Syukur alhamdulillah kerana masih ada orang yang kisah.
Dalam menagani isu ini saya sangat2 terpanggil untuk memberi sedikit pandangan 
terutama dalam kes negeri Selangor sebab saya tinggal dalam Selangor.
Pada mulanya di Shah Alam (sebelum Bandaraya) kutipan sampah dibuat setiap 
hari. Pada penghujung pemerintahan BN di Selangor, entah kenapa sistem pungutan 
sampah di bandar raya Shah Alam ditukar kepada tiap 2 hari. Saya rasa heran 
sekali. Orang kalau maju setiap kerja dipertingkat dan kualiti meningkat. Tapi 
dalam kes pungutan sambah setelah menjadi Bandar Raya diundur ke belakang, dari 
setiap hari bertukar menjadi setipa 2 hari. Keadaan menjadi lebih buruk dan 
busuk bila menjagkau hari Ahad, miss hari Isnin dan dikutip pada hari 
Selasa.Bertambah sampah dan bertambah busuk. Maklumlah segala isi ikan, kulit 
udang buangan cucian ayam dan daging dsb pada Sabtu dan Ahad. Hari Isnin tak 
kutip sehingga hari Selasa.
Jadi nak buat macam mana dengan bau busuk itu? Mahu tak mahu penghuni-penghuni 
rumah akan buang dalam tong besar ditempat awam termasuk flat, kawasan woksyop 
dan sekolah. Bukan hak sesiapa pun tapi semua tu hak awam. Kalau dah berlebihan 
tentulah melimpah.
PBT termasuk pemimpin hanya nampak kesalahan penduduk.
Tanya diri kita (PBT, DBKL, MBSA dll.) adakah kita telah menyediakan 
perhidmatan yang mencukupi?
1. Kalau kutipan secara setiap hari tak mencukupi, kenalah cari jalan lain. 
Cnth, 2 kali sehari, bukannya setiap 2 hari sekali.
2. Jika itu dirasakan tidak mungkin, sediakan TONG BESAR atau PANJANG yang akan 
diambil oleh Lori secara setiap hari atau setiap 2 hari mengikut yang seseuai 
dan memenuhi keperluan setempat. Ini adalah tambahan kepada kutipan di Taman 
Perumahan yang harus dibuat secara setiap hari.
Seingat saya semasa di Kepala Batas, Penang tak ada masalah sebegini. Di sungai 
Petani mereka sediakan tong sampah besar dan panjang. Sah tak ada sampah dekat 
rumah. Tapi tak syoklah kalau kita di KL atau bandar2 utama di Selangor nak 
kena berjalan kaki buang sampah kat tong besar tanpa kutipan depan rumah. 
Lebih2 lagi yang bayar cukai pintu mahal, perkhidmatan mestilah setimpal.
Kita dah maju, kita tak sepatut undur kebelakang.Kita dah merdeka 53 tahun 
bukan lagi dijajah. Atau jika penjajah masih ada mungkin sistem kutipan sampah 
ini lebih baik daripada apa yang ada sekarang. Yang penting memenuhi keperluan 
setempat. Perkara ini hendaklah ditender, dan saya berkeyakinan pasti ada 
syarikat yang sanggup. Jika tuan/puan perasan, ada lori sampah yang round di 
kawasan perumahan kutip sampah-sampah kita (secara rawak atau terpilih) yang 
mereka ini bukan pun kontraktor angkut sampah. Mereka berbuat demikian kerana 
nak kutip barangan kitaran semula untuk keuntungan mereka sendiri. Alah, kalau 
tuan/puan perhatikan, pekerja lori sampah pun asingkan barangan plastik, kaca 
dan kertas dalam karung2 sampah yang disangkut pada lori sampah. Kenapa? kerana 
mereka akan jual barangan kutipan tersebut. Yang susah bila nak beri kontrak 
melibatkan kroni. Bila kroni kata tak untung ditukar dari setiap hari ke setiap 
2 hari. Kalau tak sanggup tok sah
 buat. Ini komplain konon tak untung. kalau ikut cara tender, beri kepada yang 
sanggup jangan pilih kroni atau suku sakat sendiri.
Perkara yang sama telah dipaparkan dalam TV (sekitar KL) dalam rancangan ( 
mungkin 360, dah lupa), kononnya orang buang sampah merata2. Macam mana tak 
merata-rata kalau kita tak sediakan tong sampah yang MENCUKUPI. Sampah tu kan 
busuk. Siapa pun tak nak simpan bau busuk. Jadi buang sajelah kat lorong2 
berhampiran. Tak elok tu memang tak elok tapi kalau perkhidmatan tak mencukupi 
begitulah jadinya. Yang saya pasti, kalau perkhidmatan mencukupi, masalah 
sebegini tak akan timbul. Kalau jadi jugak barulah boeh salahkan rakyat.
2. Beri kontrak kepada lebih satu pihak kalau satu pihak tak mampu. 
Pecah-pecahkan kontrak. Lagi pun cara pecah-pecah kontrak ni, lebih ramai yang 
dapat cari makan.

