Saya ingin memohon pertolongan seandainya ada diantara saudara-saudari yang tahu mengenai kelas agama untuk orang dewasa misalnya pondok atau institusi pengajian swasta dan sebagainya. Saya ingin menambahkan pengetahuan tetapi saya tidak boleh menghadiri kelas sepenuh masa kerana bekerja. Jika ada kelas intensif misalnya sepanjang bulan 12 atau pun cuti sekolah, saya sanggup mengambil cuti panjang dan menghadiri kelas tersebut bersama anak-anak. Semoga maklumat saudar-saudari dapat membantu saya & Allah jua lah yang membalas budi saudara-saudari.
