Umat hari ini mempunyai ramai pakar menyusun sistem ekonomi, sistem politik,
sistem ketenteraan, sistem pendidikan, sistem itu dan ini, dan
sebagainya.Ramai pemimpin telah berjaya menyatu dan menyusun ramai
pengikutnya.Imam solat pun ramai berjaya menyusun saf jemaah melalui
seruannya "rapat rapat dan luruskan saf!".Tetapi belum ada di antara mereka
yang telah berjaya menyusun hati atau perasaan diri sendiri apatah pengikut
mereka.

Sebaliknya "perasaan" pemimpin hari ini, terutama pemimpin politik, sentiasa
goncang, kalau begitu bagaimana mereka boleh menyusun hati dan perasaan
pengikut dan rakytanya.Main mainkan perasaan rakyat adalah.

Suasana sebegini ini menunjukan bahawa perasaan atau jiwa mereka sebenarnya
sentiasa tidak tenteram.Lihat telatah mereka di Parlimen yang mengambarkan
ketidak tenteramnya mereka.Mereka kurang bahaskan hal rakyat tetapi banyak
bermain perasaan dan sentimen dengan menghentam peribadi pihak lawan masing
masing.Adakala menghentam kawan sendiri.Masing masing sibuk berhujjah untuk
mempertahankan diri masing masing bukan memperjuangkan hak rakyat.

Oleh kerana perasaan tidak teratur , kacau bilau, dendam tidak menentu,
marah tidak kena tempatnya, patut takut jadi berani, patut berani jadi
takut, takut tidak kena pada tempat dan berani tersalah tempat.Akhirnya haru
biru, gila, kacau bilau, dan kecoh lah mereka.

Mereka tidak mempunyai satu kaedah untuk menstabilkan "perasaan" diri
sendiri.Kalau begini bagaimana hendak menstabilkan perasaan rakyat?

Justeru itu kaedah di perlukan untuk 'mengontrol perasaan".Jadi di manakah
kunci untuk meredakan perasaan perasaan yang tidak baik dan menyusun semula
perasaan yang baik?

--
Petikan dari laman blog Hembusan Amal
4U<http://hembusan-amal.blogspot.com/2010/03/kegoncangan-perasaan-penyakit-pemimpin.html>di
3/29/2010 11:49:00 AM

Kirim email ke