Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan di mana kuasa pemerintahan 
terletak di tangan pemerintah dan pegawai-pegawai Melayu sepenuhnya. Pemerintah 
Melayu di Melaka berasal dari Singapura, iaitu selepas kekalahan Kerajaan 
Melayu Singapura di tangan Siam. Kesultanan Melayu Melaka telah bertahan lebih 
dari satu abad, bermula dari penghujung kurun ke –14 sehingga permulaan kurun 
ke-16, iaitu dari tahun 1394 sehingga tahun 1511. Di bawah kekuasaan pemerintah 
Melayu, Melaka bukan hanya menjadi sebuah kota perdagangan yang maju tetapi 
juga merupakan pusat penyebaran ajaran Islam kepada seluruh kepulauan Melayu. 
Selepas kejatuhan Empayar Seri Vijaya dan Majapahit di penghujung abad ke-14, 
Melaka telah meneraju dan mengekalkan pemerintahan Melayu di kepulauan Melayu. 
Kestabilan politik dan sistem perundangan yang adil berjaya menarik para 
pedagang dari segenap pelusuk kepulauan Melayu ke Melaka. Para pedagang dari 
China, benua kecil India, Pegu di
 Burma dan Tanah Arab juga telah datang ke Melaka untuk berdagang. 

   

   Pemerintah Pertama Melaka : Parameswara (1394-1414)
 Pemerintah Kedua Melaka : Sultan Megat Iskandar Syah (1414 – 1424)
 Pemerintah Ketiga Melaka : Sultan Maharaja (Raja Tengah) atau Sultan Muhammad 
Syah (1424 – 1445)
 Pemerintah Keempat Melaka : Sultan Abu Syahid (1445 – 1446)
 Pemerintah Kelima Melaka : Sultan Muzaffar Syah (1446 – 1456)
 Pemerintah Keenam Melaka : Sultan Mansur Syah (1456 – 1477)
 Pemerintah Ketujuh Melaka : Sultan Alauddin Riayat Syah (1477 – 1488)
 Pemerintah Kelapan Melaka : Sultan Mahmud Syah (1488 – 1511)
 

 ()"" ' )
( ,'o' )") Al Nakhai’i
(,,)(")(") "
Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali seseorang 
itu juga kadangkala membuatkan kita mengalir airmata. Sesungguhnya, mengenali 
seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang 
dan rindu. Tapi sedahkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu 
ANUGERAH... Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara... 
Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti 
apa itu erti PERSAHABATAN...

Kirim email ke