Kalau sesiapa tengok masjid pekan Pedas ketika ini boleh nampak cat atapnya mengelupas teruk. Itu di Pedas, di Chembong guna kanvas atapnya.
Beberapa laporan sebelum ini mengenai masalah masjid di N.Sembilan : MASJID DI N.SEMBILAN TAK SIAP-SIAP http://pasns.blogspot.com/2010/02/masjid-di-nsembilan-tak-siap-siap.html Masjid Kg Bongek, N.Sembilan akan dirobohkan, semua senyap http://pasns.blogspot.com/2009/09/masjid-kg-bongek-nsembilan-akan.html ******************* Pasang kanvas elak masjid basah Sinar Harian 6 April 2010 CHEMBONG - Keadaan kubah Masjid Kariah Batu 17, Chembong yang mengalami kerosakan memerlukan tin-dakan segera pihak berkaitan bagi memastikan kese-lesaan jemaah menunaikan ibadah solat. Setiausaha masjid, Marti Serin, 59, berkata, masalah kubah masjid bocor dan rosak menjadi kritikal sejak dua bulan kebelakangan ini, sehingga ahli kariah mengambil inisiatif sendiri membaikinya. :Bagaimanapun katanya, usaha dilakukan sia-sia ke-rana berada di luar kemampuan masing-masing, apatah lagi bukan mudah membaiki kubah masjid melainkan dengan menggunakan tenaga pakar. "Ahli kariah sepakat menggunakan kanvas untuk menghalang air hujan membasahi karpet masjid sekali gus mengurangkan ketidakselesaan jemaah. “Namun, penggunaan kanvas ini masih tidak menyelesaikan masalah kubah bocor sehingga kami terpaksa menadah menggunakan besen ditambah pula sejak kebelakangan ini hujan terlalu kerap,” katan. Marti berkata, keadaan itu menyebabkan karpet dan siling masjid rosak. Karpet yang basah menyebabkan bau busuk sekali gus mengundang rasa tidak selesa jemaah. “Masjid ini berada di tepi jalan besar dan menjadi tumpuan umat Islam menunaikan solat. Keadaan ini tentunya memberi rasa kurang selesa kepada jemaah. Sesiapa yang melihat dan berdepan situasi ini pastinya berasa sedih,” katanya. Menurutnya, masalah dihadapi sudah pun dipan-jangkan kepada pihak berkenaan bagi menyelesaikan kesulitan dialami. “Saya harap tindakan segera dapat diambil kerana ini tidak memberi keselesaan kepada jemaah masjid. "Jika dibiarkan, dikhuatiri masalah sedia ada lebih buruk,” katanya. http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7522212.asp
