Muslimat PAS sambut baik wanita solat Jumaat
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 26 Jun: Muslimat PAS menyambut baik serta gembira dengan saranan
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar wanita
turut menunaikan solat Jumaat seperti yang dilakukan kaum lelaki.
Ketuanya, Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, walaupun ada segelintir pihak
menganggap saranan itu sebagai sesuatu yang janggal, namun ianya amat relevan
pada masa kini dan apa yang lebih penting, Islam sendiri tidak menegah wanita
daripada berbuat demikian.
Apatah lagi ujarnya, dengan menunaikan solat Jumaat, wanita boleh bersama-sama
mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib untuk dipraktikkan dalam
kehidupan seharian.
"Ini satu saranan yang baik kerana dengan menunaikan solat Jumaat, wanita boleh
mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib. Mungkin bagi kita ini sesuatu
yang baru tapi sebenarnya Islam membenarkan pun wanita itu solat Jumaat.
"Dan sebenarnya khutbah itu sepatutnya memainkan peranan yang besar dalam
kehidupan kita untuk pemerintah Islam menyampaikan mesej kepada rakyat,"
katanya ketika dihubungi Harakahdaily semalam.
Namun ujarnya, bagi memastikan saranan itu mendatangkan keselesaan kepada semua
pihak, masjid-masjid yang ada di negara ini haruslah mempunyai ciri-ciri yang
mesra wanita terutamanya dari sudut penjagaan aurat.
"Cuma dari sudut masjid sendiri, kita harap dapat mesra wanitalah maksudnya
dari sudut penjagaan aurat wanita itu sendiri dan sebagainya, sebab kita takut
bila sudah ramai-ramai sangat hal ini terlepas pandang.
“Soal masjid mesra wanita ini perlu diambil kira supaya baik wanita atau
lelaki, tidak berasa keberatan untuk ke masjid menunaikan solat Jumaat,"
katanya yang juga Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan.
Ujar Nuridah juga, meskipun saranan itu daripada Menteri Besar Kelantan, namun
beliau berharap perkara itu turut diikuti oleh negeri-negeri lain khususnya
negeri-negeri Pakatan Rakyat.
"Kita ucapkan syabas dengan saranan dari Menteri Besar Kelantan ini dan mungkin
di negeri-negeri Pakatan terutamanya, perkara ini boleh dilaksanakan.
"Tidak ada masalah jika perkara ini dilaksanakan sebab apa yang kita nak didik
masyarakat, dapat didengar oleh wanita secara langsung melalui khutbah yang
disampaikan. Ini satu pembaharuan dari sudut membudayakan perkara ini dalam
masyarakat," katanya.
Sementara itu, menurut satu laporan, Selangor mengalu-alukan kehadiran jemaah
wanita bagi menunaikan solat Jumaat di negeri itu sekiranya mempunyai
kelapangan dan tidak mengganggu ruang jemaah lelaki.
Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dilaporkan sebagai berkata,
keputusan itu dicapai selepas pihaknya mengadakan perbincangan bersama Sultan
Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kelmarin.
Menurutnya, Selangor memang sudah mengamalkan solat Jumaat wanita sebelum
jawatan mufti diwujudkan iaitu bermula tahun 1935 hingga 1952.
"Solat Jumaat wanita di Selangor sudah lama berjalan sebelum negeri ini
mewujudkan jawatan mufti dan sepanjang tahun itu, wanita sudah menunaikan solat
Jumaat di Masjid Bandar Sultan Sulaiman, Klang.
"Namun, selepas 1952, tiada lagi jemaah wanita menunaikan solat Jumaat dan
Selangor mengalu-alukan jemaah wanita yang ingin berbuat demikian boleh datang
ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz dekat sini," katanya.
Mohd Tamyes berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa masjid itu mempunyai ruang
mencukupi untuk menampung jemaah wanita tanpa mengganggu jemaah lelaki.
"Di Masjid Negeri, ruang di tingkat atas iaitu tingkat dua tidak digunakan
semasa solat Jumaat. Jemaah wanita yang mempunyai kelapangan pada waktu itu
dialu-alukan untuk bersolat Jumaat.
"Menjelang tahun depan, Selangor mempunyai dua masjid yang menerima jemaah
wanita iaitu masjid di Bukit Jelutong yang mana masjid ini diwakafkan Almarhum
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah," katanya.
Saranan mengenai perkara itu diutarakan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am
PAS sewaktu berucap di majlis penyerahan dan penerimaan derma mengisi tabung
Kompleks Masjid Daruttarbiyah di Kampung Wakaf Zain, Kota Bharu, baru-baru ini.

Wassalam.
AFFINBANK - "BANKING WITHOUT BARRIERS"
Noorshamsudin Hj. Mohd Darus
IS Audit, Group Internal Audit
1st Floor Menara AFFINBANK
80 Jalan Raja Chulan, KL
Tel: 03-27315246 (Ofis) / 012-2923403 (H/P) / 03-60214010 (Home)