Ada artikel penting yang di post di web http://soaljawab. wordpress. com
Ia adalah satu artikel berkaitan manhaj kita dalam menggunakan akal dan apa tindakan kita apabila logik akal kita bertentangan dengan dalil wahyu. Ini adalah satu hal penting untuk difahami agar kita benar-benar menjadi pendokong Manhaj Salaf, Manhaj Generasi terbaik, benar menjadi pemegang panji-panji tajdid. Kita tidak mahu terjebak ke dalam tajdid versi Muktazilah Moden yang mendahulukan akal melebihi wahyu, dan menukar-nukar maksud wahyu agar selari dengan akal pemikiran dan logik. Petikan dari artikel pertama: Kepentingan Akal di dalam Syari’at Islam > >Syariat Islam memberikan nilai dan kepentingan yang amat tinggi terhadap akal >manusia. Hal itu dapat dilihat pada beberapa point berikut ini. > >[Pertama] Allah hanya menyampaikan kalam-Nya kepada orang yang berakal kerana >hanya mereka yang dapat memahami agama dan syari’at-Nya. > > > >“Dan pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran.” (QS. Shaad: 43) > >[Kedua] Akal merupakan syarat yang mesti ada dalam diri manusia untuk dapat >menerima taklif (beban syari’at) dari Allah Ta’ala. Hukum-hukum syari’at tidak >berlaku bagi orang yang tidak menerima taklif seperti pada orang gila yang >tidak memiliki akal. >Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, > > > >“Pena diangkat (dibebaskan) daripada tiga golongan: [1] orang yang tidur >sampai dia bangun, [2] anak kecil sampai mimpi basah (baligh) dan [3] orang >gila sampai dia kembali sedar (berakal).” (HR. Abu Daud. Syaikh Al Albani >mengatakan bahawa hadis ini sahih) > >[Ketiga] Allah Ta’ala mencela orang yang tidak menggunakan akalnya, seperti >perkataan Allah kepada penduduk neraka yang tidak mahu menggunakan akal. > >[Keempat] Penyebutan begitu banyak proses dan anjuran berfikir dalam Al >Qur’an, iaitu untuk tadabbur dan tafakkur, seperti la’allakum tatafakkarun >(mudah-mudahan kamu berfikir) atau afalaa ta’qilun (apakah kamu tidak >berfikir). > >teruskan membaca di sini http://soaljawab. wordpress. com/2010/ >01/27/meletakkan -akal-pada- tempatnya/ > Petikan artikel kedua: Sikap yang benar dan pertengahan adalah sikap yang menjadikan akal sebagai berikut: > >1. Akal adalah petunjuk untuk mengetahui dalil syar’i (dalil Al Qur’an dan As >Sunnah) >2. Akal tidak boleh berdiri sendiri namun perlu pada cahaya dalil syar’i. >Tanpa adanya cahaya dalil Al Qur’an dan As Sunnah, akal tidaklah mungkin boleh >memandang atau memahami suatu perkara dengan benar. >3. Jika akal bertentangan dengan dalil syar’i, maka dalil syar’i yang mesti >didahulukan kerana akal hanya sekedar petunjuk untuk mengetahui dalil >sedangkan dalil syar’i memiliki ilmu dan pemahaman yang lebih dibanding akal. >4. Akal (logik) yang benar tidaklah mungkin bertentangan dengan dalil Al >Qur’an dan As Sunnah. >5. Akal yang tercela adalah akal yang bertentangan dengan dalil Al Qur’an dan >As Sunnah. > >http://soaljawab. wordpress. com/2010/ 01/27/ketika- akal-bertentanga >n-dengan- wahyu/ Inilah Blog Saya: http://lobaitampin. blogspot. com Web-web yang mesti dilawati: http://intisonline. com http://al-fikrah. net http://islamqa. com/en http://audiosunnah. blogspot. com http://alsofwah. or.id ________________________________ Firefox 3: Faster, More Secure, Customisable and FREE.
