Assalamualaikum warah matullah Y.Bhg Dato' / Datin / Tuan / Puan, Sukacita dimaklumkan bahawa, Persatuan Penduduk Perumahan Seksyen 9, Bandar Baru Bangi dengan kerjasama Masjid Al Hasanah (Masjid Hijau) Seksyen 9 Bandar Baru Bangi akan menganjurkan Kem 'I Love Solat' pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut: Tarikh : 18 - 20 JUN 2010 (Waktu cuti Persekolahan) Masa : 4.00 petang (18 Jun 2010-Jumaat) - 4.00 petang (20 Jun 2010-Ahad) Tempat : Masjid Al Hasanah, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
Kem ini terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah yang berumur antara 9 - 13 tahun dan bilangan penyertaan adalah terhad kepada 100 orang sahaja. Sehubungan itu, Y.Bhg Dato'/Datin/Tuan/Puan yang mempunyai anak-anak, anak-anak buah serta anak-anak jiran yang termasuk dalam kategori sasaran umur yang ditetapkan di atas adalah dipelawa untuk menghantar mereka ke program tersebut dengan menjelaskan Yuran penyertaan sebanyak RM130.00 (seorang). Tarikh tutup penyertaan adalah pada 4hb Jun 2010 dan penyertaan adalah terhad kepada siapa cepat dia dapat (1st come 1st serve). Kepada sesiapa yang berminat, Y.Bhg Dato'/Datin/Tuan/Puan adalah diminta untuk menjelaskan yuran penyertaan dengan bank-in ke akaun (562834602958 -Maybank Islamic) atau datang terus ke Pejabat Impian Qaisara, di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi. Borang penyertaan boleh didapati di dalam laman blog berikut : http://kem-ilovesolat.blogspot.com/ Segala pertanyaan bolehlah menghubungi Pn. Noor Hayati Abd Latif - 012-6521647 ([email protected]) atau Tn Hj Abd Rahim (Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 9) -012 5016101. Untuk makluman lanjut, Tuan/Puan adalah dipelawa untuk melayari laman blog di atas untuk maklumat terperinci. "Sesungguhnya Solat itu dapat mencegah Perbuatan Keji & Mungkar" (Al-Quran) "Sesungguhnya Solat itu merupakan 'Tiang' agama" (Maksud Hadis) "Ajarlah anak kamu bersolat keika berumur 7 tahun, dan pukul lah ia sekadarnya sekiranya dia tidak mahu bersolat apabila berumur 10 tahun" (Maksud Hadis) Sekian, terima kasih. Yang benar, T.T SETIAUSAHA PERSATUAN PENDUDUK PERUMAHAN SEKSYEN 9 BANDAR BARU BANGI SELANGOR p/s - Tolong sebar luaskan info ini kepada rakan taulan...
