Apa sudah jadi ? Penduduk asal Sarawak merintih mohon bantuan. Inilah dinamakan 
kera di hutan disusukan , anak di rumah mati kelaparan. “Macam mana kami hendak 
pergi, sudahlah pekan Tatau jauh berjam-jam perjalanan bot, duit tambang pun 
tidak ada. Di tempat kami juga selalu banjir. Baru-baru ini, banjir agak besar, 
rumah panjang suku kaum lain dapat bantuan, tetapi kami langsung tidak ada,” 
katanya.

Apakah pemimpin masih bermegah-megah dengan bilangan jutawan yang ramai di 
Malaysia ? Anak-anak mula sekolah umur 5 tahun ? Beli kapal selam ? Beli Sukhoi 
? Buat kereta perisai RM 8 Billion ?

30 tahun penduduk dekat loji Lichok tunggu bekalan bersih
http://amkns.blogspot.com/2010/06/tiada-air.html

Teramat kurang pendakwah Islam di Sarawak
http://amkns.blogspot.com/2010/06/teramat-kurang-pendakwah-islam-di.html

Penduduk Sarawak kekurangan air bersih
http://amkns.blogspot.com/2010/06/penduduk-sarawak-kekurangan-air-bersih.html

Penduduk Kuching Sarawak hidu bau busuk
http://amkns.blogspot.com/2010/06/penduduk-kuching-sarawak-hidu-bau-busuk.html

10 tahun jambatan tak siap siap di Sarawak
http://amkns.blogspot.com/2010/06/10-tahun-jambatan-tak-siap-siap-di.html

*******************************
Beketan merintih mohon bantuan, kerja kampung sara hidup

Berita Harian 12 Jun 2010

Penghuni Rumah Panjang Sekaya yang tersisih arus pembangunan kini semakin 
derita sumber rezeki dicemari kerja pembalakan

"CUBA cerita sikit pasal peneroka di Semenanjung, saya dengar mereka sekarang 
hidup senang,” tanya Tuai (Ketua) Rumah Panjang Sekaya, Sekaya anak Tulong, 
sebaik penulis memulakan perbualan ketika berkunjung ke rumah panjang di hulu 
Sungai Penyarai, pedalaman Tatau, Sarawak, baru-baru ini. Mendengar pertanyaan 
itu, terkedu juga penulis kerana tidak menyangka penduduk suku kaum Beketan 
yang tinggal jauh di pedalaman ingin tahu mengenai perkara itu, tambahan pula 
kejayaan peneroka Felda dimaksudkan itu bukan lagi perkara baru. Belum pun 
sempat penulis bercerita lanjut mengenai perkara itu, beberapa lagi soalan 
dikemukakan:

“Kenapa kerajaan tidak bangunkan tanah di tempat kami ini, kalau ada projek 
macam tempat mereka, tanam sawit atau getah, setidak-tidaknya ada juga peluang 
pekerjaan untuk kami. Kehidupan kami di rumah panjang ini susah, malah jika 
dibandingkan dengan suku kaum lain di Tatau, kami yang paling ketinggalan dan 
ramai penduduk miskin.”

Pengakuan Sekaya yang pernah sembilan tahun menjadi guru sementara di beberapa 
sekolah rendah di daerah Tatau sebelum menjadi tuai rumah pada 1990, ada 
kebenarannya.

Melihat persekitaran Rumah Panjang Sekaya sepanjang 25 bilik (unit) dengan 
penduduk 166 orang itu, keadaannya ternyata berbeza berbanding Rumah Panjang 
Ado didiami suku kaum Punan Kakus dan Rumah Panjang Jalong (etnik Tatau).
Rumah Panjang Sekaya satu daripada empat rumah panjang suku kaum Beketan di 
pedalaman Tatau. Tiga lagi ialah Rumah Panjang Oat, Kanyan dan Malou. Selain 
tinggal di kawasan pedalaman sama, suku kaum Beketan juga tergolong dalam etnik 
Orang Hulu di daerah Tatau, selain Punan Kakus, Tatau, Kayan dan Kenyah.

Sungguhpun hidup susah, Sekaya dan anak buahnya serta penduduk Beketan lain 
akur hakikat bahawa mereka perlu berusaha bagi meneruskan kehidupan dengan 
melakukan pelbagai kerja kampung secara sara diri.

