Sungai Mekong, yang berukuran 4180km panjang, bermula dari Tibet dan melalui
Yunnan, wilayah China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam.
Pakar-pakar Antropologi menjejaki migrasi masyarakat Melayu Proto, yang
merupakan pelaut, lebih kurang 10,000 tahun dahulu apabila mereka belayar
menggunakan perahu di sepanjang Sungai Mekong dari Yunnan sehingga Laut China
Selatan dan akhirnya mendiami di tempat-tempat berbeza.
Yunnan
Penduduk-penduduk awal Yunnan dapat dijejaki dalam sejarah sejak 170 juta tahun
dahulu dari sebuah fosil homo erectus, ‘Manusia Yuanmou’,yang dijumpai pada
tahun 60-an. Pada tahun 221 SM, Qin Shihuang berjaya menakluk Yunnan dan
menyatukan China dan sejak itu mula menjadi sebuah wilayah dalam China. Mereka
ini terkenal dengan teknik menanam tanaman padi untuk dibuat nasi.
Teori migrasi Yunnan
Teori Melayu Proto berasal dari Yunnan disokong oleh R.H Geldern, J.H.C Kern,
J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan Asmah Haji Omar. Melayu Proto (Melayu
asli) yang pertama sekali datang mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian
sementara golongan kedua, Melayu Deutro yang tiba sekitar tahun 1500 SM dan
mendiami pesisir pantai mempunyai kemahiran menangkap ikan yang tinggi. Semasa
berlakunya migrasi itu, kedua-dua golongan berkahwin dengan
masyarakat-masyarakat dari pulau-pulau selatan seperti Jawa, serta penduduk
tempatan yang berasal dari keturunan Australasia dan Negrito. Walaubagaimanapun
masih terdapat beberapa pihak yang tidak mempersetujui teori ini.
Antara bukti-bukti lain yang menyokong teori ini termasuklah:
* Alatan-alatan batu yang dijumpai di Kepulauan Melayu sama dengan
alatan-alatan dari Asia Tengah.
* Persamaan adat resam Melayu dan Assam.
* Bahasa Melayu dan Bahasa Kemboja adalah serumpun kerana tempat asal
orang-orang Kemboja berasal dari sumber Sungai Mekong.
Delta Mekong
Menurut sejarah Khmer, tamadun terawal ialah tamadun Khmer Funan di Delta
Mekong. Empayar Khmer Angkor ialah yang terakhir sebelum mereka mencari
perlindungan di pelbagai tempat. Palembang dan Melaka adalah antara tempat
berkenaan. Bukti-bukti arkeologi mendapati penduduk awal Kemboja adalah
penduduk dari budaya zaman Neolitik. Mereka mahir dalam kemahiran teknikal
sementara kumpulan yang lebih maju yang tinggal di pesisir pantai dan lembah
Delta Mekong menanam padi.
Teks Melayu Tertua
Teks silam Melayu yang dijumpai di Kedukan Bukit, Palembang tahun D mempunyai
persamaan dengan muka pintu Yunnan 2006.
Inskripsi Batu Bersurat Kedukan Bukit tahun 682 yang dijumpai di Palembang dan
tulisan tradisional masyarakat minoriti Dai adalah berasal bahasa-bahasa
Pallava. Etnik Dai Yunnan adalah salah satu penduduk asal wilayah Yunnan, China.
Hubungan Melayu – Cham
Persamaan Bahasa Cham dan Bahasa Melayu dapat ditemui pada nama tempat-tempat
seperti Kampong Cham, Kambujadesa, Kampong Chhnang dan sebagainya. Sejarah
Melayu dengan jelas menyebut terdapatnya komuniti Cham di Melaka sekitar tahun
1400. Pada pertengahan tahun 1400 apabila Cham tewas kepada orang-orang
Vietnam, lebih kurang 120,000 orang terbunuh dan pada sekitar tahun 1600 Raja
Champa memeluk Islam. Pada sekitar tahun 1700 raja Muslim terakhir Champa Pô
Chien mengumpulkan orang-orangnya dan berhijrah ke selatan Kemboja sementara
mereka yang tinggal sepanjang pesisir pantai berhijrah ke Terengganu dan ada
yang ke Kelantan.
Klik untuk gambar besar.
Wanita Yunnan hari ini juga memakai kain batik dan sarong. Perkara ini adalah
satu persamaan dengan para wanita Melayu.
()"" ' )
( ,'o' )") Al Nakhai’i
(,,)(")(") "
Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali seseorang
itu juga kadangkala membuatkan kita mengalir airmata. Sesungguhnya, mengenali
seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang
dan rindu. Tapi sedahkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu
ANUGERAH... Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara...
Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti
apa itu erti PERSAHABATAN...
_______________________________________________________________________________
New Email addresses available on Yahoo!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/