Habib Ali Batu Pahat Telah Kembali KerahmatuLlah

إنا لله وإنا إليه راجعون


Baru sebentar tadi dapat sms yang membawa khabar sedih iaitu al-'Arifbillah 
al-Habib Ali bin Ja'far al-Aydrus Batu Pahat telah kembali kerahmatuLlah pada 
jam lebih kurang 5.10 petang, 28 JumadilUla 1431H/ 13 Mei 2010. Allahu Allah 
... setelah 40 hari pemergian al-Quthub al-Iman al-Allamah al-Habib Abdul Qadir 
bin Ahmad bin 'Abdurrahman as-Saqqaf. Belum lagi terubat kesedihan atas 
pemergian al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf, kini menyusul pula al-Habib 
Ali bin Ahmad al-Aydrus, Batu Pahat. Allahu Allah ......

Musibah! Musibah! Musibah buat umat apabila kekasih-kekasihNYA satu persatu 
kembali kepadaNYA

Para ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang 
dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang 
mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu 
matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu 
kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sirna 
(diantara bintang-bintang). Sesungguhnya matinya satu kabilah adalah lebih 
ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim. [Hadits riwayat Abu 
Daud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Baihaqi]





الله يغفرله ويرحمه ويتجاوز عن سيئاته ويضاعف حسناته ويجعل مستقر روحه الفردوس 
الأعلى مع النبيين والصديقين و الشهداء والصالحين ويخلفه فينا وفي المسلمين أجمعين 
بالخلف الصالح. آمين
Semoga Allah mengampuninya, merahmatinya, memaafkan semua kesalahannya, 
melipatgandakan kebaikannya, menempatkan ruhnya di Syurga Firdaus yang 
tertinggi bersama para Nabi, siddiqin, syuhada’ dan sholihin dan semoga Allah 
memberi ganti yang baik bagi kami dan kaum muslimin. Ameen.

Marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan surah al-Faatihah dan surah Yaasin 
kepada beliau
http://al-fanshuri.blogspot.com/


      

Kirim email ke