Assallamualaikum.., Tak de siapekeh nak tolong komen dan beri ulasan mengenai perkara yang saya bangkitkan . Tolonglah wahai bijak pandai Islam... Wassallam -----Original Message----- From: Abu Samah [mailto:[email protected]] Sent: Wednesday, March 31, 2010 3:41 PM To: hidayahnet Subject: pertaruhan dalam permainan badminton Assallamualaikum.. Nak tanya beberapa soalan yang nampak agak remeh tapi perlu perhatian yang khusus . 1/ Dalam perlawanan persahabatan antara pasukan, kami akan menetapkan setiap pasukan mengeluarkan 1 atau 2 tabung bola. Apabila selesai perlawanan dan pemenangnya diketahui, lebihan bola tersebut akan jadi milik pemenang tersebut . Setiap satu tabung bola berharga lbh kurang RM 53.00 X 2 = RM 106.00. Wang dikongsi setiap ahli untuk membeli bola tersebut . Niat perlawanan tersebut di adakan : a/ Perlawanan persahabatan dan untuk menambahkan kenalan serta persaudaraan. b/ Menentukan siapa yang lebih baik diantara mereka . Soalannya : Apakah hukumnya dalam Islam mengenai perkara tersebut ?. 2/ Dalam latihan harian, kami menjadikan 1 atau 2 tin minuman dalam tin ( 100 plus dll ) menjadi rebutan . Dalam erti kata lain siapa kalah dia kena belanja minuman tersebut atau lebih menarik kena belanja mee goring, roti canai atau sebagainya. 3/ Apabila ketika itu minuman tak disediakan ( kedai di dalam dewan tak dibuka ), kami akan mengeluarkan wang RM 1.50 sebagai ganti. Ada kemungkinannya kami akan kalah 2 atau 3 set bermakna kami akan keluarkan RM 3 atau RM 4,50 sebagai ganti minuman untuk diberi kepada pemenang . Niat kami adalah jelas : a/ Untuk menjadikan permainan itu sengit ( tanpa taruhan tersebut permainan macam tak de selera aje ). b/ Bila permainan menjadi sengit tak lagi perlu bermain banyak set kerana 2 atau 3 set memang lebih dari mencukupi. * Buat pengetahuan anda..kalau kalah 2 atau 3 tin ( RM3 / RM 4.50 ) memang tak mendatangkan kerugian pada kami berbanding apa yang kami perolehi hasil dari peluh yang keluar dari tubuh kami. Soalannya : Apakah hukumnya dalam Islam mengenai perkara tersebut ?. Di tempat saya dan saya percaya di tempat lain juga golongan Haji2 dan yang warak2 pun terlibat sama kerana hanya untuk suka2. Tolong berikan pendapat yang berlandaskan sunnah dan nas Al Quran jika ianya bercanggah dgn Islam. Wassallam
