Oleh ZUHAYATI YAZID
Adalah sangat berbahaya membiarkan pasangan kita berasa sunyi. – Gambar hiasan
________________________________
ALAM rumah tangga seharusnya menjadi impian setiap pasangan di dunia
ini yang menginginkan hidup bersama pasangan yang dicintai hingga akhir
hayatnya.
Namun apabila usia perkahwinan semakin lama adakalanya hubungan juga
semakin renggang, perasaan cinta dan sayang juga semakin pudar dan
semakin kurang ‘magis’nya.
Malah ada ketikanya sudah tidak sama seperti waktu awal-awal
perkahwinan dulu. Maklumlah anak-anak sudah besar dan cucu juga semakin
ramai.
Ada yang bersikap tidak kisah atau ambil mudah terhadap pasangan mereka.
Hidup bersama bertahun-tahun membuatkan mereka merasakan sudah cukup
memahami pasangan, lantas mereka mula bersikap ambil mudah terhadap
pasangan.
‘‘Sebenarnya itu satu kesilapan yang sering dilakukan oleh pasangan
yang telah lama berkahwin. Jadi tidak hairan jika ada rumah tangga yang
runtuh walaupun sudah berusia berpuluh tahun,’’ ujar Penolong Pengarah
Kaunseling Kolej Matrikulasi Selangor, Zuaiza Paiman.
Tegas beliau, biarpun sudah lama berkahwin, sebagai manusia normal naluri untuk
disayang tetap wujud.
‘‘Biarpun sudah lama mengharungi kehidupan bersama, perasaan cinta
dan kasih sayang harus dibajai, jangan sesekali meminggirkan insan yang
paling mengharapkan belaian dan perhatian,’’ tegasnya bersungguh.
Tambah beliau, biarpun masing-masing sudah ‘masak’ dengan kerenah sendiri,
namun jangan membiarkan pasangan berasa kesunyian.
‘‘Adalah sangat berbahaya membiarkan pasangan kita berasa sunyi,
oleh itu anggap pasangan kita sebagai orang yang paling penting,”
katanya.
Menurutnya lagi, bermula dengan kesunyian akan menjadikan seseorang itu cuba
mencari keseronokan yang lain.
‘‘Oleh itu adalah tanggungjawab kita untuk memberikan perhatian
kepada pasangan sendiri. Biarpun sibuk sentiasa beri perhatian setiap
perkara yang diingini.
‘‘Bagi isteri menjadi suri rumah ada waktunya mereka tidak menang tangan dalam
menguruskan hal anak-anak dan antara mereka terlepas
pandang dalam menjalankan tanggungjawab mereka terhadap suami.
‘‘Bagi isteri yang bekerjaya pula, jangan mengharapkan segala urusan
suami disediakan oleh pembantu. Walhal itu semua tanggungjawab
isteri,’’ ujarnya lagi.
Kata beliau lagi, dalam perhubungan komunikasi adalah perkara yang penting.
‘‘Ini kunci utama. Komunikasi adalah sesuatu yang penting, tanpa
komunikasi kita tidak tahu apa yang tersirat di hati masing-masing,’’
ujarnya lagi.
Katanya lagi, dalam keadaan sedemikian biasanya pasangan akan saling
memendam, akhirnya apabila meledak, keadaan tidak dapat dipulihkan lagi.
‘‘Oleh itu, jangan pendamkan apa yang terbuku sebaliknya berkongsi cerita
dengan pasangan kita,” katanya.
Katanya lagi, biarpun sudah lama melayari bahtera perkahwinan, namun
kuasa sentuhan mampu mengembalikan kehangatan dalam hubungan suami
isteri.
‘‘Siapa kata orang tua tidak inginkan belaian dan sentuhan.
Kadangkala sentuhan juga sudah cukup untuk menyampaikan segala yang
terpendam,” katanya.
()"" ' )
( ,'o' )") Al Nakhai’i
(,,)(")(") "
Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali seseorang
itu juga kadangkala membuatkan kita mengalir airmata. Sesungguhnya, mengenali
seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang
dan rindu. Tapi sedahkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu
ANUGERAH... Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara...
Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti
apa itu erti PERSAHABATAN...