Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:

BEGITULAH hebatnya Al-Quran..memberi nikmat kepada manusia. Telah saya paparkan 
kisah seorang Jenderal dan Kaisar Perancis Napoleon Bonaparte, kerana membaca 
Al-Quran beliau memilih Islam dan begitu juga dengan kisah seorang wanita Jepun 
yang kini sedang berada di Malaysia. Kali ini kita lihat pula bagaimana 
Al-Quran mampumengubah seorang superstar menjadi superpendakwah.
Beliau adalah Yusuf Islam yang kini terkenal sebagai pendakwah bukan sahaja di 
Britain malah di seluruh dunia.
“Saya lahir dari sebuah rumah tangga Nasrani yang berpandangan materialis. Saya 
tumbuh besar seperti mereka. Setelah dewasa, muncul kekaguman saya melihat para 
artis yang saya saksikan melalui berbagai media massa, sampai saya mengganggap 
mereka sebagai dewa tertinggi. Lantas saya pun bertekad mengikuti pengalaman 
mereka. Dan benar, ternyata saya menjadi salah seorang bintang pop terkenal. 
Pada masa itu saya rasa diri saya lebih besar dari alam ini dan seolah-olah 
usia saya lebihpanjang dari kehidupan dunia dan seolah-olah sayalah orang 
pertama yang dapat merasakan kehidupan seperti itu.” Kata beliau.
Pada tahun 1970an dulu beliau mendapat julukan ‘superstar’ dengan nama Cat 
Stevens. Apa menyebabkan beliau berubah? Seperti yang diakuinya sendiri dalam 
satu wawancara dengan sebuah majalah, beliau mengambil keputusan memeluk agama 
Islam setelah mengalami dua peristiwa yang begitu berkesan di hatinya di mana 
akhirnya telah merubah keseluruhan kehidupannya.
Pertama.. Menurut Yusuf Islam, ketika beliau berusia 19 tahun di mana namanya 
ketika itu sedang popular sebagai penyanyi pujaan ramai, dia terlibat dengan 
ketagihan arak dan rokok sehingga menyebabkan mengidap penyakit batuk kering.
“Pada saat itulah saya mempunyai kesempatan untuk merenung… hingga saya temui 
di mana diri saya hanya sepotong jasad dan apa yang selama ini saya lakukan 
hanya untuk memenuhi keperluan jasad. Saya menilai bahawa sakit yang saya 
deritai merupakan cobaan Ilahi dan kesempatan untuk membuka mata saya. Mengapa 
saya berada disini? Apa yang saya lakukan dalam kehidupan ini?”Jelas beliau.
Setelah sembuh, “..lantas saya membuat beberapa kesimpulan yang intinya bahawa 
manusia terdiri dari ruh dan jasad. Alam ini pasti mempunyai Ilah. Selanjutnya 
saya kembali ke gelanggang music, namun dengan gaya musik yang berbeda. Saya 
cipta lagu-lagu berisikan cara mengenal Allah. Ide ini malah membuat diri saya 
semakin terkenal dan keuntungan pun semakin banyak. Saya terus mencari 
kebenaran dengan ikhlas tetapi tetap berada di dalam lingkungan para artis.”
Kedua: Pada suatu hari semasa beliau berada di Los Angeles, Yusuf Islam hampir 
mati lemas, di laut. Ketika itu dia berdoa jika Tuhan menyelamatnya dari 
bencana itu, maka beliau berjanji akan berkerja untuk Tuhan. Dalam sekelip mata 
ombak datang lalu menolaknya ke pantai. Kisah yang sama pernah berlaku kepada 
Ikramah bin Abu Jahal, semasa zaman permulaan kebangkitan Islam di Mekah dulu. 
Apabila kapal yang ditumpangnya hampir karam lalu dia pun berdoa, jikalau 
selamat dari bencana itu dia akan memeluk Islam. Kisah yang hampir sama.
“Selepas peristiwa itu barulah saya yakin bahawa Tuhan itu ada..” kata Yusuf 
Islam.
Menurutnya lagi, untuk mendekatkan diri dengan Tuhan dia mempelajari pelbagai 
agama seperti Buddha, Hindu dan Kristian namun tidak ada yang memuas serta 
