Perkahwinan, tujuan dan falsafahnya

Di mana rahsia kebahagiaan suami isteri?

Assalamualaikum warahmatullah

Sebelum saya menghurai tajuk ini, saya awali tulisan ini dengan beberapa 
pertanyaan lebih dahulu. Dari pertanyaan-pertanyaan itulah setiap orang yang 
membaca tulisan saya ini akan dapat memberi jawapan masing-masing dan dari 
jawapan masing-masing itulah bertitik tolak rahsia yang sebenarnya kebahagiaan 
suami isteri atau berlaku sebaliknya, baik bagi yang sudah berkeluarga, yang 
belum atau pun yang bakal berkeluarga, insya-Allah.

Di antara pertanyaan-pertanyaan yang saya ajukan adalah seperti berikut:
        1. Mengapa saudara-saudari menikah atau ingin menikah? Apa tujuan 
saudara-saudari menikah?
        2. Lelaki atau perempuan bagaimana yang telah dipilih atau akan dipilih 
untuk menjadi suami atau isteri? Adakah:
        * kerana kecantikannya atau rupanya. Kalau lelaki, kerana tampan atau 
gagahnya?
        * keranakekayaannya?
        * keranaketurunannya?
        * keranaagama dan akhlaknya?
Mengapa menikah?

Ramai di kalangan umat Islam terutama di akhir zaman, di zaman moden dan sains 
teknologi canggih ini akan memberi jawapan bahawamereka menikah kerana ingin 
bersenang-senang dan memuaskan nafsu. Kalau tidak menikah kita akan terasa sepi.
Baiklah, kalau kerana itulah setiap lelaki dan perempuan itu menikah ertinya 
kita akan atau telah menempuh jalan yang salah, jalan yang menjatuhkan taraf 
kita sebagai manusia, jalan yang mana di awal niat menikah lagi kita telah 
membuka pintu kehancuran rumahtangga baik kita sedar atau tidak.

Kenapa dan mengapa?
Pertama: Kita telah setarafkan diri kita sebagai haiwan. Haiwan berhubungan 
kelamin tidak ada tujuan lain selain keranamelepaskan nafsunya semata-mata. 
Tidak ada tujuan-tujuan selain seks itu saja.
Kedua: Kalau menikah dengan tujuan nafsu semata-mata, ini amat berbahaya 
keranasekiranya kemahuan kita sudah tidak ada lagi dengan isteri kita atau 
suami kita disebabkan kita sakit, atau isteri kita sakit, atau setelah isteri 
sudah tua, atau setelah kecantikannya sudah pudar, di waktu itu keinginannya 
sudah tidak ada lagi untuk perhubungan kelamin, mungkin kita ceraikan dia atau 
isteri minta cerai.
Kalaupun tidak bercerai keranamemandang anak-anak sudah ada dan tidak mahu 
berpisah dengan anak-anak, di waktu itu kemesraan sudah tidak ada lagi. 
Hubungan suami isteri sudah tentu renggang. Masing-masing mudah buat onar, 
mudah tersinggung, mudah benci, mudah marah-marah, maka terjadilah krisis 
rumahtangga tidak habisnya. Kemudian hal ini akan memberi pengaruh terhadap 
psikologi anak-anak. Oleh kerana itu menikah dengan tujuan hiburan seks 
semata-mata tidak akan dapat membangun keluarga yang bahagia lebih-lebih lagi 
masyarakat yang bahagia.

Perempuan atau lelaki seperti apakah pilihan kita?

Dalam memilih jodoh baik lelaki atau perempuan, terjadiah pemilihan itu dari 
berbagai-bagai sudut dan aspek:

