Rakyat yang melantik wakil rakyat berhak tahu apa yang wakil rakyat mereka buat dalam Sidang DUN. Apa soalan yang ditanya terutama di kawasan yang mereka wakili, dan apa pula jawapan yang diberikan.
Soalan Lisan dan Bertulis yang dikemukakan ke Persidangan Dewan Oleh ADUN Sikamat , N.Sembilan – Aminuddin Harun 3. Tunggakan Kutipan Hasil Kerajaan sepanjang Tahun 2009 - Berapakah jumlah tunggakan kutipan hasil yang belum berjaya di kutip oleh kerajaan negeri setakat tahun 2009. - Nyatakan secara terperinci tunggakan hasil seperti tunggakan cukai tanah dan lain – lainnya beserta amaunnya. - Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam usaha memperolehi tunggakkan ini dan berapakah ramalan kutipan yang mampu dikutip. 5. Perjudian Internet di Pusat Cybercafe . - Terdapat banyak pusat perjudian internet di pusat cybercafé yang menjalankan operasi secara haram dan tanpa lessen, - Berapakah bilangan pusat cybercafé dan perjudian internet yang telah diambil tindakan serta penutupan sepanjang tahun 2009 . - Berapakah bilangan pusat – pusat ini di DUN Sikamat dan berapakah yang telah ditutup. 6. Syarikat Perumahan Negara Berhad - Beberapa projek perumahan terbengkalai sedang di baikpulih oleh Syarikat Perumahan Negara. - Berikan statistik program memulihkan projek perumahan terbengkalai yang telah dijalankan di Negeri Sembilan sehingga Mac 2010. berapakah program yang telah berjaya dalam pelaksanaan tersebut. - Apakah status atau kedudukan Taman Pelangi, Sikamat. Bilakah pembeli akan menerima kunci dan adakah CF ( Certificare of Fitness) sudah di peroleh oleh pemaju 11. Kompleks Boling Paroi Jaya - Setelah dibuka beberapa tahun lepas dan ditutup semula sehingga hari ini dan menyebabkan kawasan tersebut terbiar. - Apakah kedudukan atau status kompleks boling di Paroi Jaya tersebut. - Apakah tindakan yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri terhadap syarikat tersebut bagi memastikan atau membantu kompleks tersebut dapat beroperasi. 12 . Pensijilan Halal - Terdapat premis yang menunjukkan atau memaparkan sijil halal di premis perniagaan mereka. - Adakah pihak kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Negeri ataupun Majlis Agama Islam mempunyai statistik berhubung jumlah lesen halal yang telah diluluskan di negeri ini. Jika ada sila senaraikan. - Berapakah bilangan anggota atau pegawai penguatkuasa yang terlibat di negeri ini untuk memastikan pematuhan oleh premis-premis ini dan berapakah tindakan yang diambil sepanjang tahun 2009. Soalan sepenuhnya di http://aminuddinharun.blogspot.com/2010/04/soalan-dewan-persidangan-april.html
