Tok Kenali atau nama sebenarnya, Muhamad Yusof bin Ahmad Al-Kenali dilahirkan
pada tahun 1868 di Kubang Kerian, Kota Bahru. Bapanya meninggal dunia ketika
Tok Kenali berusia 5 tahun. Beliau mula belajar membaca dan menulis Al-Quran
daripada Tok Lih, datuk kandungnya. Pada usia 10 tahun, Tok Kenali berpindah ke
Kota Bahru dan mempelajari bahasa Arab daripada seorang guru yang bernama
Ismail. Di antara guru-guru Tok Kenali adalah Ahmad bin Mohd Zain bin Mustaffa
al-Fatani dan Syeikh Daud Abdullah Fatani.
Tok Kenali mengahwini Mek Nik Haji Salleh Janggut ketika berumur 16 tahun
tetapi perkahwinan tersebut hanya bertahan selama setahun. Beliau kemudian
mengahwini Hajah Rokiah Haji Mahmud dan telah dikurniakan 4 orang anak, iaitu
Hj. Ahmad, Hj. Mohd. Salleh, Haji Mahmud dan Haji Abdullah Zawawi. Pada usia 18
tahun, beliau telah pergi ke Mekah untuk menunaikan haji dan menyambung
pengajiannya dalam ajaran Islam dan hanya kembali ke tanah air pada tahun 1908
setelah mencecah usia 40 tahun. Pada mulanya beliau hanya mengajar di rumahnya
dan kemudian ke rumah-rumah lain di Kampung Paya, Kelantan.
Beliau juga turut mengajar di Masjid Al-Muhammadi, Kota Bahru. Di antara
pelajar-pelajarnya adalah Yaakob Legur, Haji Ali Salehuddin, Haji Othman
Jalaluddin Sering, Abdullah Tahir dan Mohammad Undang. Sepanjang kariernya,
beliau memegang beberapa jawatan penting seperti Ahli Majlis Ulama Kelantan,
Ahli Majlis Agama Islam, Ahli Adat Istiadat Melayu Kelantan, Ketua Pengajian
Islam di Kelantan, Ketua Pengarang Majalah Pengasuh serta pengasas Jam’ayatul
Al’ Asriyah di Kota Bahru. Karya-karya kesusasteraan Tok Kenali termasuk Kadi
Yang Pintar, Helah Yang Baik, Pengetahuan Manusia Terbatas, Kuasailah
Pengetahuan Agama dan Politik, Bertanya Yang Tahu, Ilmu Itu Apa Yang Terguris
Dalam Hati, Ilmu Yang Tidak Diamalkan, Hanya Untuk Menyedapkan dan Awang Hidup
Melintang. Tok Kenali meninggal dunia pada 19 November 1933 pada usia 65 tahun.
()"" ' )
( ,'o' )") Al Nakhai’i
(,,)(")(") "
Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali seseorang
itu juga kadangkala membuatkan kita mengalir airmata. Sesungguhnya, mengenali
seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang
dan rindu. Tapi sedahkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu
ANUGERAH... Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara...
Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti
apa itu erti PERSAHABATAN...