1. Pilih kerana kecantikanAda orang memilih keranakecantikan, itu kalau lelaki. 
Kalau perempuan keranakegagahan dan tampannya seorang lelaki. Kalau itulah yang 
menjadi target, hal ini amat berbahaya. Bahayanya itu kalau tidak terjadi dalam 
jangka pendek mungkin akan terjadi dalam jangka panjang. Keranakalau seorang 
perempuan itu sudah tidak cantik lagi dan suami sudah tidak tampan, mungkin 
keranaselalu sakit, atau kerana kerja berat, sudah menghilangkan kecantikan 
atau ketampanannya, atau setelah berumur sudah tentu hilang kecantikan. Pada 
waktu sudah hilang kecantikan, daya tarik sudah tidak ada untuk hubungan suami 
isteri sebab berahi sudah lemah. Lebih lagi di luar rumah seperti di tempat 
kerja, pergaulan laki-laki perempuan pun bebas, rangsangan kepada perempuan 
atau lelaki lain lebih daripada isteri atau suami sendiri, sehingga di waktu 
itu mudah saja bertengkar atau bercerai.

Kalau tidak bercerai pun oleh keranaanak sudah banyak keranatidak mahu berpisah 
dengan anak-anak, namun hubungan suami isteri sudah tidak indah lagi. 
Kerenggangan dan marah-marah pun mudah berlaku. Singgung menyinggung pun 
terjadi. Mudah saja benci membenci. Kalau begitu di manalah indahnya 
berkeluarga di waktu itu dan ini juga sangat memberi tekanan psikologi kepada 
anak-anak. Anak-anak akan menjadi korban, mungkin mereka akan menjadi liar, 
jauh dengan orang tua, benci tinggal di rumah, suka mencari hiburan di luar 
rumah, maka mudahlah terjebak dan terlibat dengan narkoba, rokok, minuman 
keras, bohsia, bohjan, melepak, mungkin terlibat dengan zina dan berbagai 
kriminalitas keranaberasal daripada rumahtangga yang tidak bahagia dan tidak 
harmoni.

2. Pilih kerana kekayaan

Ada orang memilih jodoh baik lelaki atau perempuan keranakekayaannya. Dia 
mungkin kaya kerana gajinya besar, kerana dia dari keturunan orang kaya atau 
sebab-sebab lain. Ini juga amat berbahaya.

a. Mana tahu dengan takdir Allah Taala, si isteri atau suami itu dipecat. Boleh 
jadi kekayaan yang ada itu habis atau dia jatuh miskin keranaberbagai-bagai 
sebab yang dapat saja terjadi. Di waktu itu sudah tentu akan terjadi 
kerenggangan di antara suami isteri. Mulailah tidak senang satu sama lain, 
benci-membenci pun dapat terjadi. Masam-masam muka pun terjadi. Pertengkaran 
dan krisis rumahtangga pun terjadi. Pintu perceraian pun terbuka.

Kalau tidak bercerai pun hal ini dilakukan keranatidak mahu berpisah dengan 
anak-anak atau kerana hendak menjaga status diri. Tapi apalah ertinya lagi 
rumahtangga yang sentiasa bergolak dan bergelora macam air laut yang sentiasa 
bergelombang. Yang akan lemas adalah anak-anak yang tidak berdosa, anak-anak 
juga akan mengalami seperti yang sudah kita ceritakan di atas.

Biasanya seorang lelaki menikah dengan perempuan keranakekayaannya, si isteri 
tidak begitu hormat dengan suaminya. Ini keranadia merasakan bahawa dialah yang 
menanggung suaminya. Atau kalau dia tidak menanggung pun, dia merasakan dapat 
berdikari tanpa pemberian suami. Ada suami atau tiada suamikah, dia sanggup 
hidup sendiri kerana memiliki kekayaan.

Dengan sebab itu lama-kelamaan taat dan setianya kepada suami itu akan 
berkurang. Bahkan kalau suami itu bersandar hidup dengan isteri, isteri 
biasanya memperbudak suaminya sesuka hati. Di arah ke sana, arah ke sini, suruh 
itu, suruh ini, dia akan kontrol suami sesuka hati (queen control). Akhirnya 
wibawa suami tergugat, kuasa suami sudah tiada lagi, bahkan takut kepada bini 
atau bapak mertua atau ibu mertua.

