PETIKAN : http://laman-seri.blogspot.com
Sebelum Akhirat<http://laman-seri.blogspot.com/2010/05/sebelum-akhirat.html>
<http://1.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S_IgUpMy8zI/AAAAAAAAEXg/dbl78BXQIOU/s1600/sephia+1.jpg>
Assalamualaikum warahmatullah,

Hampir tidak pernah saya menulis komen di Laman
Seri<http://laman-seri.blogspot.com/>tentang cerekarama yang saya
tonton di kaca televisyen... Pernahkah?
Selalunya, agak sukar untuk saya memberi tumpuan kepada drama atau
cerekarama yang ditayangkan [NB: Akibat gangguan ‘askar-askar’ yang masih
kecil], namun slot cerekarama kali ini bertajuk ‘Sebelum Akhirat’ yang
disiarkan TV3 Sabtu (15/05/2010) lepas pada jam 10 malam berjaya menarik
perhatian saya dan ‘askar-askar’ juga terpaku lama di depan kaca televisyen.
‘Sebelum Akhirat’ adalah sebuah cerita yang yang menarik dan memang cukup
memberikan pengajaran yang berat yang boleh dijadikan iktibar kepada kita
semua, terutamanya sebelum kita dijemput Ilahi.

Sinopsis cerita

Kematian adalah saat yang paling digeruni semua manusia. Setiap benda yang
hidup di dunia ini akan melalui kematian, justeru persediaan menantikan saat
itu harus dilakukan. Ia ini mengisahkan Mubarak yang sedang terlantar
menantikan saat kematian. Di sekelilingnya orang ramai sedang membacakan
yasin, namun Mubarak sentiasa mendengarkan tangisan bayi, perempuan sedang
menangis, ketawa dan bermacam-macam suara aneh lagi.

Mubarak yang ada kalanya menitiskan air mata apabila suara aneh itu hilang
sentiasa terbayangkan kisah lampau yang pernah dilakukannya. Dia begitu
teringin untuk kembali sihat seperti dulu kala dan menginsafi segala perkara
buruk yang pernah dilakukan. Hidupnya sebelum ini sering mengabaikan
tanggungjawab sebagai seorang Islam, solat lima waktu ditinggalkan,
menjalankan kerja haram dengan meminjamkan duit kepada orang ramai dan
mengenakan bunga yang tinggi. Mubarak juga sering menjual wanita cantik
kepada golongan korporat untuk mendapatkan bayaran yang tinggi dan apabila
wanita itu mengandung, dia akan membawa wanita itu untuk digugurkan.
Walaupun Mubarak mendapatkan duit dengan kerja haramnya, namun dia tetap
mempunyai niat baik untuk menghantar ibu bapanya ke Makkah, namun ibu dan
bapanya menolak kerana mengetahui duit itu adalah duit haram.

Mubarak berkenalan dengan gadis kampung bernama Norida namun tidak berniat
untuk mengahwininya malah Mubarak mengambil kesempatan terhadapnya sehingga
mereka terlanjur. Selepas beberapa tahun dipenjarakan disebabkan berniat
membunuh Norida, Mubarak akhirnya dibebaskan dan menyesali segala kejadian
lampau dan pulang ke kampung untuk memulakan penghidupan baru, namun ibu dan
bapanya tidak menerimanya. Sehinggalah Mubarak terlantar kesakitan dan tidak
lagu mampu untuk berdiri. Kakinya sentiasa mengeluarkan nanah dan
membengkak. Sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, Mubarak sempat meminta
ampun dan maaf daripada ibu dan bapanya.

‘Sebelum Akhirat’ dilakonkan oleh Fauzi Nawawi, Lisdawati, Yalal Chin,
Maimon Talib, Hisyam Ahmad Tajudin dan ramai lagi diterbitkan Enuja
Production Sdn Bhd dan diarahkan Murali Abdullah. Atas kesempatan ini, saya
merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Pengarah Murali Abdullah yang
menampilkan cerekarama bermutu serta. Tahniah dan syabas juga untuk TV3
semoga terus menyajikan drama dan cerekarama yang bermutu dan boleh membawa
rakyat terus menjadi pemikir yang baik.

Bertaubatlah sebelum datangnya 3 perkara

Kisah Mubarak ini mengingatkan saya kepada entry Qarin a.k.a. pendamping
manusia<http://laman-seri.blogspot.com/2010/02/qarin-aka-pendamping-manusia.html>dan
Iblis
Datang Mengganggu Ketika Sakaratul
Maut<http://laman-seri.blogspot.com/2008/08/iblis-datang-mengganggu-ketika.html>.
Bisikan yang mengganggu Mubarak ini saya terjemahkannya kepada gangguan ‘
qarin<http://laman-seri.blogspot.com/2010/02/qarin-aka-pendamping-manusia.html>’
kerana setiap manusia yang lahir disertakan
‘qarin<http://laman-seri.blogspot.com/2010/02/qarin-aka-pendamping-manusia.html>’
oleh Allah yang bertugas sebagai
‘penggoda’ seseorang itu sejak seseorang itu lahir hinggalah saat
kematiannya. Lihatlah betapa hebat dahsyatnya gangguan syaitan dan Iblis
yang berdendam dengan keturunan Adam, bersumpah akan sentiasa mengganggu
manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik
mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu
akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Semoga kita terpelihara daripada
tipu-daya golongan ini.

