Sebuah filem yang saya tonton dalam bahasa Thailand menampilkan watak Ratu/Raja
Hijau, Ratu/Raja Unggu dalam institusi pentadbiran kerajaan Langkasuka.
Beberapa tokoh yang lain turut muncul seperti Sultan Sulaiman Singora dan
putera Raja Pahang.
Sultan Sulaiman Singora
Penggunaan teknik moden banyak membantu penataan filem ini menjadi cantik dan
fantasi.
Namun budaya Melayu masih kurang menyerlah dan hampir serupa dengan filem Thai
yang lain seperti perkampungan Melayu kuno menyaksikan penduduknya tidak
berbaju dan penerapan beberapa aksi khayalan seolah-olah cuba meniru filem
Harry Potter, pirate of the carrabian dan lain-lain lagi. Aksi-aksi romantis
sepertimana filem Thai yang lain tidak ditinggalkan.
Ratu Langkasuka
Bermula kisah kerajaan Langkasuka tidak mempunyai pakar membuat meriam dan
meletakkan kota istana Langkasuka dalam bahaya apabila diserang musuh. Ratu
bertitah: คำพูดของพระนาง
เห็นได้ชัดว่าลังกาสุกะของเราไม่มีปัญญาสร้างปืนใหญ่แสนยานุภาพได้เอง bermaksud
kita tidak punyai cerdik pandai untuk membuat meriam.....
Situasi mencemaskan ini lebih parah apabila lanun menyamun di perairan
berhampiran kota istana. Muncul pula beberapa wira seperti Pari yang pernah
menuntut ilmu dari seorang petapa. Akhir kisah ini kota Langkasuka didatangi
kapal-kapal musuh dan jelmaan beberapa wira akhirnya menyelamatkan kedaulatan
kota istana Langkasuka dari ditawan musuh.
Langkasuka pernah dicatat sebuah kerajaan yang berdaulat seperti catatatan
Prapanca yang mengarang syair berjudul Nagarakartagama pada tahun 1365,
mencatatkan ketika pemerintahan Hayam Wuruk, dan menterinya Pateh Gajah Mada,
negeri-negeri di bawah kekuasaan Majapahit antara lain ialah Langkasuka, Hujung
Madini Tringgano (Terengganu), Kelanten (Kelantan), Sai (Saiburi), Paka,
Dungun, Temasik, Kelang, Sang Hyang Hujung (Sungai Ujong) dan Kedah.
Namun begitu hubungan ini tidak dapat digalurkan dengan jelas kerana setakat
ini bahannya sangat terhad [Buyong Adil, Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1971, hlm. 2.]
Dalam Tarikh Patani kerajaan Langkasuka disebut sebagai:
"......kerana negeri Patani waktu itu namanya belum jadi Patani, lakin (namun)
tentu daerah Patani ini besar perlabuhan dan masyhur rata-rata alam dan rata
Songora/Singora dan Ligor itu duduk di bawah raja Patani kerana waris raja
Langkasuka di Kedah beri amaran perintah di sebelah laut bagi Syams supaya
berniaga dengan orang Khmer dan Bugis dan Jawa dan Bali...."
Perkahwinan paksa Ratu Hijau dengan Putera raja Pahang
Istana Purba kerajaan Langkasuka
Romantis, watak wira bernama Pari bersama kekasihnya di sebuah kampung
Cemas.. Ratu kerajaan Langkasuka melihat meriam negara pecah
()"" ' )
( ,'o' )") Al Nakhai’i
(,,)(")(") "
Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali seseorang
itu juga kadangkala membuatkan kita mengalir airmata. Sesungguhnya, mengenali
seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang
dan rindu. Tapi sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu
ANUGERAH... Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara...
Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti
apa itu erti PERSAHABATAN...
________________________________________________________________________________________
Enjoy more chat on blogs and websites. Experience it with the Online Pingbox
Creation Wizard. http://my.messenger.yahoo.com/pingbox