Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera ana ucapkan pada teman-teman seperjuangan ana di luar sana. Baik di dalam atau di luar negara. Rindunya ana pada kalian. Ana ambil petikan dari Artikel Dakwah.Info.. Imam Bukhari rahimahullah berkata di dalam Shahihnya, di kitab ad-Da'awaat: Bab. Istighfar Nabi shallallahu `alaihi wa sallam dalam sehari semalam. Abul Yaman menuturkan kepada kami. Dia berkata: Syu'aib mengabarkan kepada kami dari az-Zuhr'i. Dia berkata: Abu Salamah bin Abdurrahman mengabarkan kepadaku. Dia berkata: Abu Hurairah -radhiyallahu'anhu- berkata: Aku mendengar Rasulullahshallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Demi Allah, sesungguhnya meminta ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali." (Shahih Bukhari cet. Maktabah al-Iman, hal. 1288. Hadits no 6307) Imam Muslim rahimahullah berkata di dalam Shahihnya, di kitab adz-Dzikr wa ad-Du'aa' wa at-Taubah wa al-Istighfar: Abu Bakr bin Abi Syaibah menuturkan kepada kami. Dia berkata: Ghundar menuturkan kepada kami dari Syu'bah dari Amr bin Murrah dari Abu Burdah, dia berkata: Aku mendengar al-Agharr dan dia adalah termasuk sahabat Nabi shallallahu `alaihi wa sallamketika dia menyampaikan hadits kepada Ibnu Umar. Ketika itu dia berkata: Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam bersabda,"Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah. Kerana sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari kepada-Nya seratus kali."(Shahih Muslim yang dicetak bersama syarahnya jilid 8, hal. 293. Hadits no 2702) Istighfar dikaitkan dengan Taubat. Taubatlah kita sebelum kita ditaubatkan. Sungguh Indah Islam ini, kerana pelbagai cara Allah sediakan juadah bagi kita dalam menundukkan hati kita kepadaNya dan sentiasa bertaubat diatas apa yang telah kita lakukan. Cakap mengenai taubat, setiap manusia memang benar hidayahnya ada yang sudah sampai ada yang belum. Tetapi tidak salah bagi kita skiranya kita mulakan dengan istighfar dan taubat. Mungkin dari situ, jendela hati kita dibuka perlahan-lahan melalui Nur dariNya. Siapa yang tahu bukan? Hanya Allah swt sahaja yang tahu. Siapa kehendaki pasti Allah swt membantunya. Ana yakin. Bagi mereka yang belum berkata belum bersedia, apakah nikmat dunia menyebabkan hatimu itu keras bak batu ? Inilah soalan yang pertama sekali ana tanya pada diri ana. Apakah diri aku ini keras ya Allah? Kenapa aku tidak boleh rasa jiwang sejiwangnya kepadaMu? Apakah dosa lagi yang telah kulakukan ya Allah?Tunjukkanlah aku , bantulah aku dalam mencapai jiwaku kepadaMu wahai kekasihKu yang satu. Dan akhirnya terbitlah di bibir ana selepas doa itu.."Astaghfirullah hal 'azim~". Seperti apa yang ana belajar semasa daurah, semasa lapang atau sekiranya susah hendak tidur, zikir. Insya Allah, tenang setenangnya...Masya Allah, how great Allah is. Dari situ, bermulanya hati ini membuka kepadaNya secara perlahan-lahan dan akhirnya nikmat yang diberikannya membuatkan airmata sentiasa keluar dalam menikmati ciptaanNya yang Subhanallah..terlalu bersyukur. Setiap perkara dibukakan oleh Allah swt bagi memelihara kita dari perkara-perkara yang tidak diingini. Inilah dikatakan kasih. Kasih dibalas dengan kasih. Cinta dibalas dengan cinta. Cinta yang teragung dariNya. Indah sungguh rasanya. Hanya bermula dengan istighfar. Dari situ,lahirlah jiwa yang ikhlas dan lukisan senyuman yang ikhlas akan terukir dalam memikirkanNya. Ada orang menegur, "kenapa senyum sorang-sorang?" teringat pakwe ke? Tidak tersangka ana mendengar perkataan itu. Inilah ujian apabila melihat keindahanNya. Masa itu melihat anak-anak kecil bermain di salah sebuah tadika, ana melihat gerak geri ototnya, ketawanya dan senyumannya, begitu mudah Allah menggerakkan pergerakan mereka dan mencuit perasaan manusia di jiwa. Tidakkah itu suatu perkara menarik??Kreatifkan Allah ini. Si kecil menjadi penghibur kepada manusia. Disitu sahaja, tekanan di jiwa boleh terhindar dengan melihat gelagat kanak-kanak yang tidak disangka-sangka. Masya Allah. Istighfarlah kita setiap hari. Sekiranya malu, buat di dalam hati atau semasa kita keseorangan. Tidak salah, kerana semasa kita istighfar, Allah swt bersama-sama dengan kita dan tidak perlu takut. Ana dah cuba, kerana ana takut tidur dalam bilik yang gelap kerana masih teringat fobia semasa di negeri sembilan. Sehinggakan ibu bapa selalu berkata, membazirnya biarkan lampu atau laptop dipasang pada waktu malam. Tetapi bila dimulakan dengan zikir, istighfar dan sebagainya, perasaan takut itu tiada. Kerana ana yakin pada Allah , sekiranya ana zikir, Allah temankan ana. kemana-mana sahaja Allah temankan dan Alhamdulillah, it works. Sama juga semasa hadapi tekanan peperiksaan. Jadi wahai sahabat sahabiah yang ana kasihi, apalagi, mari kita mulakan dengan istighfar. tetapi ingat, setiap kali kita istighfar atau membuat apa sahaja, ujian demi ujian akan datang. Bersabarlah menghadapinya. Sesungguhnya setiap ujian yang Allah berikan, pasti ada hikmahnya. begitu juga ana suarakan di jiwa ini walaupun pahit. Ia pasti ada hikmah disebaliknya. Pasti ada kemanisan nanti. Yakinilah dengan Allah swt. Wassalam