Sampah yang melimpah tidak dikutip. Salah Siapa? Kontrak kata apa? "Ambil 
sampah dalam TONG". Itulah yang mereka lakukan. Yang melimpah tak ambillah 
jawabnya. Sekarang dunia duniawi dan wang ringgit, kebajikan tu kemudian. Yang 
melimpah tak kutip. Orang ramai pun satu hal jugak, kalau baling tak masuk tak 
kutip balik dan buang balik ke dalam tong. Ini memang tak patut, memang salah.

Ada pihak motivasi dalam radio beri contoh orang Jerman buang sampah dalam 
tong2 yang berbeza untuk tujuan kitar semula. Memang elok dan baiklah. Kerajaan 
kita pun cuba tapi tak berjaya atas beberapa sebab-sebab tertentu;
1. Tong2 kitar semula (untuk kaca, plastik, kertas) disediakan ditempat yang 
tidak strategik seperti di pusat beli belah, dan dalam pagar sekolah. Jadi 
macam mana kita nak buang sampah dengan mudah. Nak kena pandu 2-3 km, nak bawa 
sampah? nak buang di kompleks beli belah. Tak logik langsung. Kita pun sedia 
maklum, kalau letak di merata tempat, ada pihak yang curi pulak. Maklumlah 
boleh jual dan dapat duit. Ini memang masalah. Seandainya orang tak curi 
bolehlah dilaksanakan dengan jaya. Ya lah yang buat tong2 kitar semula tu 
mereka pun nak kitar semula, mereka pun membuat pelaburan yang besar, jadi 
mereka kena jaga tong kitar semula mereka. Gagal.
2. Tolak idea berniaga. Sediakan tong2 untuk kertas, kaca dan plastik. Kalau 
ada yang nak curi tu nak buat macamana. janji mereka angkut dan bersihkan 
sampah. Objektif kita ialah pembuangan sampah. Sometimes a good idea will take 
sometime to succeed.

Renung-renungkan lah. Jangan asyik salahkan orang lain. Sekali-sekali tengok 
juga diri kita. Do we provide sufficient service?




________________________________
From: "[email protected]" <[email protected]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Wednesday, April 14, 2010 10:06:55
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Masyarakat perlu ada kesedaran sivik





