Pendahuluan

Dalam membuat sesuatu pekerjaan atau usaha sama, sering kita mendapati bahawa 
urusan ini disudahi dengan sesuatu perjanjian. Tidak kiralah sama ada 
perjanjian tersebut merupakan perjanjian secara lisan, dokumentasi mahupun 
melalui ketetapan jangka masa. Perihal ini telah lama wujud berikutan kita 
(manusia) sentiasa berpegang pada janji dan janji harus dikotakan.

Lihat sahaja segala urusan pekerjaan sejak zaman dahulu seperti contoh seorang 
hamba kepada rajanya, iaitu seseorang hamba itu harus berjanji akan akur akan 
segala perintah yang dikeluarkan oleh rajanya bagi melaksanakan sesuatu 
pekerjaan. Jika tidak, hukuman berat akan dijatuhkan. Begitu juga ketika zaman 
Rasulullah S.A.W, telah ada beberapa perjanjian perikatan demi mewujudkan 
suasana harmoni dalam mengembangkan syiar Islam, sebagai contoh Perjanjian 
Aqabah dan Perjanjian Mekah.

Pada zaman yang berteraskan teknologi moden dan arus pembangunan pesat ini juga 
kita sebenarnya dikelilingi oleh pelbagai jenis perjanjian sama ada perjanjian 
tersebut kita sedari atau tanpa kita sedari. Orang ramai tidak gemar untuk 
membaca sesetengah dokumen perjanjian kerana dokumen perjanjian ini terlalu 
panjang dan dipenuhi dengan ayat-ayat yang sukar difahami. Lantas, akhirnya ada 
antara kita yang terperangkap oleh perjanjian yang telah ditandatangani tanpa 
memahami terma dan syarat perjanjian. Hal ini sesuatu yang merugikan dan 
berkemungkinan menjurus ke arah memakan diri sendiri.

Justeru, buku ini ditulis dan diterbitkan khusus sebagai panduan am tentang 
perjanjian dan seterusnya dalam merangka satu-satu dokumen perjanjian itu. Buku 
ini mengetengahkan pelbagai jenis contoh dokumen perjanjian dan juga penerangan 
berkenaan dengan kepentingannya. Dengan adanya pelbagai jenis dokumen 
perjanjian ini, dapatlah kita sama-sama berkongsi ilmu dalam merangka satu-satu 
dokumen perjanjian yang adil, seimbang dan saksama kepada kedua-dua belah pihak 
yang memeterai perjanjian tersebut.

Contoh dokumen perjanjian yang disajikan dalam buku ini diharapkan dapat 
memberikan cetusan idea dan pengetahuan secara am kepada anda tentang hak dan 
kepentingan yang ingin dilindungi serta sebagai langkah persediaan sebelum anda 
mendapatkan khidmat peguam. Bahasa yang digunakan untuk menulis dokumen 
perjanjian dalam buku ini ialah bahasa Melayu walaupun majoriti dokumen 
perjanjian ditulis dalam bahasa Inggeris. Hal ini tidak menjadi halangan kerana 
dengan tercetusnya idea kasar dan jangkaan hasil daripada bacaan buku ini, 
pembaca akan mengetahui hak dan keperluan masing masing yang ingin dimasukkan 
sebagai terma dan syarat dalam satu-satu dokumen perjanjian tanpa mengira 
medium bahasa pengantar yang digunakan.

Secara ringkas, kandungan dalam buku terbahagi kepada beberapa bab seperti yang 
tertera di bawah:

Bab 1 - Apakah perjanjian?
Bab 2 - Akta perjanjian
Bab 3 - Langkah untuk merangka dokumen perjanjian
Bab 4 - Kesalahan lazim dokumen perjanjian
Bab 5 - 12 contoh dokumen perjanjian

Namun begitu, segala panduan yang diberikan di sini hanya memandu anda ke arah 
pembinaan rangka dokumen perjanjian. Harus diingatkan bahawa pihak penerbit 
tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kerugian yang anda hadapi sekiranya 
menemukan sebarang masalah.

Selamat membaca!


Kandungan

1. PERJANJIAN
1.1 Apakah perjanjian?
1.2 Adakah perjanjian sama dengan kontrak?
1.3 Bilakah kita memerlukan perjanjian?
1.4 Mengapakah perjanjian penting?

2. AKTA PERJANJIAN
2.1 Akta yang berkaitan dengan perjanjian
2.2 Kepentingan mengetahui akta perjanjian

3. LANGKAH UNTUK MEMBINA RANGKA DOKUMEN PERJANJIAN
3.1 Persedian pembinaan rangka dokumen perjanjian
3.2 Perkara asas pembinaan rangka dokumen perjanjian
3.3 Perkara penting yang perlu ada dalam dokumen perjanjian
3.4 Syarat penting dalam pembinaan dokumen perjanjian yang sah di sisi 
undang-undang

4. KESALAHAN LAZIM DOKUMEN PERJANJIAN
4.1 Kesalahan lazim

5. KOLEKSI CONTOH DOKUMEN PERJANJIAN
1. Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA)
2. Perjanjian Sewa Rumah Berperabot
3. Perjanjian Sewa Rumah Tidak Berperabot
4. Perjanjian Sewaan Tanah
5. Perjanjian Sewa Pejabat Atau Bangunan Komersial
6. Perjanjian Sewa Kenderaan
7. Perjanjian Kerja Secara Kontrak
8. Perjanjian Praperkahwinan
9. Perjanjian Perniagaan Francais
10. Perjanjian Pinjaman Wang
11. Perjanjian Pembelian Kenderaan Terpakai (Penyambungan Bayaran Bank)
12. Perjanjian Perkongsian (Partnership)


Artikel di atas dipetik daripada buku Koleksi Contoh Dokumen Perjanjian 
Berserta Panduan Asas Membina Rangka Dokumen Perjanjian. Harga senaskhah buku 
ialah RM20. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati dengan melayari 
laman web kami di www.books.perintis.com.my atau hubungi Cik Nor di talian 
03-9019 5303. 

Kirim email ke