Hadis Ahad Yang Sahih Adalah Hujjah: Imam an-Nawawi Menyangkal Hizbut Tahrir

http://bahaya-syirik.blogspot.com

Para penulis dan pentaksub Hizbut Tahrir berkata:

Al-Hafidz Ibnu Hajar dan jumhur ulama, kecuali Imam Ahmad, berpendapat bahwa 
hadits ahad tidak menghasilkan ilmu (keyakinan) sehingga tidak bisa sebagai 
sumber aqidah, senada dengan pendapat jumhur ulama, Imam Asnawy Al-Baghdady, 
Imam An-Nawawi, Ibnu Shalah, Imam Basdawly, Imam ‘Abd Al-Bar, Imam Al-Ghazali, 
dan lain-lain. (Sila rujuk kepada tulisan-tulisan milik Hizbut Tahrir: Para 
pembaca boleh search perkataan ini melalui google)

Mereka juga berkata:

Dengan demikian madzhab yang menerima dzan dan khabar ahad dalam aqidah adalah 
madzhab bathil dan asing, dan harus ditinggalkan karena pendapat ini telah 
bertentangan dengan jumhur kaum muslimin baik dari kalangan sahabat, tabi’in, 
tabi’ut tabi’in serta ulama-ulama setelah mereka baik dari kalangan muhaditsin, 
fuqaha serta ulama ushul. Mereka sepakat bahwa khabar ahad hanya menghasilkan 
dzan (dugaan) saja tidak menghasilkan keyakinan sehingga tidak bisa sebagai 
dalil aqidah. (Sila rujuk kepada tulisan-tulisan milik Hizbut Tahrir: Para 
pembaca boleh search perkataan ini melalui google)

Oleh itu, berikut kita lihat sendiri, apakah perkataan dan pendirian imam 
an-Nawawi (rahimahullah) yang sebenar dalam persoalan hadis ahad. Adakah ianya 
benar sebagaimana yang didakwa oleh Hizbut Tahrir?

Berikut Pencerahannya:

Imam Abu Zakariya Yahya B. Sharaf an-Nawawi rahimahullah (Imam an-Nawawi: 
631H-676H) berkata:


ولا فرق بين البخاري ومسلم وغيرهما في ذلك وتلقى الأمة بالقبول انما أفادنا وجوب 
العمل بما فيهما وهذا متفق عليه فان أخبار الآحاد التي في غيرهما يجب العمل بها 
اذا صحت أسانيدها ولا تفيد الا الظن فكذا الصحيحان وانما يفترق الصحيحان وغيرهما 
من الكتب في كون ما فيهما صحيحا لا يحتاج إلى النظر فيه بل يجب العمل به مطلقا وما 
كان في غيرهم لا يعمل به حتى ينظر وتوجد فيه شروط الصحيح


Terjemahan: Tiada perbezaan di antara hadis-hadis yang dimiliki oleh al-Bukhari 
dan Muslim dengan hadis-hadis selainnya, yang umat telah bersepakat 
menerimanya. Kami mengambil faedah yang mewajibkan untuk mengamalkannya dari 
apa yang terdapat di dalam kedua kitab tersebut. Dan ini telah disepakati 
secara bersama (muttafa ‘alaih), kerana khabar atau hadis ahad wajib diamalkan 
apabila terbukti sahih sanadnya dan tetap tidak berfaedah melainkan azd-Dzan 
(apabila tidak sahih). Demikianlah keadaannya apa yang terdapat di dalam 
ash-Shohihain (dua kitab sahih tersebut).

Tetapi, terdapat perbezaan di antara hadis-hadis yang terdapat di dalam 
ash-Shohihain dengan hadis-hadis selainnya, iaitu apabila hadis sahih itu 
berasal dari al-Bukhari dan Muslim, maka tidak perlu dikhuwatirkan dan tidak 
perlu lagi untuk penelitian dan wajib diamalkan secara mutlak. Namun, apabila 
hadis-hadis tersebut daripada selain keduanya, maka tidak boleh diamalkan, 
melainkan setelah diteliti dengan baik terlebih dahulu sehingga disahkan 
menepati syarat-syarat hadis sahih. (an-Nawawi, al-Minhaj Syarah Shohih Muslim, 
1/20)

Di lembaran seterusnya:


