Persepsi Non-Muslim Terhadap Sistem Kewangan Islami
March 31, 2010 by shahmuzir
Pada 13 MAC 2010 yang lepas, saya telah menghadiri Konvensyen Kewangan &
Perbankan Islam 2010 bertempat di Dewan Seminar Masjid Shah Alam. Ia
dianjurkan oleh Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL), Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS) dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Antara tokoh yang hadir bagi membentangkan beberapa tajuk dan isu berkaitan
adalah:
* Prof Madya Dr Mohamad Akram Laldin, Pengarah Eksekutif International
Shariah Research Academy (ISRA).
* Prof Madya Dr Azman Mohd Noor, Pensyarah Department of Fiqh & Usul
Fiqh, International Islamic University Malaysia
* Prof Madya Dr Wajdi Dato’ Dusuki, Ketua Jabatan
Penyelidikan International Shariah Research Academy (ISRA)
* Dato’ Haji Mokhtar Shafie, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor &
Pengerusi Penasihat Syariah Takaful IKHLAS Sdn Bhd
* Ust Mohd Zamerey Abdul Razak, Setiausaha Majlis Penasihat Syariah
Asian Finance Bank Berhad
* Ust Zaharuddin Mohammad, Ahli Penasihat Syariah HSBC Amanah Takaful
* Professor Bala Shanmugam, PhD FCPA Monash University Malaysia
Yang paling menarik minat saya sepanjang konvensyen tersebut ialah pada sesi
pembentangan oleh Professor Bala Shanmugam dari Monash University Malaysia.
Beliau membentangkan tajuk Islamic Financial System: A Research Perception
Among Non Muslims in Malaysia.
Professor Bala Shanmugam
Pada awal pembentangan, beliau telah memulakannya dengan sejarah beberapa agama
yang telah cuba menerapkan nilai agama mereka ke dalam sistem kewangan
masyarakat. Agama Kristian, Yahudi dan lain-lain agama telah gagal memasukkan
nilai agama kepada sistem kewangan. Mereka telah gagal walaupun telah mencuba
beberapa kali. Malah percubaan dan usaha tersebut sentiasa mendapat tentangan
yang hebat dari kalangan masyarakat mereka. Telah nyata bagi mereka bahawa
agama dan sistem kewangan tidak boleh digandingkan. Ia mesti diasingkan.
Namun menurut Professor Bala, Islam tidak menerima nasib yang sama seperti
agama-agama lain yang cuba memasukkan nilai agama ke dalam sistem kewangan.
Islam telah dilihat berjaya dalam perkara ini. Nilai-nilai Islam telah berjaya
dimasukkan ke dalam sistem kewangan dan kini ia digelar Sistem Kewangan
Islami. Malah, ia telah berjaya menambat hati pelanggan-pelanggan yang bukan
Islam, di samping sokongan dari ummat Islam sendiri.
* Apa yang membuatkan ISLAM boleh berjaya?
* Adakah ia mempunyai ciri-ciri yang istimewa yang tidak diperolehi di
dalam agama lain?
Teruskan membaca:
http://muzir.wordpress.com/2010/03/31/persepsi-non-muslim-terhadap-sistem-kewangan-islami/
Ada jadual perbezaan yang telah ditunjukkan oleh beliau...
Sekian, terima kasih.
SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR
Takaful IKHLAS - Financial Advisor
h/p : 019-3826408
email: [email protected]
www.takafulonline.net