Kalau dah bercakap atas kepentingan politik.gamaknya gituler.
Yang memperkatakan isu nii...belum keluarkan bukti lagi samada betul
atau gimik politik semasa .
Yang si Anwar tak de rasa malu ke ? Kerana kami dok tunggu juga 6 kotak
yang
didakwa penuh rahsia tp sampai lah ni pun tak dak pun..akal penipu dan
tak 
tau malu punya manusia..Tang orang lain..meletup2 bercakap tp tang
batang
idung sendiri..siap warning " jangan sampai saya tunjukkan bukti "...Nii
dia
orang yang masih mabuk siang malam...
 
Wassallam
 
-----Original Message-----
From: hidayahnet@yahoogroups.com [mailto:hidayah...@yahoogroups.com] On
Behalf Of hamdy
Sent: Saturday, June 19, 2010 4:20 PM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Help Palestine [hidayahnet] IGP: Dakwa atau Kamu hanya cuba
burukkan Islam
 


 

 


 
Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

SATU  CADANGAN YANG BAIK DARI SM IDRIS kpd IGP. dakwa atau kamu hanya
memburokan nama islam atau ini hanya diversion utk sesuatu. 
 
(what can u expect from ketua polis pengangkat tilam)
 




Dakwa atau kamu hanya cuba burukkan Islam - SM Idris 

Ketua Polis Negara digesa mendedahkan nama pengganas dan mendakwa mereka
ke mahkamah atau didakwa "merekacipta dan menyiarkan kenyataan palsu
untuk memburuk-burukkan Islam dan umat Islam di negara ini."

Pengerusi kumpulan hak asasi manusia, Citizens International, S. M.
Mohamed Idri ...s dalam kenyataannya mengutuk sekeras-kerasnya
propaganda hitam yang didedahkan oleh unit Polis Indonesia Detachment 88
dan disiarkan dalam media tempatan dengan tajuk utama yang menonjol
bahawa ulama Indonesia yang dihormati Abu Bakar Bashir didakwa membantu
membiayai dan menyokong sarang pengganas bersenjata di Acheh. 

Kini, polis Malaysia pula mendakwa kononnya "pengganas merancang untuk
memusnahkan kuil Batu Caves di Kuala Lumpur dan kuil Kuan Yin di Air
Itam, Pulau Pinang.Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim mempertikaikan kenyataan polis itu dan mendesak agar kalau ada,
mereka didakwa segera.

"Ketua Polis Negara Malaysia juga mestilah menjelaskan mengenai laporan
berita dalam akhbar harian tempatan bahawa "pengganas merancang untuk
memusnahkan kuil Batu Caves di Kuala Lumpur dan kuil Kuan Yin di Air
Itam, Pulau Pinang." kata SM Idris.

'Pengganas' itu didakwa kononnya mempunyai hubungan dengan Al Qaeda dan
Jemaah Islamiah, organisasi yang dilabelkan oleh Amerika Syarikat
sebagai pertubuhan pengganas Islam. 

Berita itu dipetik daripada 'sumber perisikan' yang tidak mendedahkan
nama mereka dan ini merupakan taktik yang sering digunakan oleh Agensi
Perisikan Pusat Amerika (CIA) dan Mossad Israel untuk menyebarkan
propaganda hitam dalam media bagi memburuk-burukkan lagi imej Islam dan
para penganutnya.

Lebih menarik lagi sasarannya adalah kuil Hindu yang menjadi tempat suci
bagi orang India dan kuil Buddha bagi orang Cina, katanya dalam satu
kenyataan hari ini.

"Ia merupakan cara yang paling baik untuk menyalahkan Islam dan umat
Islam sebagai pembekal keganasan di mata pengikut kedua agama ini.

"Berita" yang amat membimbangkan ini melainkan disokong oleh bukti yang
konkrit akan menimbulkan ketegangan antara orang Islam, Hindu dan
Buddha," kata SM Idris.

Menurut SM Idris, Detachment 88 diwujudkan oleh kerajaan Amerika
Syarikat dan Australia yang menyediakan biaya dan latihan untuk
pegawainya. 

Atas alasan untuk memerangi keganasan, ia hanyalah merupakan alat
kerajaan asing untuk mendakwa orang Islam yang berjuang untuk
mempertahankan maruah umat Islam dan kedaulatan negara Indonesia. 

Abu Bakar Bashir, kata kenyataan itu, menjadi penghalang kepada
Indonesia untuk menjadi negara yang tunduk kepada Amerika Syarikat dan
juga kepada ejennya yang menyalahtafsirkan ajaran Islam dan mengutuk
penentangan oleh umat Islam terhadap dominasi dan hegemoni asing.

Kerajaan Amerika Syarikat dan Australia, melalui ejen mereka di dalam
pasukan polis, pentadbiran dan media cuba untuk membabitkan Abu Bakar
Bashir dalam aktiviti keganasan, dakwa SM Idris lagi. 

"Mereka mereka-rekakan bukti untuk mengaitkannya dengan pengeboman Bali
yang tidak dapat dipertahankan terhadap penelitian mahkamah. Beliau
didakwa sebagai pengkhianat tetapi dibebaskan kerana kekurangan bukti. 
"Bagaimanapun, beliau didapati bersalah kerana melanggar peraturan
imigresen dan dipenjara tiga tahun, jelas untuk memuaskan kerajaan
Amerika Syarikat dan Australia tetapi mereka masih tidak berpuas hati
dan mengkritik keputusan itu dan menekan kerajaan Indonesia supaya
bertindak ke atasnya," katanya dalam kenyataan itu.

Sekali lagi, tambah SM Idris yang juga Pengerusi Persatuan Pengguna
Pulau Pinang (CAP), Detachment 88 dilihat mereka-rekakan bukti terhadap
Abu Bakar Bashir untuk memenjarakannya bagi memuaskan hati mereka. 

"Kami menggesa Pejabat Peguam Negara Indonesia agar tidak terperangkap
dengan Detachment 88 dan agensi perisikan Amerika Syarikat dan Australia
dan mendakwa ulama yang amat dihormati itu. 

"Tindakan seperti itu adalah bertentangan sama sekali dengan berjuta
umat Islam dan bukan Islam yang amat menghargai keadilan," katanya.See
More

 
<http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=articl
e&id=27198%3Adakwa-atau-kamu-hanya-cuba-burukkan-islam-sm-idris&catid=41
%3Autama-muka-depan&Itemid=124> 
 
<http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=articl
e&id=27198%3Adakwa-atau-kamu-hanya-cuba-burukkan-islam-sm-idris&catid=41
%3Autama-muka-depan&Itemid=124> Dakwa atau kamu hanya cuba burukkan
Islam - SM Idris 
 
Salam Perjuangan 
hamdy 013 3696712 lawati rancanghidup.blogspot.com &
satuAllah3aqidah.blogspot.com 

Buku Saya:
1. Rancang Hidup Rancang Wang Remaja RM10 (retail RM20)
2. Satu Allah Tiga Aqidah RM10 (retail Rm17)
3. Miang Miang Lelaki (sepatutnya berisi) RM10 (retail RM16)
4. RancangHidup RancangWang RM10 (retail RM18)
5. Tambah RM4.50 utk pos express.
 

 
 

 
 

Kirim email ke