Orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab boleh dikategorikan kepada
beberapa kumpulan:

1. Mereka yang memperbanyakkan puasa sunat pada bulan-bulan Haram,
iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab tanpa melakukannya
secara berterusan. Ini adalah sunnah.

2. Mereka yang berpuasa sunat Isnin, Khamis dan sebagainya dalam bulan
Rejab. Mereka berpuasa sunat bukan kerana fadilat Rejab tetapi kerana
hadis-hadis yang menganjurkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.
Ini adalah sunnah.

3. Mereka yang berpuasa sunat dalam keseluruhan bulan Rejab kerana
fadilat Rejab. Ini bukanlah sunnah.

4. Mereka yang berpuasa secara berterusan daripada bulan Rejab, Syaban,
Ramadhan dan enam hari bulan Syawal. Mereka tidak berhenti kecuali pada
1 Syawal. Ini BUKAN sunnah.

5. Mereka yang melarang apa-apa bentuk puasa sunat dalam bulan Rejab.
Ini tidak benar. Boleh berpuasa sunat dalam bulan Rejab sebagaimana
yang disebut dalam kategori pertama dan kedua di atas. Yang dilarang
ialah puasa sunat kerana fadilat Rejab.

6. Mereka yang mengqadha puasa Ramadhan yang lepas dalam bulan Rejab.
Ini dibolehkan selagi mana dia tidak beriktikad adalah lebih utama
untuk mengqadha dalam bulan Rejab kerana fadilat-fadilatnya. (Hafiz
Firdaus).

Disunting dari http://www.yussamir.com

*
Tambahan :

1 - Minda Madani Online : Berpuasa di Bulan Rejab

2 - khalilULLAH : Salah faham amalan bulan Rejab

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 6/12/2010 09:53:00 AM

Kirim email ke