PETIKAN : http://laman-seri.blogspot.com
Mendidik Anak Tanggungjawap
Bersama<http://laman-seri.blogspot.com/2008/08/mendidik-anak-tanggunjawap-bersama.html>

<http://laman-seri.blogspot.com/2008/08/mendidik-anak-tanggunjawap-bersama.html>

<http://4.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S6HCYs6CjuI/AAAAAAAADss/powRCOqUOyg/s1600-h/mendidik+anak+1.jpg>
Hari masih gelap lagi, namun kelihatan seorang ibu muda telah keluar ke
tempat kerja dan ketika matahari terbenam, barulah si ibu pulang ke rumah.
Senario ini bukan lagi asing bagi wanita bekerjaya. Peranan menyara anak
bukan lagi dipukul oleh bapa sahaja, sebaliknya dikongsi bersama wanita
bergelar isteri.

Mereka memberi tumpuan kepada keluarga dan dalam masa sama, membina kerjaya.
Kedua-duanya harus dipukul dan kadang-kala, tidak mampu berjalan
seiringan. Dalam
membina kerjaya, tanpa disedari tumpuan kepada anak semakin berkurangan. Ada
yang berpendapat keruntuhan nilai moral golongan muda berpunca daripada ibu
moden yang gagal melaksanakan tanggungjawap mereka. Wanita dikatakan
berlumba-lumba dengan kaum lelaki untuk mendirikan kerjaya masing-masing
hingga mengabaikan tanggungjawap di rumah.

Jangan menuding jari

Tidak dinafikan bahawa ada kebenaran pada kata-kata ini. Memang ada para ibu
moden yang mengabaikan tanggungjawap sebagai ibu. Ini adalah kerana mereka
belum faham erti kejayaan yang sebenarnya di dalam hidup. Mereka asyik
mengejar kejayaan kerjaya dan mengabaikan tanggungjawap membesarkan
anak-anak. Hidup mereka menjadi tidak seimbang dan anak-anak serta
rumahtangga menjadi mangsa.

Dalam masa yang sama sebagai seorang yang insaf dan tawaduk, kita tidak mahu
menuding jari kepada satu pihak sahaja. Ini bukan merupakan akhlak yang
ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. *Ar-Rasul mengajar kita untuk melihat apa
yang berlaku pada diri kita dan sekeliling kita sebagai cermin diri kita*.
Bila sesuatu yang kurang kita senangi berlaku, kita perlu menanyakan kepada
diri sendiri :

   - Apakah tanggungjawap saya di sini?
   - Bagaimana saya boleh memperbaiki keadaan?
   - Bagaimana kita boleh membawa kembali keseimbangan kepada apa yang
   berlaku di sekeliling kita ini?


Keruntuhan moral dan penyakit sosial ini adalah tanggungjawap bersama. Memang
mudah mengatakan bahawa anak-anak menjadi tidak keruan kerana tiada
pendidikan daripada ibu mereka kerana masyarakat telah akur bahawa hal
mendidik anak ini hanyalah tugas para ibu. Persoalannya, adakah ini benar?
Bukankah di dalam sebuah keluarga, para suami adalah ketua dan tanggungjawap
mendidik keluarga terletak di atas bahu suami?

Kadang-kadang suami lebih banyak menuntut dan menyalahkan isteri apabila ada
hal-hal yang dianggapnya tidak baik. Misalnya, ketika anak malas belajar
atau beribadah, suami biasanya akan menyalahkan isteri. Kata-kata
seperti, “Hah!
Itulah awak, tak pandai jaga anak!” sangat biasa dilemparkan oleh seorang
suami kepada isterinya. Isteri dianggap tidak mampu memperhatikan anak,
tidak mampu mendidik, dan sebagainya. Padahal, persoalan mendidik anak bukan
tanggungjawab isteri semata-mata!

Tidak sedikit rumahtangga yang menganggap pendidikan anak hanya
tanggungjawap (pekerjaan) ibu, sementara suami lebih sibuk mencari nafkah.
Padahal sosok ibu hanya sebahagian daripada potensi rumahtangga. Memang
mencari nafkah bagi suami adalah kewajipan bahkan ibadah. Namun
sesungguhnya, kewajiban suami itu bukan hanya mencari wang atau mencari
nafkah lahir, tetapi seorang suami juga mempunyai kewajiban untuk menanamkan
visi dalam rumah tangga. Untuk menunjukkan betapa beratnya tanggungjawap
ini, Allah kiaskan di dalam solat jenazah. Cuba lihat di mana kedudukan imam
pada jenazah lelaki dan di mana pula pada jenazah perempuan? Dan tanyalah
mengapa sedemikian ketentuanNya? Tentu ada rahsia yang tersirat!

Lengkap-melengkapi

Mahu tidak mahu, kita perlu akur juga kepada keadaan di mana ramai juga
anak-anak menjadi liar disebabkan perhubungan yang tidak baik dengan para
bapa. Senario ini berlaku kerana ada para bapa yang mengambil mudah
tanggungjawap memimpin isteri dan keluarga. Ada yang tidak berpengetahuan
dan sekadar mengikut apa yang dilihatnya orang lain buat. Ada pula kerana
tidak faham erti menjadi seorang bapa yang bertanggungjawap. Terdapat juga
para suami yang meninggalkan isteri mereka dan jadilah isteri-isteri itu
ibu-ibu tunggal yang perlu keluar pagi balik malam hanya kerana mahu mencari
sesuap nasi untuk anak-anak yang ditinggalkan bapa. Lantaran itu, anak-anak
terbiar juga. Hati mereka sakit juga. Anak-anak yang sakit ini mencari ubat
mereka di luar dan yang mereka jumpa adalah syaitan bertopengkan tabib!