وشرط الجبائى المعتزلى وبعض القدرية العدد في الرواية فقال الجبائى لا بد من اثنين 
عن اثنين كالشهادة وقال القائل من القدرية لا بد من أربعة عن أربعة في كل خبر وكل 
هذه الأقوال ضعيفة ومنكرة مطرحة وقد تظاهرت دلائل النصوص الشرعية والحجج العقلية 
على وجوب العمل بخبر الواحد وقد قرر العلماء في كتب الفقه والأصول ذلك بدلائله 
وأوضحوه أبلغ ايضاح وصنف جماعات من أهل الحديث وغيرهم مصنفات مستكثرات مستقلات فى 
خبر الواحد ووجوب العمل به والله أعلم


Al-Juba’i, seorang muktazilah dan sebahagian kelompok Qadariyah mensyaratkan 
adanya al-‘Adad (jumlah tertentu kepada perawi atau sanad) di dalam 
periwayatan. Al-Juba’i berkata:

“Suatu khabar dapat diterima sekiranya terdiri daripada dua orang sebagaimana 
dalam urusan sumpah.”

Sebahagian dari golongan Qadariyah pula berkata:

“Wajib terdiri dari empat orang sebagaimana yang berlaku di dalam urusan 
penerimaan sesuatu khabar.”

Semua perkataan ini adalah lemah, mungkar, dan tidak perlu dilayan. Kerana 
nash-nash agama dan hujjah-hujjah aqli secara jelas telah menunjukkan akan 
kewajiban mengamalkan khabar (hadis) dari satu orang. Para ulama telah 
menetapkan perkara tersebut melalui kitab-kitab fiqh dan ushul (aqidah) yang 
dengannya mereka menjelaskan dengan sejelas-jelasnya. Para ahli hadis serta 
selainnya juga telah menyusun pelbagai kitab berkaitan khabar wahid serta wajib 
untuk mengamalkannya. Wallahu a’lam... (an-Nawawi, al-Minhaj Syarah Shohih 
Muslim, 1/62)


قال مسلم رحمه الله ( فيقال لمخترع هذا القول قد أعطيت فى جملة قولك أن خبر الواحد 
الثقة حجة يلزم به العمل ) هذا الذى قاله مسلم رحمه الله تنبيه على القاعدة 
العظيمة التى ينبنى عليها معظم أحكام الشرع وهو وجوب العمل بخبر الواحد فينبغى 
الاهتمام بها والاعتناء بتحقيقها وقد أطنب العلماء رحمهم الله فى الاحتجاج لها 
وايضاحها وأفردها جماعة من السلف بالتصنيف واعتنى بها أئمة المحدثين وأصول الفقه 
وأول من بلغنا تصنيفه فيها الامام الشافعى رحمه الله وقد تقررت أدلتها النقلية 
والعقلية فى كتب أصول الفقه ونذكر هنا طرفا فى بيان خبر الواحد والمذاهب فيه 
مختصرا قال العلماء الخبر ضربان متواتر وآحاد فالمتواتر ما نقله عدد لا يمكن 
مواطأتهم على الكذب عن مثلهم ويستوى طرفاه والوسط ويخبرون عن حسى لا مظنون ويحصل 
العلم بقولهم ثم المختار الذى عليه المحققون والأكثرون أن ذلك لا يضبط بعدد مخصوص 
ولا يشترط فى المخبرين الاسلام ولا العدالة وفيه مذاهب أخرى ضعيفة وتفريعات معروفة 
مستقصاة فى كتب الاصول وأما خبر الواحد فهو ما لم يوجد فيه شروط المتواتر سواء كان 
الراوى له واحدا أو أكثر واختلف فى حكمه فالذى عليه جماهير المسلمين من الصحابة 
والتابعين فمن بعدهم من المحدثين والفقهاء وأصحاب الاصول أن خبر الواحد الثقة حجة 
من حجج الشرع يلزم العمل بها ويفيد الظن ولا يفيد العلم وأن وجوب العمل به عرفناه 
بالشرع لا بالعقل وذهبت القدرية والرافضة وبعض أهل الظاهر إلى أنه لا يجب العمل به 
ثم منهم من يقول منع من العمل به دليل العقل ومنهم من يقول منع دليل الشرع وذهبت 
طائفة إلى أنه يجب العمل به من جهة دليل العقل وقال الجبائى من المعتزلة لا يجب 
العمل الا بما رواه اثنان عن اثنين وقال غيره لا يجب العمل الا بما رواه أربعة عن 
أربعة وذهبت طائفة من أهل الحديث إلى أنه يوجب العلم وقال بعضهم يوجب العلم الظاهر 
دون الباطن وذهب بعض المحدثين إلى أن الآحاد التى فى صحيح البخارى أو صحيح مسلم 
تفيد العلم دون غيرها من الآحاد وقد قدمنا هذا القول وابطاله فى الفصول وهذه 
الأقاويل كلها سوى قول الجمهور باطلة وابطال من قال لا حجة فيه ظاهر فلم تزل كتب 
النبى صلى الله عليه و سلم وآحاد رسله يعمل بها ويلزمهم النبى صلى الله عليه و سلم 
العمل بذلك واستمر على ذلك الخلفاء الراشدون فمن بعدهم ولم تزل الخلفاء الراشدون 
وسائر الصحابة فمن بعدهم من السلف والخلف على امتثال خبر الواحد اذا أخبرهم بسنة 
وقضائهم به ورجوعهم إليه فى القضاء والفتيا ونقضهم به ما حكموا به على خلافه 
وطلبهم خبر الواحد عند عدم الحجة ممن هو عنده واحتجاجهم بذلك على من خالفهم 
وانقياد المخالف لذلك وهذا كله معروف لاشك فى شيء منه والعقل لا يحيل العمل بخبر 
الواحد وقد جاء الشرع بوجوب العمل به فوجب المصير إليه


