Assalamu 'alaikum...
Sila manfaatkan dan sebarkan :)
Sumber: http://muzir.wordpress.com/2010/03/26/ciri-ciri-riya-dan-ubatnya/
Ciri-ciri RIYA’ dan Ubatnya
Posted on March 26, 2010 by shahmuzir
Orang yang RIYA’ mempunyai 3 ciri:
* Dia menjadi pemalas apabila bersendirian
* Dia menjadi rajin apabila di hadapan orang ramai
* Dia akan menambah amalannya apabila dipuji, dan berkurangan amalannya
apabila diejek.
Sheikh Ibnu Uthaimin rahimahullah berkata meninggalkan sesuatu amalan kerana
takut orang kata RIYA’, itu juga RIYA’.
Muslimin-muslimat sekalian,
RIYA’ lebih ditakuti Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam menimpa ummatnya
berbanding fitnah Dajjal. Dan RIYA’ dikategorikan sebagai dosa syirik
khofiy (tersembunyi).
Amalan-amalan insan akan sia-sia, malah akan dihinakan ALLAH Azza wa Jalla pada
Hari Akhirat nanti jika amalan insan disertakan dengan RIYA’. Malah antara
faktor kehancuran ummat ini juga disebabkan oleh RIYA’, kerana manusia sibuk
berbuat amalan dan kebajikan bukan kerana ALLAH, tapi kerana kepentingan diri
sendiri.
Ya, RIYA’ mempunyai implikasi negatif yang sangat besar pada kita semua sebagai
muslim. Justeru, kita mesti cuba untuk menjauhi dari sifat jelek ini singgah
bersarang di dalam hati. Kita semua tidak dapat lari dari serangan penyakit
RIYA’ ini seandainya tidak bersedia dengan iman yang teguh dan ilmu.
Sheikh Yazid Abdul Qadir Jawwas dalam kuliahnya telah menyenaraikan beberapa
cara yang dapat dijadikan ubat bagi mengubati penyakit RIYA’ di dalam hati:
* Mengetahui tentang ilmu tauhid iaitu Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan
Asma wa Sifat, supaya benar-benar kenal ALLAH.
* Mengetahui tentang nikmat yang abadi dan azab yang dahsyat di akhirat
nanti. Supaya kita tidak mengharapkan balasan dan ucapan terima kasih serta
perhatian dari manusia, dan juga cercaan mereka.
* Takut, awas dan ingat supaya tidak jatuh dalam RIYA’
* Menjauhi diri dari celaan ALLAH.
* Memahami kedudukan kita sebagai hamba kepada ALLAH. Supaya kita
dapat membulatkan hati dalam ibadah kepada Yang Maha Memiliki Segalanya.
* Mengetahui hal-hal yang dapat menjauhkan syaitan. Membaca dzikir,
surah al-Baqarah, ayat al-Kursiy dan mu’adzzatain. Kerana Syaitan banyak
menggoda hati manusia tergelincir dan rosak amalan.
* Menyembunyikan amalan.
* Tidak peduli pujian dan celaan manusia.
* Berdo’a memohon agar ALLAH pelihara dari RIYA’ yang merupakan dosa
syirik.
Do'a yang diajar Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam agar dipelihara dari
RIYA'
Moga mesej yang ringkas ini bisa mengetuk hati dan jiwa kita dalam memperbaiki
amalan-amalan kita. Marilah sama-sama kita belajar untuk mengikhlaskan hati
semata-mata kerana ALLAH subhanahu wata’ala.
Mudah-mudahan ALLAH subhanahu wata’ala memelihara kita dengan hidayah dan
taufiqNYA, amin…
SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR
Takaful IKHLAS - Financial Advisor
h/p : 019-3826408
email: [email protected]
www.takafulonline.net