Biasa orang kaya, selalunya isteri itu dibacking oleh ibu dan ayahnya. Ada 
kalanya isteri berani bersuara tinggi dan mengherdik suaminya. Apakah suami 
boleh tahan selama-lamanya hidup begini? Apakah suami sanggup dayus sepanjang 
masa? Apa suami boleh merasa bahagia dengan hidup begini? Kalau pun tidak 
bercerai, saya rasa hidup berkeluarga begini sudah tentu tidak ada makna 
apa-apa. Tidak ada kemerdekaan. Sedangkan rasa kemerdekaan itu satu nikmat dan 
menjadi cita-cita hidup setiap orang.

3. Pilih kerana keturunan

Ada orang menikah keranaketurunan seperti keturunan orang-orang yang bangsawan, 
umpamanya keturunan raja, keturunan Datuk-Datuk atau keturunan orang-orang 
besar. Kalaulah pernikahan itu atas dasar itu saja yang tidak ada bersangkutan 
dengan agamanya, ini amat berbahaya lebih-lebih lagi kalau keturunan bangsawan 
itu adalah isteri. Di waktu-waktu berselisih faham dia akan menyebut-nyebut 
keturunannya dan dia akan menghina keturunan suami. Atau biasa orang 
berketurunan bangsawan itu kalau tidak ada agama, dia sombong dengan suami, 
atau keluarganya memandang rendah terhadap suami hingga suami akan terasa 
terhina atau merasa rendah. Di sini dapat mencacatkan kebahagiaan dan 
keharmonian suami di dalam rumahtangga.

4. Pilih kerana agamanya

Menikah keranaagamanya. Seorang menikah baik lelaki atau perempuan kerana 
agamanya, itulah yang tepat. Itulah yang dituntut oleh syariat Islam. 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Dinikahi perempuan itu kerana empat 
perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. 
Tetapi ambillah perempuan yang beragama uapa beruntung hidupmu." (Riwayat 
Bukhari dan Muslim)

Hal ini adalah dipuji oleh Allah dan Rasul keranamenikah di atas dasar agama 
itu, baik dia cantik atau tidak, kaya atau miskin, bangsawan atau orang biasa, 
masing-masing tetap merendah hati, berakhlak mulia, suami kasih dengan isteri, 
isteri menghormati suami, suami memberi tanggungjawab terhadap isteri, isteri 
juga memberi tanggungjawab kepada suami. Akan berlaku tenggang rasa, isteri 
mengutamakan suami, suami bertimbang rasa dengan isteri, ada kerjasama, 
masing-masing berlomba-lomba hendak layan-melayan satu sama lain, 
maaf-bermaafan, isteri memandang hormat dengan suaminya, suami senantiasa belas 
kasihan dengan isteri, kedua-dua keluarga dihormati.

Allah Taala sentiasa dibesarkan melalui ibadah yang berbagai jenisnya. 
Perjalanan hidup Rasul dijadikan tradisi kehidupan mereka. Allah, Rasul, 
Syurga, Neraka, dosa, pahala, menjadi bahan percakapan. Walaupun berusaha 
mencari kekayaan dunia namun ia dipandang kecil, bukan menjadi tujuan, bukan 
menjadi bahan perbincangan. Akhirnya dunia selamat, akhirat selamat. Wujudlah 
kebahagiaan dan keharmonian di dalam rumahtangga.

Oleh sebab itulah daripada empat pilihan itu, iaitu kecantikan, harta, 
keturunan dan agama, pilihlah keranaagamanya. Hal ini sangat menyelamatkan 
dunia dan akhirat kita. Tapi kalau mampu memperoleh keempat-empat sekaligus 
maka bertambah cantik dan indahnya kehidupan berumahtangga itu. Kehidupan ini 
bertambah ceria dan berseri namun susah hendak dicari.

Mengapa kita menikah?

Bagi umat Islam yang faham Islam, yang beramal dengan agamanya, menghayati dan 
mencintai agamanya, yang ada cita-cita hendak membangun agamanya secara syumul 
(menyeluruh) atau global, kemudian diperjuangkannya, pernikahan atau mendirikan 
rumahtangga mempunyai erti yang besar. Ini keranadari peribadi muslim dan 
keluarga muslim itulah titik tolak atau starting point untuk memancarkan Islam 
ke masyarakat, ke negara dan seluruh alam sejagat.

