Bercakap mengenai jalur lebar, tiada orang lain yang banyak mendapat liputan 
meluas media melainkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk 
Seri Dr. Rais Yatim yang juga Ahli Parlimen Jelebu, N.Sembilan.

Tapi orang Jelebu dah muak dengar mengenai jalur lebar. Apa ke tidaknya , 
banyak kawasan di Jelebu , usahkan jalur lebar, liputan telefon pun banyak 
tempat tak dapat.

Bukan sahaja talian telefon mudah alih yang bermasalah di Jelebu, malahan 
talian telefon tetap pun sering bermasalah.

Tok Rais, jangan sibuk jago Jalur Lebar yo. Turunlah Jolobu tengok mana tempat 
tak dapat liputan telefon. Apa guna jadi ahli Parlimen Jelebu dan Menteri 
Komunikasi tapi tempat sendiri tak leh jaga.

Jangan Cakap Doga Doga yo.

Cakap Berdegar-Degar, Tahi Tersangkut Di Gelegar.

Nak tengok gambar Rais Yatim masa muda-muda dulu ? Tengok sini 
http://amkns.blogspot.com/2010/04/rais-yatim-dan-jalur-lebarnya-tapi.html 



      

Kirim email ke