Hari ini saya kongsikan sedikit yang saya petik daripada sumber
NasbunNuraini<http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/05/18/bertaubatlah-sebelum-datangnya-3-perkara/>
.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan sesiapa yang melakukan kejahatan
atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia
memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nisaa: 110)

1. Bertaubatlah selagi nyawa dikandung badan dan belum sampai ke halkum.

Sabda Rasulullah SAW, “Bahawasanya Allah yang Maha Mulia lagi Maha Besar
menerima ia akan taubat hamba selama belum sampai rohnya kepada
halkumnya.”(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Taubat Firaun tidak diterima kerana nyawanya sudah sampai ke halkum pada
masa itu, lalu Malaikat Jibril menyumbat mulutnya dengan pasir : Dari Sa’id
bin Jubeir dari Ibnu ‘Abbas radhiya’l-lahu ‘anhuma meriwayatkan: “Dua orang
sahabat menghadap Rasulullah (menanyakan tentang Fir’aun). Sabda Rasulullah
SAW : “Malaikat Jibril menyumbat mulut Fir’aun dengan pasir, khuatir
kalau-kalau akan mengucapkan: ‘La ‘ilaha illa’l-lah.’” (Shahih, HR.
Tirmidzi, HR Abu Hurairah r.a.)

2. Bertaubatlah sebelum matahari terbit dari sebelah barat.

“Siapa yang bertaubat sebelum terbit matahari dari arah barat, nescaya Allah
terima taubatnya.” (Hadis riwayat Muslim]
“Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya (rahmatnya) di malam hari untuk
menerima taubat orang-orang yang bebuat dosa di siang hari, dan
membentangkan tangan-Nya (rahmatnya) di siang hari untuk menerima taubat
orang yang berbuat dosa di malam hari, sampai matahari terbit dari arah
barat.” (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah SAW bersabda : Hari Kiamat tidak akan terjadi sebelum matahari
terbit dari barat.

3. Bertaubatlah sebelum al-Quran dihilangkan.

Selagi al-Quran masih ada selagi itu diampunkan dosa kita. Pintu taubat
masih terbuka selagi ayat-ayat quran yang dihafal belum dihilangkan dari
dada orang Islam. Abdulllah bin Mas’ud berkata, “Sungguh, kelak al-Quran
akan dicabut dari dada kamu, dalam satu malam, dihilangkan dari hafalan
semua orang, sehingga di bumi ini tidak tersisa lagi sedikitpun.” (Hadis
riwayat Thabrani)

Quran akan diangkat secara sekaligus ke langit di waktu malam dan bunyinya
sewaktu peristiwa itu berlaku seperti bunyi deruan lebah (bunyi ayat-ayat
diangkat itu seperti bunyi lebah). Pada masa itu mereka ini akan terasa
seperti ‘ada benda’ yang pernah mereka baca tapi mereka tidak mampu
membacanya lagi kerana semuanya sudah hilang dari ingatan. Lalu mereka
bersyair sepertimana kebiasaan Arab Jahiliyyah dahulu. Jika semua ini
berlaku, ini bermakna kiamat sudah tersangat dekat.

Mari kita sama-sama renung-renungkan!

Don't go around saying the world owes you a living.
The world owes you nothing. It was here first. ~ Mark Twain

Capaian entry berkaitan :

   1. Qarin a.k.a. pendamping
manusia<http://laman-seri.blogspot.com/2010/02/qarin-aka-pendamping-manusia.html>
   2. Iblis Datang Mengganggu Ketika Sakaratul
Maut<http://laman-seri.blogspot.com/2008/08/iblis-datang-mengganggu-ketika.html>
   3. Tazkirah: Kelebihan mengingati
mati<http://laman-seri.blogspot.com/2008/06/tazkirah-kelebihan-mengingati-mati.html>
   4. Sentiasalah menginsafi
diri<http://laman-seri.blogspot.com/2009/05/sentiasalah-menginsafi-diri.html>
   5. Kematian itu
pasti<http://laman-seri.blogspot.com/2010/01/kematian-itu-pasti.html>
   6. Bahagia dengan Husnul Khatimah, Sengsara dengan Su'ul
Khatimah<http://laman-seri.blogspot.com/2009/06/bahagia-dengan-husnul-khatimah-sengsara.html>
   7. Makna kehidupan "Husnul
khaatimah"<http://laman-seri.blogspot.com/2008/07/makna-kehidupan-husnul-khaatimah.html><http://laman-seri.blogspot.com/2009/03/sebuah-kematian-satu-permulaan.html>
   8. Sebuah kematian, satu
permulaan<http://laman-seri.blogspot.com/2009/03/sebuah-kematian-satu-permulaan.html>


--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing
himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan
dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya
untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka
mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat
Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.
Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih
tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga
kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya
seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul
mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah
segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat
Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Kirim email ke