Oleh : Dr. Azwan
Kenapa anda perlu tahu waktu subur wanita? Ada 2 sebab utama :
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan
digunakan secara praktikal.
Fahami Kitar Haid
Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan, secara puratanya ialah 28-30 hari.
Tetapi setiap wanita ada kitarannya sendiri - ada 25 hari dan ada yang lambat
sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid
keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di
mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda pada
kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan
sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran
period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika
fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk
persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam
bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan
terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis
hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak
disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia
akan turun melalu saluran fallopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari
sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya
(corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah
progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding
ini akan runtuh.
Waktu Terbaik
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama
suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu
telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari
daripada hari pertama haid seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
Ini adalah kerana fasa luteal mengikut kiraan kebiasaannya berlaku selama tepat
14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh
berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang
seterusnya.
Sekiranya haid anda adalah tetap 28 hari, tidak jadi masalah untuk mengira
waktu subur anda. Sekiranya haid anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah
mengira waktu subur.
Cara Lain Mengetahui Waktu Subur
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah
celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini
adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu.
Menganggar Waktu Terbaik Untuk Mendapat Zuriat
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu
dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka jangkamasa untuk mendapatkan zuriat
adalah sangat terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan, ia juga boleh bertahan selama
3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami-isteri bersama 3 hari sebelum waktu
subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu
berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama pada hari ke 11, 12,
13, 14, 15 atau/dan 16 untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya
haid anda datang secara konsisten selama 28 hari. Itu adalah menganggarkan
waktu subur adalah pada hari ke-14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini
adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
Mengelakkan Mengandung Melalui Cara Kiraan
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan
mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak
beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau
kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari
kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada
kajian menunjukkan 7 hari!), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan
adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa
menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih
rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang
dinyatakan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang
tersendiri.
CINTA IBARATKAN KUPU2 YANG BERTERBANGAN, BUKAN MUDAH TUK MEMILIKI CINTA SEJATI,
HANYA KETAQWAAN KEPADA_NYA, MAKA CINTA ITU ADALAH YANG TERINDAH
JOM SINGGAH DULU YE
LANGSING & SIHAT
NAK DETOX FOOT MURAH..RM1 Sekeping..SMS 0199517292