Rumah UMNO bahagian Rembau terbiar sepi. Banglo separuh batu dan kayu dua 
tingkat ini dianggap bersejarah kerana pernah menempatkan Kelab Melayu Rembau 
pada 1948. Tinjauan mendapati terdapat bil Syarikat Air Negeri Sembilan RM300 
dan bil Tenaga Nasional RM100 terselit pada pintu pagar rumah itu. Beliau 
khuatir, bangunan berkenaan digunakan pihak tidak bertanggungjawab atau menjadi 
sarang haiwan berbisa. Veteran UMNO, Aris Abu, 71, tidak setuju bangunan ini 
dirobohkan kerana nilai sejarahnya.

******************************
Rumah bersejarah terbiar

Berita Harian 14 Jun 2010 .

REMBAU: Rumah UMNO bahagian Rembau terbiar sepi selepas pusat perkhidmatan 
masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chembong dan Ahli Parlimen Rembau 
berpindah ke tempat lain.

Banglo separuh batu dan kayu dua tingkat ini dianggap bersejarah kerana pernah 
menempatkan Kelab Melayu Rembau pada 1948 dan digunakan sebagai Undang Rembau 
English School (URES) serta Dato Abdullah School (DAS) pada 1950-an, yang 
kemudian berpindah ke bangunan sekarang. Rumah itu dikatakan kosong selepas 
Pilihan Raya Umum ke-12 menyebabkannya itu terbiar sepi walaupun ada nilai 
sejarah. Tinjauan mendapati terdapat bil Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) 
RM300 atas nama Setiausaha Rumah UMNO Rembau, yang sudah meninggal dunia dan 
bil Tenaga Nasional Bhd (TNB) RM100 atas nama Pejabat Ahli Parlimen Rembau, 
terselit pada pintu pagar rumah itu.

Seorang penduduk, Ramli Abdullah, 65, berkata bangunan itu tidak sepatutnya 
ditinggalkan.

Katanya, bangunan yang mempunyai nilai sejarah berkaitan orang Melayu dan 
institusi pendidikan di daerah ini perlu dijaga.

“Saya bimbang rumah ini akan reput dan roboh menyebabkan kita kehilangan 
bangunan yang sepatutnya dipertahankan,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, pemilik bangunan itu perlu melakukan penyelenggaraan 
atau menyewakannya.

Beliau khuatir tanpa usaha itu, bangunan berkenaan digunakan pihak tidak 
bertanggungjawab atau menjadi sarang haiwan berbisa.

Veteran UMNO, Aris Abu, 71, mencadangkan UMNO menjadikan bangunan itu sebagai 
galeri atau muzium mini sejarah Rembau atau UMNO Rembau.

“Saya tidak setuju bangunan ini dirobohkan kerana nilai sejarahnya. Ia patut 
dijadikan mercu sejarah perjuangan politik UMNO Rembau dan institusi pendidikan 
daerah ini,” katanya.

Beliau berkata, sejarah pendidikan Melayu daerah ini bermula di situ, malah 
UMNO Rembau pernah beroperasi di situ menyebabkan pihak berkenaan perlu 
mengambil inisiatif memuliharanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Rumahbersejarahterbiar/Article




Kirim email ke