“Ramai anak muda Beketan belajar sampai Tingkatan Lima, tetapi mereka tidak 
dapat kerja. Hendak kerja di kem balak, tauke pula tidak mahu terima kerana 
lebih suka ambil orang Indonesia berikutan upahnya murah,” kata anak Tuai Rumah 
Panjang Oat, Rasok anak Oat.

Ketika singgah seketika di rumah panjang itu dalam perjalanan ke Rumah Panjang 
Sekaya, pelbagai cerita dan rungutan mengenai kesukaran hidup mereka 
disampaikan penduduk kepada penulis.

Seorang penduduk, Keluk anak Sanun, berkata untuk menyara hidup keluarga, 
mereka tiada pilihan lain dan terpaksa meneruskan tradisi menanam padi huma, 
menangkap ikan di sungai serta mencari daun sayur di hutan.

“Kadangkala padi huma kami tanam tidak menjadi. Ikan di sungai pula tidak macam 
dulu. Sekarang tiada lagi kerana airnya cetek, selain tercemar dipercayai 
berpunca aktiviti pembalakan di hulu.

“Tidak lama dulu ada juga projek membiak ikan di sungai depan rumah kami. 
Banyak anak ikan dilepaskan dan dalam tempoh tertentu kami dilarang menangkap 
ikan di kawasan berkenaan.

“Projek itu bagus, tetapi malangnya ia gagal kerana ikan mati berikutan air 
sungai kotor. Kami dilarang tangkap ikan, tetapi syarikat balak membuatkan air 
sungai kotor tidak larang pula,” katanya sinis.

Sambil menjelaskan kerap juga orang kerajaan datang ke rumah panjang itu 
meninjau kehidupan mereka dan berjanji memberi bantuan, pelbagai jenis borang 
turut diisi, tetapi sampai sekarang belum menerimanya.

Keluk berkata, pihak kebajikan masyarakat juga ada membuat temu duga untuk 
memberi bantuan kepada penduduk susah, tetapi proses itu diadakan di pekan 
Tatau.

“Macam mana kami hendak pergi, sudahlah pekan Tatau jauh berjam-jam perjalanan 
bot, duit tambang pun tidak ada. Di tempat kami juga selalu banjir. Baru-baru 
ini, banjir agak besar, rumah panjang suku kaum lain dapat bantuan, tetapi kami 
langsung tidak ada,” katanya.

Sekaya ketika ditanya perkara itu mengesahkan beliau dan penduduk rumah 
panjangnya yang juga terbabit banjir hingga merosakkan tanaman dan peralatan 
tidak menerima sebarang bantuan.

Beliau yang mendapat tahu mangsa banjir itu layak menerima bantuan RM300, 
manakala ganti rugi peralatan pertanian pula RM1,000 berkata, penduduk rumah 
panjang lain turut mendapat subsidi enjin bot.

Bagi membantu penduduk Beketan, katanya, sebelum ini ada diwujudkan beberapa 
skim antaranya penanaman koko dan lada hitam, tetapi tidak berjaya kerana harga 
dua komoditi itu dikatakan sangat murah menyebabkan mereka melakukan kerja lain.

Antara pekerjaan kampung yang popular di kalangan penduduk Beketan terutama 
golongan muda ialah memotong kayu belian, jika mengikut Sekaya ia dilakukan 
secara tradisi sejak 50 tahun lalu.

Berikutan itu, katanya, tidak hairanlah jika kayu keras yang hanya wujud di 
Sarawak itu semakin pupus dan mereka pula terpaksa mencarinya jauh ke dalam 
hutan.

Walaupun taraf hidup orang Beketan lebih rendah berbanding suku kaum lain, 
mereka mempunyai keistimewaan tersendiri, antaranya setiap rumah mendapat 
bekalan air bersih yang disalurkan dari bukit berhampiran sejak 1982.

Beliau berkata, bekalan elektrik pula sama seperti di rumah panjang lain, 
terpaksa menggunakan generator dan hanya mampu memasangnya sekitar dua atau 
tiga jam setiap malam kerana harga diesel mahal.

“Jika kerajaan ingin membantu, saya cadangkan mini hidro diwujudkan di sini 
untuk mendapatkan bekalan elektrik, sumbernya mudah kerana ada air terjun 
sesuai untuk tujuan itu tidak jauh dari sini,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MisteriEtnik_Beketanmerintihmohonbantuan_kerjakampungsarahidup/Article




Kirim email ke