---

Bila Peniaga Melayu, walau tak buat 
salah pun tidak dipeduli, mereka robohkan saja gerai

Inilah
 kisah nasib Melayu disebuah negeri yang sudah mula ditadbir mengikut 
nasihat kerajaan Singapura. 

Kerajaan Pulau Pinang hari ini telah
 memasang papan tanda yang melarang kenderaan melalui lorong baru atau 
digelar sebagai New Lane dari arah Jalan McCalister ke Jalan Datok 
Keramat. Masa larangan ini ditetapkan untuk waktu 2 tengahhari hingga ke
 1 malam setiap hari. 

New Lane merupakan tempat popular bagi 
peniaga makanan Cina yang berniaga di tepi jalan. Tempat ini begitu 
popular hingga sering mengganggu lalulintas dua hala sejak lama dahulu.

Oleh
 kerana peniaga ini Cina, maka kerajaan tidak ambil tindakan ke atas 
mereka tetapi diletakkan papantanda sedemikian untuk mengelakkan 
kesesakkan pada waktu tersebut supaya lebih selesa peniaga dan 
pengunjung ke situ. 

Begitu sekali kesediaan kerajaan negeri 
membantu peniaga-peniaga tepi jalan tersebut. 

Bagaimana pula 
dengan peniaga-peniaga Melayu jika berlaku keadaan yang sama?

Bukan
 niat kami untuk menungkit isu dari kacamata perkauman tetapi kalau 
tiada apa-apa berlaku pada peniaga Melayu pun sudah dianggap syukur. 

Atas
 sebab ini difahamkan Pertubuhan-Pertubuhan Melayu sedang merancang akan
 mengadakan suatu sidang akhbar untuk mengecam sikap dpuble standard 
pihak kerajaan negeri. 

Jelas sekali kerajaan negeri telah 
membeza-bezakan layanan antara peniaga Melayu dan peniaga Cina. Peniaga 
Cina yang tidak memohon bantuan sedemikian tetapi dimudahkan lalulintas 
untuk mereka. 

Gerai Melayu dirobohkan walaupun tidak langsung 
menghalang lalu lintas. Selalunya pihak kerajaan negeri akan melakukan 
sesuatu yang tegas dengan mengenakan denda atau menggantung lesen 
perniagaan.   
 
Diharap sidang akhbar dan tuntutan yang dibuat 
oleh Pertubuhan Melayu itu.  didengar dan diambilkira

Namun tidak
 boleh diharapkan dari kerajaan negeri. Pasti mereka akan memberi 
pelbagai alasan dan menjustifikasi tindakan mereka dengan pelbagai angka
 dan statistik yang tidak ditolak kemungkinan ianya alasan atau angka 
yang palsu. 

Ini pernah dilakukan mereka dalam pengakuan 
peruntukan kerajaan negeri kepada sekolah agama rakyat. 

Walau 
macam mana tekanan pun akan diusahakan oleh Pertubuhan Melayu ini, 
selagi DAP yakin keseluruhan kaum Cina akan menyokong kerajaan DAP di 
pilihanraya akan datang, mereka tidak akan peduli.

Biarlah macam 
mana rintihan, kesusuahan atau kesengsaraan hasil tindakan mereka 
terhadap peniaga Melayu.

Begitulah sikap mereka, selagi mereka 
merasakan undi Melayu tidak akan mengggugatkan mereka di Pulau Pinang. 
Selagi itu, polisi CAT atau Cina Amat Diutamakan akan terus dikekalkan. 

Harap
 peniaga-penigaa Melayu belajar menyesal mengundi DAP dan Pakatan 
Rakyat. UMNO dan BN dekatilah mereka dan usah katakan padan saja.

-- 
www.pemudabijan.blogspot.com

www.kelabperantaujeli.wordpress.com


Blogger's Team: Adnan/Badri/Azni/Shamsul/Zee/Cham




      

Kirim email ke