Gombak- Sikap masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran sivik dan tidak 
mempunyai displin dalam diri  sukar dibendung dengan tidak mengambil peduli 
keatas kebersihan persekitaran samaada dirumah, jalanraya dan premis perniagaan.
Geli dan menjijikkan apabila dilihat rumah sampah yang berdekatan di kawasan 
premis perniagaan di Pasar Tani Sri Gombak Fasa 3 begitu kotor.
Sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab menjadi punca kawasan di kawasan  
rumah sampah Pasar Moden Sri Gombak dicemari bau yang kurang menyenangkan. 
Bukan sahaja bau tetapi didapati berbagai anasir yang telah bermastautin di 
kawasan tersebut.
En. Kwong, pengurus PKM Sri Gombak  berkata, setiap hari beliau menerima aduan 
berkaitan masalah tersebut dan majoriti aduan ini datang daripada penianga dan 
penduduk disini juga.
Katanya lagi,  longgokan sampah dan sisa-sisa makanan yang dibuang di sini 
bukan sahaja perniaga  yang meniaga disini sahaja malahan beliau pernah 
bertanya kepada beberapa individu yang ditemui ketika membuang sampah disni, 
mereka adalah penduduk luar .
Mereka dengan suka hati membuang sampah daripada  dalam kenderaan tanpa 
memastikan sampah sarap tersebut telah benar-benar masuk kedalam tong sampah.  
Mereka tidak peduli kesan akan datang apakah akan berlaku jika sikap sebegini 
berterusan.
Dikawasan yang berhampiran rumah tong sampah juga kelihatan saluran paip air 
mengalir hasil basuhan daripada peniaga. Hasil daripada itu membuatkan 
pengaliran air di longkang begitu ketara kotornya dan menghasilkan bau yang 
amat meloyakan kepada sesiapa yang melalui kawasan tersebut, malahan diharungi 
lalat dan tikus.
Menurutnya, jika kita tidak mengambil sikap bertanggungjawab dalam kebersihan 
persekitaran premis, rumah sudah pasti akan mengundang berbagai penyakit 
seperti  keracunan makanan, muntah-muntah dan sebagainya.
Kwong berkata, beliau juga kesal kerana pemantaun daripada MPS tidak dibuat 
dengan kerap. Mungkin sebab itulah salah satu puncanya masyarakat mengambil 
sikap sambil lewa kerana tiada ketegasan dalam masalah yang dihadapi ini, 
katanya kepada YB Dato’ Hassan B. Mohammed Ali  ketika membuat lawatan kawasan 
tersebut.
Sementara itu, setelah pemantauan kawasan dibuat oleh YB Dato’ bersama MPS, 
ketua Kg, P.A Ahli Majlis MPS Zon 11, Beliau menyatakan rasa kesal dengan sikap 
masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran sivik dan tidak bertanggungjawab.
Untuk mengubah sikap manusia bukan begitu mudah tetapi kita hanya mampu memberi 
teguran dan tindakan kepada mereka agar disitu mereka sedar kesilapan mereka 
sendiri dengan mengenakan denda yang berpatutan.
Daripada situ mereka akan rasa tamparan juga apabila diberikan teguran dengan 
berhikmah.
Selain daripada itu YB Dato’ juga menyaran agar pihak MPS hendaklah sentiasa 
membuat pemantauan gerakkerja dengan menyediakan jadual berkala 
sekurang-kurangnya pemungutan sampah dibuat 4 kali seminggu. Jika kita tidak 
membuat tindakan sedemikian sudah pasti sampah – sarap tersebut akan 
mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Perlu juga diletakkan notis denda dikawasan tersebut agar apabila mereka lihat 
papan tanda insya-ALLAH mereka teragak-agak untuk membuang sampah dengan sesuka 
hati mereka, Katanya.
Apabila dilihat kawasan tersebut bukan sahaja masalah sampah malahan didapati 
pokok hiasan jalan juga tidak dijaga dengan rapi. Beliau dapati ada sarang 
anai-anai dan tebuan yang jika dibiarkan akan memberi kesan buruk kepada 
kawasan premis perniangaan tersebut dikemudian hari. Bahkan akhirnya kesan 
paling teruk peniaga akan mengalami kerugian dalam perniagaan mereka sendiri.
Oleh yang demikian, YB Dato’ telah menyarankan dan  meminta agar MPS membuat 
pemantauan sebaiknya sebelum terjadinya penyakit yang menular dan mendatangkan 
keburukan kepada masyarakat, katanya selepas lawatan tersebut dan makan 
tengahari bersama semua yang terlibat dalam membuat lawatan kawasan di Masjid 
Khairiah baru-baru ini.
Editor : Khaulah Azwar
Syukur alhamdulillah

Kirim email ke