Program MangkukTingkat.com merupakan satu inisiatif Yayasan Keusahawanan Sosial (YKS) bagi menyediakan sajian makanan yang berkualiti serta halal untuk dinikmati oleh pelanggan. Program ini juga memberi peluang kepada suri rumah bagi memperolehi pendapatan tambahan dengan cara menyediakan makanan untuk dihantar ke pejabat atau rumah pelanggan. Salah satu syarat untuk menyertai program ini sebagai Rakan Bisnes / Pembekal ialah anda WAJIB menjalani Kursus Pengendalian Sajian Mangkuk Tingkat yang dianjurkan oleh Yayasan Keusahawanan Sosial . Kursus ini mengandungi modul-modul teori dan praktikal tentang kaedah penyediaan makanan mengikut Syarak dan Halalan Thoiyiba. Sijil akan dikeluarkan.
Sehubungan dengan itu anda dipelawa untuk menyertai kursus seperti butir-butir dibawah ini : Tarikh : 13hb Jun 2010 (Hari Ahad) Masa : 10.00 pagi hingga 5.00 petang Tempat : Yayasan Keusahawanan Sosial No. 16-3, Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra, Kajang (Peta Lokasi Sila Rujuk Laman Web www.yks.org.my) Yuran : RM500.00 sahaja Untuk menyertai kursus ini sila emailkan butir-butir dibawah ini kepada [email protected] 1. Nama 2. Alamat 3. Nombor telefon bimbit Bayaran yuran RM500.00 hendaklah dibuat melalui akaun MAYBANK 56472201799 MANGKUKTINGKAT DOTCOM sebelum 8hb Jun 2010 jam 3.00 petang. Untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Khairul di 1700 800 363 atau 0102668819 (Waktu Pejabat Sahaja) Sekian terima kasih URUSETIA MANGKUKTINGKAT.COM www.mangkuktingkat.com LAYARI www.MangkukTingkat.com Para surirumah yang mempunyai pengalaman memasak untuk lebih dari 5 orang adalah dipelawa untuk menyertai program mangkuktingkat.com sebagai PEMBEKAL bagi pelanggan-pelanggan dikawasan berhampiran anda. Program ini bertujuan memberi peluang kepada suri rumah sepenuh masa untuk mendapatkan pendapatan tambahan melalui penyediaan sajian makan tengahari dan makan malam untuk pelanggan-pelanggan MangkukTingkat.com diseluruh negara. Untuk mendaftar sila klik BORANG PENDAFTARAN atau layari www.mangkuktingkat.com atau klik pada link ini http://www.mangkuktingkat.com/06/index.php/Pendaftaran-Pembekal/ Anda akan dihubungi untuk sesi temuduga.
