IPOH: Kecenderungan menghantar anak ke sekolah aliran agama bagi
mengelakkan mereka terjebak dalam masalah sosial bukanlah satu jalan
terbaik. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, gejala sosial yang melanda
masyarakat perlu diselesaikan secara ‘musyawarah’ dan setiap anggota
komuniti perlu memainkan peranan dengan berkesan.
“Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan statistik yang didedahkan kepada
umum iaitu pelajar sekolah agama lebih ramai melahirkan anak luar nikah
berbanding sekolah biasa dan ini memalukan.
“Masalah ini
berlaku kerana mentaliti masyarakat yang beranggapan bahawa masalah ini
akan selesai jika menghantar anak ke sekolah didikan agama dan persepsi
itu harus diubah dan masyarakat sepatutnya berganding bahu
menyelesaikan masalah berkenaan,” katanya.
()"" ' )
( ,'o' )") Al Nakhai’i
(,,)(")(") "
Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali seseorang
itu juga kadangkala membuatkan kita mengalir airmata. Sesungguhnya, mengenali
seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang
dan rindu. Tapi sedahkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu
ANUGERAH... Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara...
Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti
apa itu erti PERSAHABATAN...