
nafsu syahwat inilah keturunan manusia dilanjutkan. Sehubungan itu, Islam tidak 
ketinggalan menyediakan garis panduan kepada manusia supaya mendidik nafsu 
syahwat selaras nilai Islam sehingga berubah menjadi nafsu yang dirahmati dan 
diredai Allah. Dari sini, baru terbina sebuah mahligai rumah tangga yang 
bahagia dihiasi haruman sakinah , mawaddah dan rahmah. Dari institusi 
kekeluargaan inilah, lahir generasi manusia yang akan menyambung keturunan 
untuk terus mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

Menurut perspektif Islam, pendidikan seks sebahagian daripada pendidikan akhlak 
yang didasari asas iman. Contoh, seorang Muslim yang beriman tidak akan 
menyalurkan naluri keinginan seks untuk berzina atau melakukan seks bebas, 
berkhalwat dan sebagainya. Pendek kata, iman bertindak sebagai perisai utuh 
menghalang seorang Muslim melakukan larangan Allah. Sebaliknya iman tohor 
menyebabkan mereka bertuhankan hawa nafsunya dan sanggup melakukan apa saja 
asalkan dapat memuaskan kehendak hawa nafsunya.

Konsep awal pendidikan seks dalam Islam dimulai dengan pengertian aurat iaitu 
bahagian tubuh yang wajib ditutup, tidak boleh diperlihatkan dan kita pun tidak 
boleh melihat aurat orang lain. Bagi lelaki, auratnya antara pusat hingga ke 
paras lutut. Aurat wanita pula seluruh tubuhnya kecuali muka dan dua tapak 
tangan. Dalam hal ini, tiada kelonggaran atau keuzuran bagi seseorang 
mendedahkan aurat kepada orang lain kecuali untuk tujuan perubatan dan sebab 
yang dibenarkan syarak.

Malah aurat adalah bahagian tubuh yang boleh membangkitkan nafsu syahwat. Sebab 
itu, Islam memerintahkan umatnya menutup aurat supaya tidak terdedah kepada 
gejala terlarang.

Seterusnya, Islam memerintahkan ibu bapa memisahkan tempat tidur anak mereka 
apabila sampai masa dengan menyediakan bilik khusus untuk anak lelaki dan anak 
perempuan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah bermaksud: “Suruhlah anak kamu 
menunaikan solat apabila berusia tujuh tahun dan pukul mereka apabila berusia 
sepuluh tahun (jika masih belum menunaikan solat) serta asingkan tempat tidur 
mereka.” (HR Tirmizi dan Abu Daud).

Selain itu, anak sewajarnya dijelaskan adab sopan dalam rumah dan luar rumah. 
Ibu bapa perlu mendidik mereka sejak kecil mengenai adab meminta izin dalam 
rumah tangga iaitu meminta izin untuk masuk ke bilik ibu bapanya. Dalam hal 
ini, Allah berfirman maksudnya: “Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu 
telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang 
(yang telah cukup umurnya) yang tersebut dahulu meminta izin.” (Surah al-Nur: 
59)

Pendidikan seks juga bererti mendidik diri anak dan orang dewasa sentiasa 
menjaga pandangan mata. Ini bermakna seorang Muslim dilarang memandang benda 
haram seperti menonton filem lucah, membaca bahan lucah, melihat gambar seks 
dan sebagainya. Malah, lelaki wajib menundukkan pandangannya apabila melihat 
perempuan seperti dinyatakan Allah dalam (Surah al-Nur: 30) yang bermaksud: 
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka 
menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara 
kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah 
amat mendalam pengetahuan- Nya tentang apa yang mereka kerjakan.”

Perintah menundukkan pandangan mata bukan hanya kepada lelaki malah perempuan 
yang turut dituntut memelihara aurat dan kehormatan mereka. Dalam hal ini, 
Allah berfirman maksudnya: “Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya 
menyekat pandangan mata mereka (daripada memandang yang haram), memelihara 
kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka 
kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher 
bajunya dengan tudung kepala mereka.” (Surah al-Nur: 31)

Anak juga hendaklah diajar jangan bergaul bebas antara lelaki dan perempuan dan 
tidak berdua-duaan dengan yang bukan mahram. Bergaul bebas antara mukadimah 
zina yang dilarang Islam selain perangkap yang dipasang syaitan untuk 
menjeremuskan umat manusia ke lembah perzinaan.

Huraian Al-Quran dan juga penjelasan hadis Rasulullah berkaitan dengan proses 
kejadian manusia bermula dari setitik air mani hingga kepada proses kelahiran 
bayi, hendaklah disampaikan dan dijelaskan kepada anak dengan sebaik-baiknya 
untuk maksud membuktikan kekuasaan Allah.

Akhirnya, apabila anak mencapai umur kematangan yang melayakkan mereka membawa 
haluan hidup masing-masing maka ibu bapa perlu menerangkan etika hidup bersuami 
isteri dan berkeluarga mengikut cara Islam. Mudah-mudahan mereka dapat membina 
sebuah mahligai rumah tangga bahagia yang berada di bawah keredaan Ilahi.

Sejarah membuktikan, pengetahuan manusia semata-mata tidak mampu membendung dan 
mendidik seks tanpa petunjuk Allah.

Sumber : Prof Madya Dr Ungku Ahmad Zaki Engku Alwi di BHarian 19/03/2010

Capaian entry berkaitan :


Bimbing anak perubahan baligh, elak kes seksual
Padah dedah seks depan kanak-kanak
Apabila anak bertanya tentang ‘burung’ dan ‘bunga’
Tumbesaran gadis: Mencapai akil baligh
Pertama kali datang haid
Mandi Wajib Ekspress
Akibat cinta bersandarkan nafsu



Anda mungkin juga meminati:



Lelaki lembut


Kain Putih Apa Coraknya?


Kaedah umum didik anak - lelaki & perempuan


Masalah buang bayi boleh diatasi


Akibat cinta bersandarkan nafsu
LinkWithin
KATEGORi: Bicara Agama, Keibu-bapaan

--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman- seri.blogspot. com
http://little- kiosk.blogspot. com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – 
Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari 
jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk 
memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak 
dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka 
mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat 
Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. 
Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga 
puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi 
jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan 
membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu 
wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, 
walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤








      

Kirim email ke