Adalah tidak sihat juga jika pihak perempuan mengatakan semua yang terjadi
salah lelaki. Sama juga tidak sihatnya untuk pihak lelaki mengatakan semua
ini salah perempuan. Allah jadikan kita lelaki dan perempuan supaya kita
sama-sama saling lengkap-melengkapi satu sama lain dan bukan menyalahkan
satu sama lain. Di situ jugalah betapa pentingnya ibu dan bapa untuk
pertumbuhan sihat diri anak-anak.

Sebuah masyarakat yang meletakkan tanggungjawap membesarkan anak-anak hanya
di bahu ibu, akan perlu menjawap natijah pegangan itu. Anak-anak memerlukan
kelembutan si ibu dan ketegasan si bapa di dalam mendidik mereka.

Bagi yang menyalahkan para wanita di dalam keruntuhan masyarakat, nanti
dulu! Sebelum anda meneruskan hujah, cuba cari jawapan mengapa wanita-wanita
ini keluar rumah begitu lama? Adakah semuanya kerana mahu mengejar umpan
kerjaya? Pada pendapat saya, ini tidak benar. Ramai para wanita perlu keluar
dan mencari pekerjaan kerana suami yang sepatutnya menjadi pelindung, tidak
mampu berbuat demikian dan ada yang tidak mahu berbuat demikian. Anak-anak
hampir kebuluran, maka hati seorang ibu tudak sanggup melihat anak-anaknya
terus menderita. Wanita yang menerima nasib sebegini terpaksa menyelesaikan
tanggungjawap yang sebenarnya bukan tanggungjawapnya.

Bermula di rumah

Sekali lagi, marilah sama-sama kita menyedari bahawa tanggungjawap mendidik
seorang anak adalah tanggungjawap bersama. Malah ada sebuah pepatah yang
berbunyi lebih kurang begini, “seluruh kampung perlu bekerjasama untuk
membesarkan seorang anak dengan sempurna.”

Marilah kita kaum ibu dan bapa melihat lebih dalam bagaimana kita boleh
membantu para ibu dan bapa yang masih belum faham untuk melaksanakan
tanggungjawap mereka dengan baik. Begitu juga dengan hati yang rendah, saya
sarankan kepada para lelaki untuk melihat bagaimana mereka boleh menjadi
pemimpin keluarga dan dunia dengan lebih baik. Dan seharusnya, kepimpinan
bermula di rumah. Cuma hati yang dipenuhi kasih sayang terutama kepada
Penciptanya akan mengambil tanggungjawap ini dan menghalang diri mancari
kesalahan orang lain.

Jadikanlah kata-kata di bawah ini sebagai azimat hidup kita, baik para
lelaki mahupun wanita, iaitu, “Saya mambawa perbezaan ke dunia ini!”.
Apabila setiap dia antara kita sedar dan mengambil langkah bahawa kita
bertanggungjawap terhadap melahirkan generasi cemerlang, barulah generasi
cemerlang itu terbina.

Sumber: Dr Rozieta Shaari

Capaian entry berkaitan :

   1. Kukuh institusi
keluarga<http://laman-seri.blogspot.com/2010/04/kukuh-institusi-keluarga.html>
   2. Kain Putih Apa
Coraknya?<http://laman-seri.blogspot.com/2010/01/kain-putih-apa-coraknya.html>
   3. Mendidik Anak Tanggungjawap
Bersama<http://laman-seri.blogspot.com/2008/08/mendidik-anak-tanggunjawap-bersama.html>
   4. Masalah dan Cabaran Dalam Mendidik
Anak<http://laman-seri.blogspot.com/2008/07/masalah-dan-cabaran-dalam-mendidik-anak.html>
   5. Didik anak mengikut
usia<http://laman-seri.blogspot.com/2008/07/didik-anak-mengikut-usia.html>
   6. Bapa moden kurang
berinteraksi<http://laman-seri.blogspot.com/2008/06/bapa-moden-kurang-berinteraksi.html>
   7. Didik anak satu
cabaran<http://laman-seri.blogspot.com/2008/02/didik-anak-satu-cabaran.html>
   8. Jangan Perlekeh Peranan
Bapa<http://laman-seri.blogspot.com/2008/02/jangan-perlekeh-peranan-bapa-oleh.html>
   9. Menangani disiplin
remaja<http://laman-seri.blogspot.com/2007/11/menangani-disiplin-remaja.html>
   10. Kewajipan Ibu Bapa Terhadap
Anaknya<http://laman-seri.blogspot.com/2007/11/kewajipan-ibu-bapa-terhadap-anaknya.html>
   11. Tazkirah: Didik remaja elak terjebak kancah
zina<http://laman-seri.blogspot.com/2008/12/tazkirah-didik-remaja-elak-terjebak.html>
   12. Anak disisih akibat ibu bapa tiada kesedaran
tanggungjawab<http://laman-seri.blogspot.com/2010/05/anak-disisih-akibat-ibu-bapa-tiada.html>


--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing
himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan
dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya
untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka
mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat
Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.
Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih
tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga
kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya
seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul
mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah
segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat
Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Kirim email ke