Menanggung beban hutang adalah antara faktor utama berlaku penceraian pada 
kalangan pasangan Islam. Masalah hutang menyebabkan tekanan khususnya pada 
kalangan suami yang membawa kepada pergaduhan dengan isteri dan seterusnya 
mendorong penceraian.

Analisis isu sebelum ini mengenai Krisis Buang Bayi dan Adat Perkahwinan Melayu 
di 
http://waghih.blogspot.com/2010/03/krisis-buang-bayi-adat-kahwin-dan-zina.html 

************************************** 
Hutang Antara Punca Perceraian 

KANGAR, 7 Jun (Bernama) -- Menanggung beban hutang adalah antara faktor utama 
berlaku penceraian pada kalangan pasangan Islam di Perlis.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis Jafperi Othman berkata berasaskan 
kajian, masalah hutang menyebabkan tekanan khususnya pada kalangan suami yang 
membawa kepada pergaduhan dengan isteri dan seterusnya mendorong penceraian.

Justeru bakal suami harus memantapkan kedudukan ekonomi mereka sebelum 
berkahwin kerana alam perkahwinan yang dibebani hutang akan menimbulkan masalah 
kepada rumah tangga, katanya berucap pada perhimpunan bulanan, di sini hari ini.

Beliau juga bimbang dengan kadar penceraian yang semakin meningkat di negeri 
itu sejak kebelakangan ini iaitu daripada 458 kes pada 2008 kepada 502 pasangan 
tahun lepas.

Untuk tahun ini sehingga 15 Mei lepas, seramai 120 pasangan Islam telah 
bercerai di negeri ini, katanya.

"Kesan buruk yang dihadapi apabila berlaku perceraian ialah nasib anak-anak 
pasangan itu yang sudah pasti kurang mendapat perhatian dan kasih sayang ibu 
bapa mereka yang telah berpisah," katanya.

Beliau berkata sememangnya perkahwinan digalakkan bagi membendung pergaulan 
bebas namun pada masa yang sama ikatan itu tidak harus dibubar dengan mudah.

Jafperi juga bimbang dengan gejala sosial di negara ini yang menyaksikan 17,303 
anak tidak sah taraf dilahirkan sepanjang tahun lepas.

Ibu bapa hendaklah sentiasa awasi pergaulan anak-anak mereka agar tidak 
terjebak dengan gejala sosial itu yang akan memberi kesan buruk bukan saja 
kepada keluarga, tetapi masyarakat dan juga negara, katanya.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=503981  



      

Kirim email ke