Dunia hari ini hampir hampir menjadi neraka.Di penuhi cerita perang,
pembunuhan, rusuhan, penindasan, penzaliman, kemungkaran dan maksiat.Kebaikan
amat kurang sekali. Kasih sayang hampir tiada, manakala keadilan, keamanan,
keselamatan dan kebahagiaan pupus.

Jiwa manusia terseksa kerana tidak di beri makan.Tapi kalau kemiskinan lahir
saja yang disusahkan sedangkan kelaparan jiwa tidak di atasi, maka
terjadilah kehidupan yang pincang. Lahir batin tidak seiring atau sejalan
lagi.Pada lahirnya manusia bergaul, bermasyarakat dan saling memerlukan tapi
hati masing masing kosong, pecah belah dan berburuk sangka, menyimpan
dendam, dengki, benci, bakhil dan lain lain.

Di dalam Al Quran ada menyebutkan:

*“Kamu lihat mereka bersatu padu tapi hati mereka berpecah pecah” (Al
Hasyr:14)*

Jadi manusia bekerja tapi dalam keadaan terpaksa, bergaul dan bermesra
secara terpaksa, ikut arahan secara terpaksa. Lahirlah masyarakat yang hidup
berpura pura sebagai akibat daripada sakit jiwa yang telah melanda kehidupan
lahiriah manusia.Bilamana manusia bekerja dengan terpaksa, hasilnya akan
mengecewakan. Pembangunan dan kejayaan tinggal laungan kosong. Masing masing
memikirkan kepentingan sendiri yang tidak selesai selesai hingga Rakyat dan
masyarakat terbiar tanpa perhatian dan pembelaan Inilah yang sedang terjadi
sekarang.

Menyedari hakikat ini, marilah kita semua berjuang dan berkorban untuk
membina kembali kehidupan berkasih sayang. Mari kita renungkan mengapa orang
tidak sayangkan kita dan kita pun tidak sayangkan orang lain.Mengapa orang
marahkan kita dan kita pun marahkan orang lain?Mengapa orang bencikan kita
dan kita pun bencikan orang lain?
Bagaimana dan apa yang mesti dilakukan supaya orang sayangkan kita dan kita
pun sayangkan mereka! Apa usahanya agar diri kita disayangi dan menyayangi?

PETIKAN DARI LAMAN BLOG HEMBUSAN AMAL4u <http://hembusan-amal.blogspot.com/>

Salaam & Regards
Amri el Wahab
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com

Mutiara Kata:"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita
dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada
orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita?
Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita
hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk
kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan
bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita
dapat tapi bala.

Kirim email ke