meyakinkan hatinya.“Pada suatu hari kawan saya yang beragama Nasrani pergi 
melawat ke masjidil Aqsha. Ketika kembali, ia menceritakan kepada saya ada 
suatu keanehan yang ia rasakan di saat melawat masjid tersebut. Ia dapat 
merasakan adanya kehidupan ruhani dan ketenangan jiwa di dalamnya. Hal ini 
berbeda dengan gereja, walau dipadati orang ramai, namun ia merasa hampa di 
dalamnya.”
“…Pada suatu hari saya yang sedang mencari haluan hidup ketika itu saya 
dihadiahkan oleh abang saya David sebuah terjemahan kitab suci Al-Quran..” kata 
beliau. “..pada mulanya tujuan membaca Al-Quran sekadar hendak mencari 
kelemahannya seperti yang pernah dilakukannya terhadap agama lain.”
Katanya, apabila dia membuka kitab suci itu surah pertama yang dibacanya ialah 
surah Yusuf. “Hati saya berbisik apa yang saya baca ialah sebuah kisah yang 
indah. Semakin lama membacanya semakin mengasyikkan sehingga saya mengalirkan 
airmata. Saat itu saya yakin Al-Quran bukan ciptaan manusia tetapi adalah wahyu 
Allah. Inilah cahaya yang saya cari selama ini. Hati saya berasa aman lalu 
menerima Islam.”
Kata beliau lagi, “Pada hari Jumaat, saya bertekad untuk menyatukan akal dan 
pikiran saya yang baru tersebut dengan segala perbuatan. Saya perlu menentukan 
tujuan hidup. Lantas saya melangkah menuju masjid dan mengumumkan pengislaman 
saya.. Saya mencapai puncak ketenangan di saat saya mengetahui bahawa saya 
dapat bermunajat langsung dengan Rabb melalui ibadah sholat. Berbeda dengan 
agama-agama lain yang perlu melalui perantara.”
Demikianlah Yusuf Islam memeluk agama Islam. Setelah masuk Islam beliau tidak 
hanya duduk di tempat ibadah menyembah Allah yang telah menguasai hatinya 
dengan kecintaan, namun beliau terus melakukan aktiviti untuk maslahat agama 
ini. Saya (Ibnu Hasyim) teringat, selepas beliau masuk Islam, beliau datang ke 
Malaysia. Antara ucapannya yang masih lekat dalam ingatan saya ialah…
“Semasa saya (Yusuf Islam) mula mencari kebenaran, setiap album lagu-lagu 
ketuhanan saya, saya letakkan tulisan-tulisan dan madah Al-Quran dengan tujuan 
ikhlas memperkenalkan kebenaran. Tetapi saya mendapat tentangan dari banyak 
pertubuhan-pertubuhan di negara-negara umat Islam. Antaranya ialah dari ABIM 
Malaysia… Hati saya tertanya-tanya, mengapa? Tetapi sekarang, bila saya masuk 
Islam barulah saya tahu sebabnya, yang saya tidak faham waktu itu. Itulah 
antara sebabnya mengapa saya datang berceramah disini!”
Beliau turut ikutserta di dalam berbagai lembaga dan yayasan Islam yang 
bergerak di bidang dakwah dan sosial. Semoga Allah memberinya ganjaran yang 
baik atas sumbangsih yang telah beliau berikan kepada kita, agama Islam dan 
kaum Muslimin.
 ()"" ' )
( ,'o' )") Al Nakhai’i
(,,)(")(") "
Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali seseorang 
itu juga kadangkala membuatkan kita mengalir airmata. Sesungguhnya, mengenali 
seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang 
dan rindu. Tapi sedahkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu 
ANUGERAH... Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara... 
Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti 
apa itu erti PERSAHABATAN...


      
__________________________________________________________________________________________
Surf faster and smarter with Firefox 3! http://my.downloads.yahoo.com/firefox/

Kirim email ke