Telah berkata Imam Muslim rahimahullah:

“Maka disebutkan bahawa mereka yang merumuskan kaedah tersebut, di mana kamu 
telah membuat kesimpulan dari perkataan kamu bahawa hadis seseorang yang tsiqah 
adalah hujjah yang wajib diamalkan.”

Perkataan yang disebutkan oleh Muslim rahimahullah tersebut adalah penjelasan 
berkenaan kaedah yang agung di mana padanya terbina kumpulan hukum-hukum 
syara’, iaitu wajibnya beramal dengan khabar wahid (hadis ahad) sehingga 
mewajibkan kita untuk meneliti dan menyemaknya (mempelajarinya).

Para ulama rahimahumullah telah menjelaskan kaedah tersebut secara panjang 
lebar, malah sebilangan besar ulama dari kaum salaf (terdahulu) telah menyusun 
kitab berkenaan dengannya. Para imam ahli hadis dan usuhul fiqh juga turut 
mengambil berat kaedah tersebut. Orang yang pertama sekali sampai karyanya 
kepada kami adalah Imam asy-Syafi’i rahimahullah. Dalil-dalil berkaitan kaedah 
tersebut secara naqli dan ‘aqli telah disebutkan di dalam kitab-kitab ushul 
fiqh.

Di dalam perbahasan ini, kami akan menyebutkan sepintas lalu berkaitan hadis 
ahad dan beberapa pendapat tentangnya.

Para ulama berkata:

“Terdapat dua bentuk hadis, iaitu yang mutawatir dan Ahad.”

Hadis mutawatir adalah hadis yang dinukil oleh sekumpulan/sebilangan orang yang 
tidak mungkin mereka bersepakat untuk melakukan pendustaan/pembohongan di mana 
apabila hadis tersebut (hadis yang sama) juga diriwayatkan oleh orang yang 
lain. Jumlah para perawi hadis mutawatir perlu sama dari awal sehingga akhir. 
Mereka mengkhabarkan berkaitan sesuatu yang bersifat hissi (yang dapat 
dilihat), bukan dzanni, dan dengan perkataan mereka itu dapat menghasilkan yang 
bersifat qath’ie.

Seterusnya, pendapat yang dipilih oleh para penyemak (pentahqiq) dan majoriti 
ulama adalah para perawi hadis mutawatir tidak sepatutnya dibatasi dengan 
jumlah yang tertentu dan tidak disyaratkan perlu Islam dan adil. Malah, begitu 
banyak versi serta pendapat yang lain berkenaan dengan perkara ini yang telah 
dibincangkan di dalam kitab-kitab ushul.

Adapun hadis ahad, ia adalah hadis yang tidak memenuhi syarat-syarat mutawatir 
padanya, sama ada orang yang meriwayatkannya seorang atau pun lebih.

