Begitulah pemimpin yang benar-benar beriman. Mereka tidak bising pun yang 
Brunei itu negara Islam sedangkan ada pemimpin UMNO dok canang yang Malaysia 
adalah negara Islam tapi arak diperolehi di merata-rata. Oleh kerana arak 
begitu mudah diperolehi seorang ahli Parlimen PAS ? Dr Siti Mariah mendedahkan 
rakyat membelanjakan lebih 1 bilion ringgit setahun untuk arak !! Islam larang 
penganutnya minum arak sebab akal dan minda itu perlu sentiasa dijaga agar 
tidak tersalah menilai sesuatu perkara dan tutur kata pun sentiasa baik . Ianya 
lebih banyak mudarat dari yang baik. Kalau tidak berakal atau tak cukup akal 
maka tidak wajib solat atas seseorang.  Mereka yang meminum arak solat pun 
tidak diterima apatah lagi kalau sudah sampai ketahap hilang akal mungkin macam 
macam maksiat lagi yang akan dilakukan.  Yang tetap mahu mengerjakan 
solat takut-takut bila dia tengok tugu negara dia pun rukuk dan sujud kerana 
dia ingatkan tugu negara itu kaabah
 lebih-lebih lagi bila dok tengok ada pemimpin negara dok tafakur dan meletak 
kalungan bunga di tugu berkenaan. Wallahua'lam.




________________________________
From: "m...@yahoo.com" <m...@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Wed, March 24, 2010 3:25:41 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Brunei lebih takut laknat Allah

 
BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin 
menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak 
diwujudkan untuk pelancong bukan Islam. Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, 
Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang 
melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.

“Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka 
boleh mandi arak.

“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami 
perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. - AP
________________________________
Surf faster and smarter with Firefox 3!



      

Kirim email ke