Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:

APABILA rakan-rakan sebayaku mengetahui aku mengenali Islammelalui seorang 
pemuda Rusia yang baru pulang dari Saudi Arabia, dan memilih Islam sebagai cara 
hidupnya, mereka mula menjauhi diri dariku. Mereka seolah-olah curiga 
denganku.Aku jadi hairan, bilaku tanya, mengapa?Kata mereka, jangan dekati 
‘pengganas’.
Aku mulai benci dan muak dengan sikap sosial muda-mudi Rusia. Bila ada 
pemuda-pemuda itu cuba mendekatiku, ku katakan kepada mereka, aku sudah 
ditunangkan dengan lelaki Islam. Menyebabkan mereka terus menjauhiku, dan 
menambah lagi curiga mereka. Inilah antara penyebab mengapa aku minat mengkaji 
sejarah kedatangan Islam di Rusia? Tertanya-tanya aku bagaimana dan mengapa 
begitu hebat Islam...
Terbaca aku, kisah penemuan harta karun di Rusia... antaranya mengandungi wang 
syiling Arab abad ke 8. Itu menjadi bukti bahawa pada masa itu Rusia telah 
menjalin hubungan dagang dengan orang Arab. Dalam catatan seorang ahli geografi 
masa itu, bernama Ibn Hardadbeh, terdapat pedagang ‘ar-rus’ yang membawa 
dagangan mereka ke Black dan Caspean Sea. Jadi hubungan pertama penduduk Rusia 
dengan dunia Islam, sebenarnya telah bermula antara abad ke 8 hingga ke 9.
Ada hubungan yang bersifat penentangan bersenjata, perdagangan, atau budaya, 
politik dan ekonomi. Bangsa Khazar yang selainagama Yahudi menganut agama Islam 
juga. Bangsa Cuman dan Bulgars menjadi bangsa-bangsa pertama yang 
memperkenalkan Islam kepada kepada Rusia zaman kuno. Setelah kejatuhan Khazar 
Khaganate pada abad ke 10, hampir seluruh kawasan Sungai Volga menjadi kawasan 
takluk orang Islam dari Khwarezm.
Waktu penaklukan Tartar-Mongol pada tahun 1237, Vladimiro-Suzdel Rus serta 
sebahagian besar dari Kievan Rus dimasukkan dalam Empire Mongol, dan setelah 
perpecahannya, dimasukkan ke dalam Golden Horde pula. Pada tahun 1256 (setelah 
16 tahun penaklukan Rus) Muslim pertama Khan Barke telah naik tahta di Golden 
Horde. Namun sepenuhnya, Islam mula dianuti di situ pada tahun 1312 apabila 
Khan Usbek berjaya mengIslamkan semua penduduk kerajaan itu.
Sejak itu antara Rus yang beragama Kristian dan Horde yang beragama Islam, 
boleh dikatakan ada hubungan secara simbiosis. Walaupun Rus Kristian ditakluki 
Horde yang Islam, namun Rus tetap menganut agama Kristian. Malah ramai 
orang-orang kaya dari kalangan Mongol-Tartar yang enggan menganut Islam 
berhijrah ke Rusia dan menjadi pengasas keluarga elite di Rusia. Contohnya, 
dikatakan pada tahun 1329 Tzar Rusia, Ivan Kalita pernah mengupah Murza Cheta. 
Murza Cheta adalahdipercayai moyang kepada Boris Godunov, iaitu Tzar Rusia 
antara 1598-1622.
Pada tahun 1480, walaupun kerajaan Golden Horde telahjatuh, namunRusia kini 
dikelilingi oleh negara-negara Islam. Penduduk dari bangsa Tartar pula mula 
menduduki Moscow pada awal abad ke 15. Jumlah mereka semakin meningkat. Mereka 
mempunyai beberapa kawasan khas di sini, utamanya Zamockvorechye.Kini, di sini 
terdapat sebuah masjid bersejarah. Pun sudah dibuka semula. Walaupun Rusia 
pernah menakluki Kazan, Astrakhan dan Siberian Khanates, namun nisbah kuasa 
mereka telah mula berubah.
Setelah kerajaan mula membabtiskan penduduk Tartar yang menganut Islam,mereka 
mula pindah dari kawasan Volga ke kawasan Ural dan menambah pengaruh penduduk 
Islam di situ. Sejak itu hubungan Rusia dengan dunia Islam mencatatkan banyak 
peperangan.Contohnya, Russo-Turkish War, Russo Iranian War dan Russo Caucases 
War. Semua ini merupakan tunggak sejarah pembentukan Rusia dan sikapnya 
terhadap Islam. Apakah tunggak ini menimbulkan masalah? Bagaimana tindakan 
seterusnya Rusia terhadap Islam?
Tiba-tiba seluruh dunia terkejut, kira-kira 5 tahun lalu Presiden Rusia 
Vladimir Putin melawat Malaysia pada 17 Oktober 2003, dan hadir pada 
persidangan ke 10 pertubuhan OIC di Putrajaya. Bahkan Rusia mohon jadi 
pemerhati dalam pertubuhan tersebut, dan diterima 2 tahun kemudian. Mengapa 
tiba-tiba Rusia seolah-olah jadi beralih arah begitu? Inilah yang menarik. 
Mengapa negara bekas Soviet ini ingin menjalin hubungan baik dan ingin 
berkerjasama erat dengan dunia Islam, dunia yang ramai rakyatnya diasuh dengan 
anggapan pengganas?!
Apa hubungan 2 agama utama Kristian Katholik dan Islam di Rusia? Bukan sahaja 
menarik perhatian dunia, bahkan menarikku untuk menelusuri sejarah Islam di 
Rusia. Dalam tulisan akan datang kita sama-sama mencari jawapannya...

ITULAH e-mail yang dihantarkan kepada saya (Ibnu Hasyim) oleh seorang gadis 
Katholik Kristian, dari sebuah universiti di Rusia. Maaf, setakat ini beliau 
tidak mahu namanya disebutkan...
 ()"" ' )
( ,'o' )") Al Nakhai’i
(,,)(")(") "
Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali seseorang 
itu juga kadangkala membuatkan kita mengalir airmata. Sesungguhnya, mengenali 
seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang 
dan rindu. Tapi sedahkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu 
ANUGERAH... Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara... 
Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti 
apa itu erti PERSAHABATAN...


      
_________________________________________________________________________________________
Feel safer online. Upgrade to the new, safer Internet Explorer 8 optimized for 
Yahoo! to put your mind at peace. It's free. Get IE8 here! 
http://downloads.yahoo.com/my/internetexplorer/

Kirim email ke