Risalah dari Dr. Muhammad Badie’, Mursyid Am Ikhwan Muslimin, 18-03-2010


Segala puji hanya milik Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw
beserta keluarga dan sahabatnya serta orang-orang yang mengikutinya..

Sesungguhnya Masjid Al-Aqsa adalah kiblat pertama Umat Islam, masjid suci
ketiga dan tempat Isra’ Rasulullah saw. Dari sini tempat baginda Mi’raj
(naik) ke langit tertinggi. Palestin adalah peninggalan Nabi Muhammad kepada
kita, amanah Umar di dalam tanggungan kita, perjanjian Islam di bahu kita.

Justeru Palestin dan Al-Quds adalah sebahagian dari akidah umat Islam.
Pengabaian dalam hal ini bererti pengabaian dalam mendokong kitab Allah,
warisan Rasulullah dan para nabi lainnya, tamadun umat dan akidahnya.
Melepaskan sebahagian tanahnya kepada Yahudi atau kepada lainnya, atau
setidak-tidaknya mengakui hak selain orang Islam ke atasnya, maka hal itu
adalah haram sama sekali kerana tanahnya bukan milik individu, kelompok atau
negara tertentu setelah Palestin ditakluki oleh kaum muslimin dan Allah
menetapkannya untuk kita.

 Read more 
»<http://jimkl.blogspot.com/2010/04/kewajiban-kita-menyelamatkan-al-aqsa.html#more>

Kirim email ke