Dari sinilah kalau pilihan suami isteri itu tepat mengikuti ajaran Islam, 
kemudian hiduplah dua sejoli atau mempelai itu secara aturan Islam, setelah itu 
kalau Allah Taala takdirkan mereka mendapat cahaya mata atau anak-anak yang 
banyak dari dua insan yang berpadu kasih, yang mempunyai cita-cita Islam yang 
mendalam itu, maka sudah tentulah anak-anak itu dididik secara kehidupan yang 
dikehendaki oleh Islam. Maka insya-Allah akan lahirlah satu keluarga yang hidup 
secara Islam yang menjadi contoh teladan. Kalau suami isteri yang lain pula 
mendirikan rumahtangga mempunyai cita-cita yang sama, gabungan 
keluarga-keluarga yang menghayati Islam itu menjadi masyarakat yang menghayati 
Islam lebih besar lagi. Selepas itu sudah tentu mudah saja untuk menegakkan 
Islam dalam negara dan seterusnya Islam sejagat.
Tidaklah seperti apa yang terjadi hari ini di seluruh dunia. Bagi 
pejuang-pejuang Islam, amat sulit sekali untuk memperjuangkan Islam di 
peringkat negara, keranaindividunya belum siap. Keluarga Islam belum siap. 
Masyarakat lebih-lebih lagilah belum siap. Oleh keranaitu, sudah tentu amat 
susah sekali untuk diajak menegakkan Islam di peringkat negara.

Mengapa terjadi demikian?
Kesilapan itu bermula dari individu dan dari dua suami isteri yang menikah. 
Islam itu tidak dijadikan tujuan mereka mendirikan rumahtangga. Mereka tidak 
ada cita-cita Islam.
Menikah itu sekadar hendak melepaskan dorongan naluri, keinginan alami atau 
dorongan biologi. Tidak ada pun dikaitkan dengan cita-cita Islam itu. Maka dari 
itu apakah tujuan penikahan itu? Apakah sekadar melepaskan nafsu?