Terdapat perbezaan pendapat tentang hukum hadis ahad. Pendapat majoriti umat 
Islam dari kalangan para sahabat, tabi’in, dan orang-orang setelah mereka dari 
kalangan ahli hadis, ulama fiqh (fuqaha’) dan ulama ushul adalah bahawa hadis 
ahad adalah salah satu hujjah dari hujjah syara’ yang wajib dipraktikkan, yang 
padanya (secara umumnya) menghasilkan hukum yang bersifat dzanni dan tidak 
menghasilkan hukum yang bersifat qath’ie (melainkan setelah dipastikan memiliki 
ciri-ciri hadis sahih). Golongan qadariyah, rafidhah, dan sebahagian zahiriyah 
berpendapat bahawa tidak wajib mengamalkan hadis ahad. Akan tetapi, di antara 
mereka, ada yang menyatakan bahawa hadis ahad tidak wajib diamalkan dengan 
melihat kepada perspektif akal dan ada juga yang menyatakan tidak wajib 
diamalkan jika berdasarkan perspektif syara’.

Sebilangan ulama berpendapat bahawa wajib mengamalkan hadis ahad dari segi 
‘aqli (logik). Al-Juba’i dari kelompok muktazilah berkata:

“Tidak wajib mengamalkannya, melainkan hadis yang diriwayatkan oleh dua perawi 
dari dua perawi.” Manakala selainnya berkata:

“Tidak wajib mengamalkannya melainkan hadis yang diriwayatkan oleh empat perawi 
dari empat perawi.”

Dari para ulama hadis berpendapat bahawa hadis ahad menghasilkan hukum qath’ie. 
Sebahagian dari emreka juga mengatakan ia menghasilkan hukum yang bersifat 
lahiriyah dan bukan bathiniyah. Sebahagian ulama hadis berpendapat bahawa 
hadis-hadis ahad yang terdapat di dalam kita Shohih al-Bukhari atau Muslim 
menghasilkan hukum yang bersifat qath’ie, berbeza dengan hadis-hadis ahad yang 
terdapat pada kitab selain dari keduanya (kerana secara umumnya tidak 
disepakati kesahihannya).

Mengenai beberapa pendapat yang telah kami bentangkan, seluruh pendapat 
tersebut selain pendapat majoriti ulama, maka ia adalah bathil. Pendapat yang 
mengatakan bahawa hadis ahad tidak dapat dijadikan sebagai hujjah adalah 
bathil. Kerana hadis-hadis tersebut berasal dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa 
Sallam yang digunakan sebagai hujjah dan beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam 
mewajibkan mereka untuk mengamalkannya, begitu juga dengan para Khulafa’ur 
Rasyidin dan orang-orang setelah mereka turut mengamalkannya. Para Khulafa’ur 
Rasyidin, seluruh sahabat, dan orang-orang setelah mereka dari kalangan salaf 
dan khalaf terus mengamalkan hadis ahad apabila ia mengkhabarkan kepada mereka 
suatu sunnah. Dengannya mereka mengeluarkan hukum, menggunakannya dalam 
berhujjah dan berfatwa. Dengannya mereka membatalkan hukum yang menyelisihinya, 
dan mereka mencari hadis ahad dari orang yang memilikinya ketika mana tiada 
hujjah/dalil yang berkaitan, lalu berhujjah dengannya terhadap kelompok yang 
menyelisihi mereka. Semua perkara ini adalah ma’ruf (diketahui umum), tidak ada 
keraguan sedikit pun padanya. Akal tidak menolak mengamalkan hadis ahad dan 
syara’ pula telah mewajibkannya. (an-Nawawi, al-Minhaj Syarah Shohih Muslim, 
1/130-132)

Kesimpulan:

1 – Hadis ahad secara umum (asasnya) bersifat dzann dan tidak qath’ie.

2 – Melainkan setelah disahkan menepati syarat-syarat hadis sahih, maka ianya 
wajib diterima dan diamalkan sebagai hujjah dalam setiap persoalan agama.

Demikianlah bahawa perkataan imam an-Nawawi sebenarnya bertentangan dengan 
pendirian Hizbut Tahrir. Dan ianya tidak sebagaimana yang didakwa oleh Hizbut 
Tahrir yang mana mereka mengatakan bahawa imam an-Nawawi menolak berhujjah 
dengan hadis ahad di dalam persoalan aqidah (ushul).

InsyaAllah, selepas ini penulis akan memaparkan pula perkataan dan pendirian 
al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah pula.



@Brother Nawawi
+60126887715 
YM: [email protected] 
MSN: [email protected] 
http://an-nawawi.blogspot.com 
http://galeriniaga.blogspot.com
 

                                          
_________________________________________________________________
The New Busy think 9 to 5 is a cute idea. Combine multiple calendars with 
Hotmail. 
http://www.windowslive.com/campaign/thenewbusy?tile=multicalendar&ocid=PID28326::T:WLMTAGL:ON:WL:en-US:WM_HMP:042010_5

Kirim email ke