Tujuan pernikahan yang sebenarnya
Tujuan pernikahan menurut Islam yang sebenarnya adalah seperti berikut:
        1. Allah Taala telah mentakdirkan bahawa lelaki ada nafsu kepada 
perempuan. Perempuan juga ada nafsu dengan lelaki. Hakikat ini tidak dapat 
ditolak. Kita tidak dapat lari daripada dorongan alamiah itu. Oleh keranaitu 
untuk menyelamatkan keadaan maka tujuan kita menikah agar jangan sampai kita 
melakukan zina yang terkutuk. Mestilah kita menikah agar ia tersalur secara 
yang halal yang memang dibenarkan oleh Allah Taala yang Maha Pengasih.
        2. Daripada hubungan suami isteri itu, adalah sebagai sebab pertemuan 
benih kedua jenis manusia yang akan melahirkan zuriat (keturunan), anak-anak, 
cucu-cucu yang ingin sangat kita jaga, asuh, didik, diberi iman dan ilmu, agar 
menjadi hamba-hamba Allah yang berakhlak dan bertaqwa. Yang akan menyambung 
perjuangan Islam kita agar perjuangan Islam kita bersambung selepas kita mati. 
Memang setiap umat Islam yang belum rosak jiwanya sangat menginginkan generasi 
penerusnya.
        3. Kalau begitu tujuan kita menikah, kita inginkan anak yang akan kita 
didik menjadi seorang Islam yang sejati dan anak itu adalah merupakan aset 
kepada kita. Anak itu sendiri pula boleh menjadi harta dan tenaga kepada Islam.
        4. Dengan pernikahan itu, jika tujuan kita mendapat anak berhasil, dan 
berhasil pula dididik dengan Islam dan menjadi seorang muslim yang berguna, 
kemudian dia akan melahirkan cucu yang juga berjaya dididik secara Islam dengan 
sebaik-baiknya, berapa banyak pahala yang kita dapat sambung-menyambung. Itu 
adalah merupakan aset simpanan kita di Akhirat kelak. Rasulullah SAW bersabda 
yang bermaksud, "Apabila meninggalnya anak Adam maka terputuslah segala 
amalannya kecuali tiga perkara yaitu doa anak yang soleh, sedekah jariah dan 
ilmu yang bermanfaat." (Hadis riwayat Muslim)
        5. Alangkah indahnya kalau Islam yang maha indah itu dapat menjadi 
budaya hidup sebagaimana yang pernah mengisi ruangan dunia ini di masa yang 
silam, selama tiga abad dari sejak Rasulullah SAW. Sekarang keadaan itu tinggal 
nostalgia saja. Yang tinggal pada hari ini hanya akidah dan ibadah. Itu pun 
tidak semua umat Islam mengerjakannya. Kita sangat ingin keindahan Islam itu 
dapat diwujudkan. Di dalam suasana keluarga pun jadilah, keranahari ini, hendak 
buat lebih dari itu memang amat sulit sekali. Lantaran itulah pernikahan itu 
amat perlu sekali keranahendak melahirkan masyarakat Islam kecil. Moga-moga 
dari situ akan muncul masyarakat Islam yang lebih besar.
        6. Seorang muslim bukan saja diperintah untuk mencari keredhaan Allah 
Taala tetapi diperintah juga untuk menghiburkan hati kekasih Allah Taala yaitu 
Rasulullah SAW, yang mana Rasulullah SAW sangat berbangga dengan ramainya 
pengikut atau umatnya di Akhirat kelak. Maka sebab itulah Rasulullah SAW 
menyuruh umatnya menikah,seperti dalam sabda baginda yang bermaksud, 
"Bernikahlah kamu supaya kamu berketurunan dan supaya kamu menjadi banyak, 
kerana sesungguhnya aku akan berbangga dengan umatku yang ramai di hari 
Kiamat." (Hadis riwayat Al Baihaqi) Setiap umat Islam hendaknya apa yang 
menjadi kesukaan Rasul-Nya itulah juga kesukaan mereka.
        7. Kalaulah Rasulullah SAW berbangga dan bergembira dengan banyaknya 
umat, maka kita sepatutnya juga berbangga dengan ramainya umat Islam di dunia 
ini. Maka untuk memperbanyakkannya, lantaran itulah kita menikah. Jadi kita 
menikah itu ada bermotifkan untuk menambah jumlah umat Islam. Ada cita-cita 
Islam sejagat. Kita menikah itu ada cita-cita besar, bukan sekadar sebatas 
hendak melepaskan nafsu seks seperti cita-cita kebanyakan manusia.
        8. Menikah itu jangan sampai putus zuriat keranakita berbangga dapat 
menyambung zuriat yang menerima Islam sebagai agamanya dan dengan keturunan 
itulah orang kenal siapa asal-usul kita atau mereka.
        9. Tujuan-tujuan lain sebagai maksud tambahan daripada pernikahan 
bahawa setiap lelaki dan perempuan yang menjadi pasangan suami isteri hendaklah 
meniatkan satu sama lain hendak memberi hiburan kepada seorang hamba Allah 
Taala yang inginkan hiburan, kerananiat menghiburkan orang mukmin itu mendapat 
pahala.
Begitulah sebahagian daripada tujuan-tujuan dan maksud-maksud daripada 
pernikahan di dalam Islam. Pernikahan dalam Islam ini mempunyai cita-cita yang 
murni. Melahirkan cita-cita Islam, ingin mewujudkan satu rangkaian dan 
elemen-elemen amalan serta suasana Islam.

Jika hal ini dapat digabungkan dengan rangkaian-rangkaian dan elemen-elemen 
golongan yang mempunyai cita-cita dan tujuan yang sama seperti yang Islam 
kehendaki, lama-kelamaan gabungan ini akan menjadi satu masyarakat Islam yang 
lebih besar lagi, yang syiarnya akan dapat dilihat di mana-mana saja di muka 
bumi Tuhan ini. Dunia ini akan menjadi amat meriah, ceria, gembira dan bahagia. 
Barulah kita dapat meyakinkan orang lain keranakeindahan Islam itu begitu 
nampak.
La Tahzan..(n_n)


Kirim email ke